Sabtu, 30 Jun 2018

JANGAN BEKUKAN AKAUN BANK PARTI POLITIK DAN MENGGANGU KEBANGKITAN PEMBANGKANG YANG KONSTRUKTIF

NAJIB RAZAK:-

30 Jun 2018



Saya amat sedih dengan tindakan kerajaan Pakatan Harapan yang membekukan akaun bank pelbagai parti pembangkang termasuk UMNO dan SUPP.

Malah, seorang ahli parlimen Pakatan Harapan turut menggesa kerajaan membekukan akaun bank parti politik lain seperti MCA, MIC dan Gerakan.

Berdasarkan kepada pelbagai kenyataan dan laporan media, tindakan kerajaan baharu membekukan akaun UMNO dan SUPP dibuat kerana mengesyaki parti politik ini telah menerima dana dari 1MDB sebelum PRU13 dan wang ini didakwa kononnya dibelanjakan untuk pilihanraya umum.

PRU13 diadakan lima tahun lalu.

Untuk itu, membenarkan akaun bank parti politik terbabit beroperasi seperti biasa tanpa dibekukan, tidak akan menjejaskan siasatan yang sedang dilakukan. Bukankah rekod transaksi akaun bank terbabit mudah diperolehi jika diperlukan penyiasat. 

Parti politik tidak bersalah. UMNO dan SUPP tidak bersalah. Sebagaimana parti politik lain termasuk parti di dalam gabungan Pakatan Harapan, adalah satu kelaziman untuk menerima derma politik. Di bawah undang-undang ketika ini, tiada peruntukan perundangan yang menyatakan pembiayaan politik adalah salah.

Bagaimana sesebuah parti politik dapat mengesahkan sumber dana yang diperolehi? Bolehkah PPBM atau DAP mengesahkan derma yang diterima mereka tidak datang dari penderma yang terlibat dalam aktiviti haram atau kegiatan ekonomi gelap (black economy)?

Memandangkan Pakatan Harapan telah berkempen untuk PRU14 dengan mendakwa saya terlibat dalam pelbagai salah laku, saya mengalukan siasatan terhadap saya namun jangan jadikan parti politik sebagai mangsa.

Tindakan tidak wajar membekukan akaun bank akan menjejaskan aktiviti parti dan pembinaan semula parti pembangkang. Ia juga akan memberi kepayahan kepada kakitangan serta keluarga mereka yang digajikan parti.

Selain itu, tindakan ini juga akan menjejaskan aktiviti kemasyarakatan yang berterusan dilakukan parti terutama membantu rakyat yang masih memerlukan dan jasa parti politik seperti UMNO ini tidak boleh dinafikan sama sekali.

Membekukan akaun bank terhadap parti terbesar ini akan menjejaskan kebangkitan pembangkang yang efektif dan dapat dilihat sebagai serangan dan penafian terhadap asas demoraksi.

1) NR Facebook 


2) NR Twitter

Isnin, 25 Jun 2018

Guan Eng pertahankan tulisan cina

Dalam kenyataan di laman Facebook Menteri Kewangan, Lim Guan Eng mempertahankan keputusannya mengeluarkan siaran media dalam tulisan Cina atas semangat Perkara 152(1) Perlembagaan Persekutuan yang mana tiada seorang pun yang boleh melarang/menghalang penggunaan bahasa lain.

Tetapi Guan Eng terlupa bahawa dalam Perlembagaan Persekutuan, Perkara 152(1)(a) kenyataan penuhnya adalah;

"Tiada seorang pun boleh dilarang atau dihalang daripada menggunakan (selain bagi maksud rasmi), atau daripada mengajarkan atau belajar, apa-apa bahasa lain".

"Maksud rasmi" ertinya apa-apa maksud dalam urusan Kerajaan, sama ada Kerajaan Persekutuan atau Kerajaan Negeri, dan termasuklah apa-apa maksud sesuatu pihak berkuasa awam.

Teringat kata-kata LGE sewaktu diumumkan menjawat jawatan Menteri Kewangan, 

"Saya minta maaf, saya tidak anggap diri saya sebagai seorang Cina. Saya orang Malaysia," 

Maka bersorak dan bertepuk tanganlah semua Melayu-Melayu tertipu dengan penuh rasa bangga.

Tak apa, dia berhenti bercakap bila azan..

#MalaysiaBaru
#MelayuBarai

Ahad, 24 Jun 2018

BERITA HARI INI – 24/6/2018

 (by: MJI)

1.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan Pakatan Harapan akan tetap meneruskan pembinaan projek ECRL, manakala projek HSR KL-Singapura akan dikaji semula. Menteri Kewangan, Lim Guan Eng berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan semula berhubung kos pembinaan projek sepanjang 688 km yang menghubungkan Pelabuhan Klang, Selangor dengan Pahang, Terengganu dan Kelantan itu.

2.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Akibat bantahan pelbagai pihak berhubung syarat supaya semua pengusaha restoran di negara ini perlu mengambil tukang masak tempatan, hari ini Menteri Sumber Manusia, M. Kulasegaran menyatakan bahawa perkara tersebut belum diputuskan lagi sebaliknya ia hanya cadangan.

3.  KUALA LUMPUR 23 Jun – Kerajaan Pakatan Harapan seharusnya menumpukan perhatian untuk memperbaiki keadaan ekonomi dan bukannya berterusan menjaja kisah hutang negara sehingga menakutkan para pelabur. Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah berkata, pada masa ini, laporan mengenai keadaan ekonomi negara amat kurang memberangsangkan sehingga menyebabkan kerugian kepada banyak agensi yang melibatkan rakyat antaranya KWSP.

4.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Parti Gerakan mengumumkan keluar daripada BN selepas mengambil kira pelbagai faktor susulan kekalahan dalam PRU-14. Gerakan dalam satu kenyataan hari ini memaklumkan, keputusan tersebut dibuat selepas mesyuarat Jawatankuasa Pusat (CC) parti itu hari ini.

5.    JOHOR BAHRU 23 Jun – Dua kanak-kanak, masing-masing seorang lelaki dan perempuan ditemukan lemas selepas dipercayai mandi di kawasan lombong tinggal berdekatan Taman Suria, di sini petang tadi. Mayat mangsa pertama, Norfifi Allysa Natalia Abdullah, 12, ditemukan pukul 6.26 petang, manakala mayat Mohamad Affiq Afnan Abdur Razzaq, 9, yang merupakan orang kurang upaya (hyperaktive) ditemukan pada 8.05 malam oleh pasukan Bomba dan Penyelamat Johor Bahru. 

6.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Ketua Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil mengumumkan persaraannya secara rasmi daripada arena politik tanah air selepas kira-kira 39 tahun berkecimpung dan menyumbang bakti kepada UMNO dan negara. Sudah tiba masanya Wanita UMNO mempunyai seorang ketua baharu yang lebih muda dan membawa idea lebih segar.

7.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan meminta Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor untuk menghubungi Parti Gerakan berikutan keputusan komponen itu keluar daripada BN. Pemangku Pengerusi BN itu memberitahu, setakat ini pihaknya masih belum menerima surat rasmi daripada parti tersebut.

8.  KUALA TERENGGANU 23 Jun - Alumni Gabungan Pelajar Melayu Semenanjung (GPMS) Kebangsaan (Alumni GPMS) berharap kerajaan Pas Terengganu akan terus membantu mempertahankan kecemerlangan pendidikan negeri ini. Justeru pertubuhan itu meminta kerajaan negeri meneruskan penyaluran kewangan kepada Jabatan Pendidikan sebagaimana yang telah dilaksanakan oleh kerajaan terdahulu bagi menjayakan beberapa program teras.

9.  PHNOM PENH 23 Jun - Pihak berkuasa Kemboja memberkas 33 orang wanita yang dipercayai dibayar untuk menjadi ibu tumpang oleh pasangan dari China dalam satu serbuan di sini semalam. Lima diberkas termasuk warga negara China dalam operasi di ibu negara berkenaan yang diketuai oleh Unit Antipemerdagangan Manusia, Keo Thea.

10.  HULU TERENGGANU 23 Jun - Bekas Ketua Pemuda UMNO Bahagian Hulu Terengganu, Mohd Johari Abu Bakar kecewa apabila perwakilan daripada beberapa cawangan tidak dapat mengundi dalam pemilihan pergerakan itu hari ini disebabkan masalah teknikal. Ini disebabkan kegagalan mereka mengemukakan Surat Tauliah Perwakilan untuk didaftarkan di Pejabat UMNO bahagian dalam tempoh yang ditetapkan.

11.  MUAR 23 Jun - UMNO Bahagian Muar akan membuat ketetapan bahawa parti itu tidak akan membuka keahliannya kepada kaum lain, tetapi sebaliknya kekal untuk orang Melayu dan bumiputera sahaja. Ketuanya, Datuk Seri Razali Ibrahim berkata, walaupun keputusan PRU-14, 9 Mei lalu tidak memihak kepada BN, namun orang Melayu masih memerlukan UMNO.

12.  SEREMBAN 23 Jun - Calon Presiden UMNO, Khairy Jamaluddin menyifatkan debat antara calon Presiden yang bakal diadakan pada 29 Jun ini sebagai platform bagi membincangkan masa depan dan hala tuju UMNO. Debat tersebut dilihat sebagai perbincangan antara ahli keluarga UMNO yang sekali gus mempamerkan UMNO baharu dan bukan menyerang antara satu sama lain.

13.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi akan terus kekal dalam UMNO meskipun sekiranya ditakdirkan tidak dipilih sebagai Presiden parti itu pada pemilihan yang berlangsung Sabtu depan. Naib Presiden yang menjalankan tugas-tugas Presiden itu berkata, beliau juga akan membantu sesiapa sahaja yang bakal memimpin UMNO untuk memperkukuhkan parti keramat itu.

14.  GUA MUSANG 23 Jun - Calon Presiden UMNO, Tengku Razaleigh Hamzah menegaskan cadangan debat antara beliau dengan calon-calon Presiden lain secara umum tidak mendatangkan keburukan atau memecah-belahkan parti. Debat tersebut hanya bertujuan membolehkan ahli-ahli mendapatkan pandangan calon-calon mengenai isu semasa dan mengenali mereka dengan lebih dekat.

15.  KUALA TERENGGANU 23 Jun - Badan Perhubungan UMNO negeri menubuhkan Tabung Prihatin Terengganu bagi meringankan bebanan kira-kira 1,000 kakitangan lantikan politik dalam pelbagai organisasi yang akan ditamatkan kontrak perkhidmatan akhir bulan ini, kata Pengerusinya, Datuk Seri Ahmad Razif Abdul Rahman.

16.  KUALA LUMPUR 23 Jun - MCA akan tetap bersama BN dan menyatakan komitmen bersama-sama dengan UMNO dan MIC terus berusaha merapatkan jurang di antara kaum di negara ini. AJK Pusat MCA, Datuk Seri Ti Lian Ker berkata, kelangsungan BN kini bergantung kepada kepemimpinan baharu yang dibentuk selepas pemilihan parti komponen.

17.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Pengerusi DAP Perak, Nga Kor Ming dilaporkan tidak tersenarai sebagai anggota Kabinet Kerajaan PH kerana nama beliau dikatakan mungkin ditolak oleh Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad ekoran pelbagai kenyataannya sebelum ini yang disifatkan berunsur perkauman, kata S/U Agung DAP, Lim Guan Eng.

18.  SEREMBAN 23 Jun - Pengerusi Badan Perhubungan UMNO negeri, Datuk Seri Mohamad Hasan menasihatkan perwakilan supaya memilih calon yang mampu membawa perubahan kepada parti dalam pemilihan kali ini. Perkara itu penting kerana UMNO kini dalam proses untuk menyusun semula strategi bagi memperkasakan dan memperkuatkannya semula.

19.  MARUDI 23 Jun - Mayat dua cucu yang hilang bersama datuknya ketika memancing di Jeti Sungai Baram ditemukan berdekatan lokasi dipercayai mereka jatuh sebentar tadi. Ketua Bomba dan Penyelamat Zon Miri, Law Poh Kiong berkata, mayat mangsa kedua dikenal pasti sebagai Mohd. Zafril Wasli, 13, ditemukan pada pukul 1.03 petang manakala Mohd. Alyee Ong Zulkifli, 14, pada pukul 2 petang tadi.

20.  LUMUT 23 Jun - Ketua UMNO Bahagian Lumut, Datuk Seri Dr. Zambry Abd. Kadir menegaskan, keputusan beliau tidak bertanding jawatan Naib Presiden pada pemilihan parti kali ini kerana mahu memberi ruang kepada calon lain. Walaupun ramai yang mengesyorkan beliau bertanding Naib Presiden, namun beliau berpandangan peluang wajar diberikan kepada orang lain.

21.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Pegawai Jakim perlu ditempatkan di kesemua kementerian dan agensi kerajaan bagi memastikan program dan aktiviti yang dijalankan patuh syariah. Timbalan Presiden Perkasa, Datuk Sirajuddin Salleh berkata, langkah itu bagi memperkasakan peranan Jakim dan menaik taraf kedudukan mufti setinggi yang mungkin.

22.  BUKIT MERTAJAM 23 Jun - Keseronokan lima kanak-kanak yang sedang leka menunggang basikal lajak dalam keadaan berbahaya mengundang padah selepas mereka ditahan sepasukan anggota polis di sini, semalam. Mereka ditahan kira-kira pukul 5.45 petang di Jalan Tok Elong selepas polis menerima maklumat daripada orang awam berhubung aktiviti kanak-kanak terbabit.

23.  KUCHING 23 Jun - Gabungan Parti Sarawak (GPS) yang baharu disasarkan untuk dilancarkan pada Hari Sarawak iaitu 22 Julai hadapan. Pengerusi Jawatankuasa Teknikal bagi pendaftaran Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Alexander Nanta Linggi berkata, j/kuasa tersebut dianggotai Setiausaha Agung parti terlibat iaitu PBB bersama SUPP, PRS dan PDP serta pakar perundangan.

24.  KLANG 23 Jun - Sebanyak tujuh gadis GRO warganegara Vietnam ditahan dalam Op Noda di sebuah pusat hiburan di Bandar Baru Klang, di sini tengah malam tadi. Serbuan dilakukan oleh JSJ dari Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Utara kira-kira pukul 12.20 tengah malam hasil maklumat orang awam serta risikan pihak polis.

25.  KUANTAN 23 Jun – TPM Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail berkata, masih terdapat kekangan yang perlu diperhalusi dan dibincangkan sebelum kerajaan melaksanakan potongan caruman KWSP suami untuk suri rumah. Sehubungan itu kerajaan akan mengadakan persidangan pada 8 Ogos ini bagi membincangkan dan merumuskan berhubung perkara itu.

26.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Sikap sesetengah pemimpin yang sombong dan tidak beretika ketika berkuasa menyebabkan rakyat menjadi marah lalu menolak UMNO dan BN pada PRU-14. Ketua UMNO Bahagian Lembah Pantai, Datuk Seri Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin berkata, sikap negatif sesetengah pemimpin menyebabkan imej UMNO dan BN menjadi buruk di mata rakyat.

27.  PONTIAN 23 Jun - Dua beranak terbunuh dalam kemalangan di Kilometer 8, Jalan Pontian-Kukup dekat Pekan Telok Kerang, dekat sini malam tadi. KPD Pontian, Superintenden Mustafa Bakri Salleh berkata, mangsa ialah Norasmah Ab. Karim, 37, dan anaknya, Muhammad Azqullah Azhar, 4.

28.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Semua ahli UMNO perlu menerima keputusan pemilihan tiga sayap parti itu dengan hati terbuka dan bersedia untuk terus berjuang demi rakyat serta pembangunan negara. Ketua Pergerakan Wanita UMNO, Tan Sri Shahrizat Abdul Jalil berkata, ahli UMNO juga perlu terus membina penyatuan bersama rakyat dalam meraih sokongan serta kepercayaan mereka.

29.  KUANTAN 23 Jun - Dua penumpang sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) maut selepas terbabit kemalangan melibatkan tiga kenderaan di km 233.6 LPT1 berhampiran Hentian Rehat dan Rawat (R&R) Kuantan di sini, tengah malam tadi. Mangsa, Hamzah Hitam, 77, dan cucunya Muhammad Hairi Kosni, 18, meninggal dunia ditempat kejadian dalam kemalangan kira-kira pukul 12.05 tengah malam itu.

30.  IPOH 23 Jun - Seramai 43 pelatih wanita daripada 344 perajurit muda berjaya menamatkan Latihan Perajurit Muda Udara TUDM Siri 58/2018 di Akademi Tentera Udara Ipoh di sini hari ini. Majlis Istiadat Perbarisan Tamat Latihan itu telah disempurnakan oleh Panglima Tentera Udara, Jeneral Tan Sri Affendi Buang.

31.  BAITULMUQADDIS 23 Jun - Putera William menjadi kerabat diraja Britain pertama yang akan mengadakan lawatan rasmi ke Israel dan wilayah Palestin. Duke of Cambridge berusia 36 tahun itu akan memulakan lawatannya Isnin ini namun tanpa kehadiran isterinya, Kate Middleton yang baharu sahaja melahirkan cahaya mata ketiga mereka, Putera Louis Arthur Charles April lalu.

32.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Tiga buah kereta yang diletakkan berhampiran Kompleks Mahkamah Petaling Jaya dekat sini, rosak akibat dihempap pokok tumbang dalam kejadian petang semalam. Pihak bomba menerima panggilan pada pukul 6.54 petang sebelum tujuh anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 7, Petaling Jaya dihantar ke lokasi.

33.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Kerajaan PH mula menampakkan ciri-ciri diktator apabila mengugut 1.6 kakitangan kerajaan supaya menyokong kepemimpinan pakatan berkenaan, jika tidak tidak mahu berdepan dengan tindakan tegas. Unit Komunikasi Strategik Ibu Pejabat UMNO dalam kenyataannya berkata, TPM, Datin Seri Wan Azizah Ismail sendiri mengingatkan semua penjawat awam supaya menyokong kerajaan atau kemungkinanan dikenakan tindakan termasuk buang kerja.

34.  TAPAH 23 Jun - Beberapa strategi berbentuk pendidikan, pencegahan dan penguatkuasaan dilaksanakan JPJ dalam operasi sempena Hari Raya Aidilfitri 2018, termasuk rondaan bermotosikal membantu mengurangkan kemalangan. Selain rondaan membabitkan 200 motosikal JPJ di 'kawasan panas' di seluruh negara yang diperkenalkan tahun ini, pegawai dan anggota meneruskan strategi menyamar sebagai penumpang bas sepanjang operasi berkenaan sejak 8 Jun lalu dan akan berakhir esok.

35.  KUANTAN 23 Jun – TPM, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menghadiri majlis perkahwinan anak perempuan MP Kuantan, Fuziah Salleh di kediamannya di Kampung Sepat, dekat sini, hari ini. Ketibaan Wan Azizah disambut Fuziah bersama suaminya, Prof Dr Russly A Rahman. Pasangan pengantin Siti Ruwaida Russly,26, dan Muhammad Firdaus Mohd Ruslee,29, dinikahkan semalam.

36.  PEKAN 23 Jun - Anak kepada bekas PM, Datuk Seri Najib Razak, Datuk Mohd Nizar Najib dilantik sebagai Ketua Pemuda UMNO Pekan yang baharu selepas diumumkan menang tanpa bertanding. Mohd Nizar, 40, menggantikan Datuk Shahruddin Ahmad yang memegang jawatan itu bagi penggal lalu selepas Shahruddin tidak bertanding pada pemilihan kali ini apabila sudah melepasi syarat kelayakan umur bagi pertandingan jawatan ketua pemuda.

37.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Polis masih belum membuat sebarang tangkapan berhubung kejadian rompakan sebuah bank di Setapak, di sini, semalam. Timbalan Ketua Polis Kuala Lumpur, Datuk Zainuddin Yaacob, berkata pihaknya masih mengumpul maklumat berkaitan sebelum mengambil tindakan seterusnya.

38.  KUALA LUMPUR 23 Jun - Kementerian Pendidikan memperuntukkan dana RM500,000 bagi proses membaik pulih 10 bilik darjah SMK Seri Pantai, di sini. KSUnya, Datuk Seri Ghazali Abas, berkata pihaknya bersama JKR akan meneliti nilai kerosakan berkenaan selama dua minggu selepas dua blok sekolah terbabit rosak teruk akibat angin kencang dan hujan lebat, semalam.

39.  KUALA LANGAT 23 Jun - Pemuda UMNO Kuala Langat menggesa 54 Ahli Parlimen daripada parti itu terus memperjuangkan agama, bangsa dan negara menerusi platform Dewan Rakyat. Wakilnya, Mohd Faizal Saadon, yang membahas usul itu, berkata masyarakat Melayu Islam di negara ini amat berharap kepada Ahli Parlimen berkenaan untuk terus mendokong agenda Bumiputera.

40.  MELAKA 23 Jun - Para perwakilan yang hadir Mesyuarat UMNO Bahagian Tangga Batu cemas apabila lantai tingkat satu Hotel Pantai Puteri, Tanjung Kling di sini yang dijadikan lokasi bersidang meletup, hari ini. Kejadian pada pukul 2 petang itu berlaku kira-kira lima minit sebelum mesyuarat Perwakilan Pergerakan Wanita UMNO Bahagian Tangga Batu berlangsung.

41.  SIBU, 23 Jun - Sarawak akan melaksanakan undang-undang pengawalseliaan ke atas aktiviti-aktiviti minyak dan gas di negeri itu mulai 1 Julai ini. Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg berkata ini berikutan keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang tidak membenarkan Petronas meneruskan prosiding terhadap kerajaan negeri berhubung hak kawal selia aktiviti huluan minyak dan gas di negeri itu.

42.  GEORGE TOWN, 23 Jun - Persatuan Pengguna Pulau Pinang (CAP) bersama Persatuan Hindu Sangam Pulau Pinang hari ini menganjurkan program masakan 'Indian Healthy Traditional Cookings'. Program yang disertai 30 peserta dan berlangsung di taman organik milik persatuan itu merupakan langkah pertama CAP dalam usaha memupuk kesedaran tentang kepentingan makanan berkhasiat dan cara penyediaan makanan itu.

43.  GEORGE TOWN, 23 Jun - Kerajaan negeri mencadangkan bantuan sara hidup nelayan dalam bentuk wang tunai sebelum ini diganti dengan pemberian kad subsidi bantuan makanan dan barang keperluan. Ia bagi memastikan nelayan dan keluarga mereka benar-benar mendapatkan barang keperluan asas daripada kedai-kedai terpilih mengikut had serta kelayakan yang ditetapkan. 

44.  BATU PAHAT, 23 Jun - Pelajar negeri ini yang berjaya menerima tawaran pengajian di institusi pengajian tinggi boleh membuat permohonan mendapatkan bantuan Insentif Harapan Siswa berjumlah RM1,000 seorang. Bantuan yang juga antara 10 janji tawaran Pakatan Harapan Johor bagi tempoh 100 hari selepas menerima mandat membentuk kerajaan negeri itu boleh dikemuka secara dalam talian menerusi laman sesawang Yayasan Pelajaran Johor.

45.  KUALA LUMPUR, 23 Jun - Bekas Penolong Gabenor Bank Negara Datuk Latifah Merican Cheong meninggal dunia pada usia 67 tahun akibat kanser payu dara malam  tadi. Allahyarham Latifah menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Subang Jaya dekat sini kira-kira 10.15 malam di sisi anak-anak dan anggota keluarga yang lain.

46.  JOHOR BAHRU, 23 Jun - Koperasi Permodalan Melayu Negeri Johor Berhad (KPMNJ), antara 100 Koperasi Terbaik Malaysia Tahun 2017 akan membangunkan tanah seluas 10,108 meter persegi (1.0108 hektar) di Taman Tampoi Indah di sini sebagai projek pembangunan bercampur yang mempunyai nilai pembangunan kasar keseluruhan antara RM320 juta hingga RM350 juta.

47.  SEPANGGAR, 23 Jun - Kerajaan Sabah menyambut baik keputusan Mahkamah Persekutuan yang menolak permohonan Syarikat Petronas untuk memulakan prosiding undang-undang terhadap kerajaan Sarawak berhubung hak syarikat minyak negara itu mengawal selia aktiviti cari gali dan perlombongan minyak dan gas di negeri itu, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal.

48.  SEREMBAN, 23 Jun - Kerajaan Negeri Sembilan memberi perhatian serius kepada industri pelancongan kerana langkah ini berpotensi memajukan ekonomi negeri, kata Menteri Besar Aminuddin Harun. Beliau berkata pelbagai langkah serta pendekatan akan diambil dalam usaha merancakkan semula industri pelancongan di negeri ini.

49.  HULU SELANGOR, 23 Jun - Seramai 199 pelatih Program Latihan Asas Kepolisan (PLAK) Konstabel (Lelaki) Siri 3/2017 di PULAPOL Bukit Sentosa di sini, berjaya menamatkan latihan mereka hari ini. Mereka yang mengikuti latihan asas selama enam bulan mulai Disember tahun lalu, diraikan pada majlis tamat latihan PLAK di Maktab PDRM Kuala Kubu Bharu di sini, yang disempurnakan Ketua Polis Selangor Datuk Mazlan Mansor.

50.  KUALA PILAH, 23 Jun - Timbalan Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir yakin kerajaan PH akan melakukan yang terbaik untuk mengotakan janji 100 hari mereka. Katanya sebahagian janji tersebut telah dilaksanakan sejak PH mengambil alih tampuk pemerintahan negara selepas Pilihan Raya Umum ke-14 pada bulan lepas.

51.  KEMAMAN, 23 Jun - Mayat lelaki yang dikhuatiri lemas setelah terjun ke dalam Sungai Kemaman dari sebuah kapal pada 12 tengah malam Khamis lepas ditemukan terapung 100 meter dari lokasi kejadian pukul 6.50 pagi tadi. Timbalan KPD Kemaman, Mohd Haki Hasbullah berkata mayat mangsa dijumpai terapung berhampiran sebuah kapal dan dibawa naik ke darat oleh pasukan penyelamat.

52.  GEORGE TOWN, 23 Jun - Kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Kedah dan Kerajaan Persekutuan berhubung isu pembalakan di Ulu Muda di Kedah, yang merupakan ancaman kepada kawasan tadahan air di Empangan Muda di situ. Ketua Menteri Chow Kon Yeow berkata kawasan tadahan air di Empangan Muda, Ulu Muda yang menyalurkan air ke Pulau Pinang, Kedah dan Perlis itu semakin mengecil dan jika isu pembalakan tidak diatasi segera, ia akan menyebabkan tiga negeri berkenaan menghadapi risiko krisis air serantau.

53.  JOHOR BAHRU, 23 Jun - Kerajaan negeri bersedia membantu penduduk Orang Asli dari Kuala Masai di sini yang dibelenggu pelbagai isu pampasan berkenaan tanah mereka sejak 2010. MB Johor Datuk Osman Sapian berkata kesediaan itu termasuk mengkaji kronologi kes (pampasan) agar kerajaan negeri memahami situasi sebenar.

54.  PUTRAJAYA, 23 Jun - Jabatan Perikanan hari ini memberi amaran akan mengenakan tindakan tegas termasuk penggantungan dan pembatalan lesen kepada pengusaha vesel pukat Apollo yang didapati melakukan aktiviti menangkap ikan di luar kawasan yang ditetapkan, kata Ketua Pengarahnya Datuk Munir Mohd Nawi.

55.  SEPANGGAR, 23 Jun - Satu jawatankuasa khas akan ditubuh bagi mengendalikan proses kelulusan pembangunan hartanah di Sabah, kata Ketua Menteri Datuk Seri Mohd Shafie Apdal. Beliau berkata langkah itu bagi mempercepatkan proses kelulusan bagi membolehkan pembangunan sektor berjalan lancar, sekali gus memberi manfaat ekonomi kepada negeri.

56.  KUALA LUMPUR, 23 Jun - Kerajaan perlu memperkenalkan sistem penilaian kesihatan mental yang boleh menentukan sejauh mana gangguan mental boleh membawa kepada kejadian atau perbuatan jenayah, kata aktivis sosial Tan Sri Lee Lam Thye. Penyakit mental boleh digambarkan sebagai 'bom jangka' yang boleh meletup pada bila-bila masa sekiranya tidak dikendalikan dengan berkesan.

57.  KANGAR, 23 Jun - Kerajaan Perlis akan meneruskan bantuan kepada pertubuhan kebajikan berdaftar di negeri ini, walaupun kini sudah tidak sealiran dengan kerajaan pusat. MB Datuk Seri Azlan Man berkata walaupun Perlis negeri pembangkang, peruntukan untuk pertubuhan-pertubuhan itu sedia ada dalam bajet, namun jumlahnya bergantung kepada pendapatan kerajaan negeri.

58.  KUANTAN, 23 Jun - Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail petang ini menghadap Pemangku Raja Pahang Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah di Istana Abdulaziz di sini sempena lawatan pertama beliau yang pertama di negeri ini selepas dilantik menjadi Timbalan Perdana Menteri. Beliau tiba bersama-sama Pengerusi Parti Keadilan Pahang Datuk Fauzi Abdul Rahman di istana berkenaan pada pukul 3.05 petang sebelum meluangkan masa selama dua 20 minit bersama Tengku Abdullah.

59.  KLUANG, 23 Jun - MP Simpang Renggam Dr Maszlee Malik berhasrat menjadikan Simpang Renggam sebagai bandar berkembar dengan beberapa bandar di Amerika Syarikat dan Australia bagi mentransformasikan bandar berkenaan. Beliau kini dalam peringkat perbincangan bersama duta dari dua negara tersebut bagi merealisasikan hasrat itu.

60.  PUTRAJAYA, 23 Jun - Jabatan Imigresen Malaysia (JIM) menahan 45 individu terdiri daripada 38 warga asing dan tujuh warga tempatan dalam Op Gegar di sebuah pusat pelacuran dikenali sebagai 'Rumah Merah' yang berfungsi khas untuk warga asing di Jalan Petaling, Kuala Lumpur pada Jumaat lepas. Daripada jumlah keseluruhan individu yang ditahan, 34 individu merupakan wanita warganegara asing iaitu 24 warga Indonesia, tujuh (India) dan tiga (Bangladesh).

BERITA SUKAN:

1.  KALININGRAD 23 Jun - Xherdan Shaqiri mengakui, dia agak beremosi, namun enggan mengulas selepas mencetus kontroversi meraikan jaringan kemenangan Switzerland ke atas Serbia dengan membuat isyarat bendera Albania, awal pagi tadi. Pemain berusia 26 tahun itu meledak gol kemenangan pada minit terakhir permainan untuk membantu Switzerland menumpaskan Serbia 2-1 dalam aksi kedua Piala Dunia, Kumpulan E.

2.  RUSIA 23 Jun - Xherdan Shaqiri muncul wira Switzerland apabila meledak gol kemenangan ketika membantu pasukannya menewaskan Serbia 2-1 dalam aksi kedua Kumpulan E Piala Dunia di Stadium Kaliningrad, sebentar tadi. Skuad kendalian Mladen Krstajic terlebih dahulu berada di depan menerusi tandukan Aleksandar Mitrovic seawal minit kelima selepas menerima hantaran lintang daripada Dusan Tadic.

3.  IZHNY NOVGOROD 23 Jun - Pemain Croatia, Ante Rebic nyata kecewa terhadap persembahan dan cara Argentina berdepan kekalahan 3-0 sehingga dia membatalkan keputusan untuk bertukar jersi dengan Lionel Messi. Rebic meledak gol pembukaan susulan kesilapan Willy Caballero sebelum Luka Modric dan Ivan Rakitic membolehkan mereka meraih kemenangan selesa sekali gus menempah tiket ke pusingan 16 terbaik.

4.  VOLGOGRAD 23 Jun - Kapten Nigeria, John Obi Mikel menggesa Croatia supaya lebih profesional dengan tidak merehatkan pemain pada aksi penentu nasib skuad 'Super Eagles' itu di Piala Dunia. Dua gol Ahmed Musa memastikan peluang Nigeria untuk mara ke pusingan kedua terus terbuka apabila menundukkan Iceland 2-0 di Volgograd, malam tadi.

5.  REPINO, Russia 23 Jun - Selepas bermula cemerlang dalam kejohanan utama dalam tempoh 12 tahun menerusi sentuhan kapten Harry Kane pada masa kecederaan menentang Tunisia, England pastinya mengharapkan pertemuan berikutnya dengan Panama menjanjikan lebih ketenangan.

6.  SOCHI 23 Jun - Jerman tidak boleh melakukan kesilapan apabila menentang Sweden pada awal pagi nanti, dengan juara bertahan itu turut mengikuti jejak Brazil untuk kembali menghidupkan peluang ke peringkat kalah mati. Skuad kenalian Joachim Loew tewas mengejut 0-1 kepada Mexico dalam aksi pembukaan Kumpulan F, susulan persembahan hambar separuh masa pertama yang mencetuskan kritikan.

7.  LONDON 23 Jun - Lionel Messi tidak memiliki kualiti kepemimpinan seperti yang ada pada Cristiano Ronaldo, kata bekas pemain Barcelona, Emmanuel Petit. Messi bergelut untuk mencipta impak pada Piala Dunia kali ini apabila Argentina berdepan prospek untuk tersingkir awal susulan tewas 0-3 di tangan Croatia, semalam.

8.  KAZAN 23 Jun - Colombia menuju perlawanan Kumpulan H menentang Poland awal pagi Isnin dengan tekanan mendapatkan keputusan positif dan persiapan mereka dibayangi siasatan polis berhubung ancaman bunuh ke ata pemain tengah, Carlos Sanchez.

9.  LE CASTELLET, Perancis 23 Jun - Isu kesesakan trafik yang teruk serta masalah tempat letak kenderaan menghantui perlumbaan Formula Satu (F1), Grand Prix (GP) Perancis, yang menyaksikan pembeli tiket mula melepaskan kemarahan. Kebanyakan peminat, yang membeli tiket untuk menyaksikan dua sesi latihan bebas pada petang Jumaat tidak boleh sampai ke kawasan sirkit kerana kenderaan yang beratur di situ terlalu panjang menuju ke litar Le Castellet.

10.  CHICAGO 23 Jun - Pelari pecut Noah Lyles melakar masa terpantas 100 meter tahun ini dengan 9.88 saat untuk memenangi kejohanan kebangsaan Amerika Syarikat (AS), sebentar tadi. Atlet berusia 20 tahun konsisten berlari dari belakang dan mengatasi pemenang tempat kedua, Ronnie Baker, untuk mengatasi catatan 9.89s dilakukannya pada separuh akhir Kejohanan AS, Des Moines, Iowa itu.

Jumaat, 22 Jun 2018

Sejarah bakal tercatat



Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi yg menggantikan Tun Mahathir menghadapi masalah demi masalah sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.     Harga minyak dunia yg melambung sehingga USD200 telah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi yang teruk. Kegawatan ekonomi dunia diambil peluang oleh Tun untuk memanipulasi keadaan bagi menyerang Pak Lah.
Jambatan bengkok dikatakan puncanya.

 Akhirnya Pak Lah terpaksa menaikkan harga minyak sebanyak 60 sen yg mencetus kemarahan rakyat dan Mahathir mula menyerang Pak lah mengambil peluang dari kenaikan harga minyak dunia itu. Tun mendesak Pak Lah berbelanja seperti biasa ketika krisis ekonomi meruncing. Kata pak Lah negara bakal bengkrap sekiranya beliau mengikuti kehendak Mahathir berbelanja seperti biasa.

Pak Lah menghadapi PRU dengan tekanan berterusan dari Mahathir. Kerajaan Pak Lah dituduh mengamalkan rasuah dan tuduhan dibuat oleh Tun Mahathir sendiri. 

Akhirnya keputusan PRU 12 lima negeri hilang. Pak Lah mentadbir negara ini cukup sebentar sebelum melepaskan jawatannya.
 Sebelum bersara Pak lah telah mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri.

Najib pula mengambil alih negara ini ketika negara hampir bengkrap apabila rezab bank Negara hanyalah USD20 billion iaitu kira kira RM50 billion. Kesan kerugian didalam forex yg diperjudikan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan RM34 billion wang negara lesap. Banyak pelaburan yg dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu musnah. Ini termasuklah PERWAJA, MOMINCO, PROJEK BAKUN dan bermacam macam projek lagi termasuk lah skandal Bank Bumiputra Hong Kong yg memerlukan suntikan modal baru. Seorang akauntan kita Abdul Jalil Ibrahim dibunuh didalam kebun pisang ketika dihantar oleh ibu Pejabat Bank Bumiputra bagi menyiasat punca utama Bank berkenaan ditutup.

Ketika itu pendapatan dari hasil minyak tidak ada apabila minyak berada dibawah kos pengeluaran. Ramai pekerja di Petronas dibuang dan sebahagian lagi diberi cuti tanpa gaji dengan pilihan mereka akan dipanggil untuk berkerja semula apabila harga minyak meningkat dan stabil. Manakala 60,000 perkerja disektor swasta dibuang.

Akhirnya Najib mengambil langkah tidak popular tetapi betul. Najib laksanakan GST.  Tindakan Najib ini mendapat pujian banyak pehak termasuk lah Morgan Stanley, Bloomberg dan portal portal berita ekonomi dunia. Negara mampu bersaing dan bangkit dari kemelesetan dengan cukup cepat.

Tindakan Najib melaksanakan GST telah menyebabkan masyarakat peniaga cukup marah dengan keadaan ini. Keuntungan mereka merudum. Mereka tidak lagi boleh menipu cukai kerana LHDN tahu berapa jualan mereka setiap bulan. 

Anehnya rakyat marhaen juga turut marah walaupun kadar GST dikenakan cukup kecil iaitu 6% sahaja.
Pembangkang tidak putus putus menghasut rakyat walhal rakyat miskin tidak terkesan pun dengan GST kerana kerajaan turut mengembalikan dengan BRIM. Ada juga BRIM orang bujang dan bermacam macam bantuan lagi..

Akhir dengan janji manis pembangkang diketuai Tun Mahathir pada menifesto yg dibahagikan kepada 3 jenis  iaitu
 1 akan dilakanaksanakan serta merta,
2 akan dilaksanakan 100 hari
3 Akan dilaksanakan selepas keadaan stabil.

Tuduhan Najib menyeleweng dana IMDB selama 3 tahun dimomokkan tanpa keputusan. Tun Mahathir mendapat bantuan dari rantaian akhbar luar negara bagi menjayakan misinya ini  walaupun sehingga kini Najib belum didakwa atas sebarang pertuduhan. Manakala audit dan PAC menafikan Najib terlibat

Akhirnya Kerajaan BN tewas pada PRU14 selepas lebih 60 tahun menjadi pemerintah bagi negara Malaysia. Rakyat termakan hasutan kerana modus operandi Tun Mahathir dibantu rantaian akhbar luar negara cukup licik.

Kerajaan baru mengambil alih tampuk pemerintahan namun janji tinggal janji apabila hampir 100% janji yg telah dibuat tidak mampu ditunaikan.

Tamatlah dominasi kerajaan Islam BN digantikan dengan kerajaan bukan Islam DAP. 

Rezab bank negara yg ditinggalkan Najib ialah RM430 billion. Kita lihat berapakah yg tinggal selepas setahun kerajaan pakatan Harapan berkuasa kerana rezab Bank Negara telah susut RM3.8 billion hanya 15 hari kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.

 Manakala pelabur asing menjual saham saham mereka dan Bloomberg menganggar kan RM5 billion dari pasaran saham telah ghaib tidak sampai pun 20 hari kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa manakala Tun Mahathir mengangkat sumpah selaku ketua kerajaan bagi negara Malaysia.

(Terkenang wawancara ditv luar negara dengan Blomberg. Kata tetamu berkenaan. Inilah hasilnya apabila pengundi bodoh MEMILIH tanpa dibimbing. Merujuk penghapusan GST yg telah menyebabkan kerugian pada pasaran saham dan kehilangan pendapatan besar oleh negara)

Gabenor Bank Negara dan SPRM

Zeti and Shukri have 48 hours to respond to this article – The Third Force

THE THIRD FORCE
By: Raggie Jessy
(Translated by: Ariff Ahmad)

Attn: Tan Sri Zeti Akhtar Aziz and Dato' Seri Mohd Shukri Abdull

Re: MACC investigations into the RM2.6 billion transfer into Dato' Seri Najib's account

Merujuk kepada perkara yang tersebut diatas, The Third Force (TTF) telah berulang kali menegaskan bahawa SPRM harus siasat Tan Sri Zeti Akhtar Aziz (selepas ini dirujuk sebagai "Zeti") kerana terlibat didalam "pemindahan RM2.6 bilion ke 'Akaun Ambank Dato Seri Najib Tun Razak' (selepas ini dirujuk sebagai "urusan").

Mengikut kertas siasatan SPRM tahun 2015 (selepas ini dirujuk sebagai "kertas") yang disediakan oleh Dato 'Seri Mohd Shukri Abdull (selepas ini dirujuk sebagai "Shukri") mengenai isu ini, Shukri telah menyenaraikan penemuan utama yang, jika ditambah dengan penglibatan Shukri dalam siasatan sekarang ini, maka terdapat wujudnya satu konspirasi untuk menganiayai Dato 'Seri Najib Tun Razak (selepas ini dirujuk sebagai "Najib").

(BACA DISINI): Part 2: Proof that Zeti and Ambank officials knew the identities of the RM2.6 billion donors – The Third Force


Penemuan dari siasatan tersebut adalah seperti berikut:

1. Zeti mengetahui identiti semua individu dan entiti yang bertanggungjawab berkaitan dengan urusan tersebut.

2. Pengurus Ambank Jalan Raja Chulan, Cheah Tek Kuang, juga mengetahui identiti semua individu dan entiti yang bertanggungjawab berkaitan dengan urusan itu.

3. Zeti telah membenarkan transaksi itu dan tahu bahawa wang itu adalah hadiah dari Kerajaan Arab Saudi kepada Najib.

4. Zeti tahu bahawa Putera Saudi telah membenarkan Najib untuk menggunakan wang itu mengikut budi bicara Najib sendiri.

5. Zeti lah yang menasihatkan Najib supaya wang tersebut dikreditkan ke akaun peribadinya

Zeti telah memilih untuk berdiam diri meskipun Mahathir dan semua pemimpin-pemimpin lain Pakatan Harapan (selepas ini dirujuk sebagai "saboteurs") telah melemparkan fitnah terhadap Najib. Puak saboturs menuduh Najib telah sama ada mencuri wang RM2.6 bilion daripada 1MDB atau membayangkan bahawa wang itu dicuri dari dana kekayaan tersebut. Zeti adalah Gabenor Bank Negara Malaysia (BNM) sepanjang tempoh di mana Najib difitnah.

Apabila ditanya, Zeti enggan mendedahkan penemuan siasatan BNM keatas urusan itu, dengan alasan bahawa dia dilarang oleh undang-undang untuk berbuat demikian. Walaupun saya dapati bahawa alasan Zeti boleh diterima oleh akal fikiran , tetapi ia menjadi aneh pada saya apabila Shukri kini turut terlibat didalam siasatan terbaru urusan itu. Alasan saya katakan adalah berdasarkan pada hujah-hujah berikut:

1. Shukri melaporkan didalam kertas siasatannya bahawa Zeti tahu identiti penderma RM2.6 bilion dan juga telah menasihatkan Najib untuk kreditkan wang itu ke dalam akaun peribadinya.

2. Namun, SPRM tidak menyoal siasat Zeti tetapi telah menyoal siasat Najib dan Datin Seri Rosmah Mansor.

3. Sehingga kini, tidak ada tanda-tanda bahawa SPRM mempunyai niat untuk memanggil Zeti atau pun menyiasat peranannya didalam urusan itu.

4. Maka tindakan ini segera menimbulkan syak wasangka bahawa SPRM mungkin mempunyai sesuatu niat untuk disembunyikan dan tidakan mereka adalah menyeluruh didalam siasatannya.

5. Kecurigaan ini disokong lagi oleh tindakan keterlaluan Shukri di mana dia telah mendakwa bahawa dia telah 'diugut' dan 'diancam' ketika menyediakan kertas itu.

(BACA DISINI): MACC chief gives emotional account of 1MDB probe | New Straits Times | Malaysia General Business Sports and Lifestyle News


6. Dakwaannya itu berpotensi untuk menghalang siasatan yang berterusan dan menunjukkan bahawa SPRM mungkin menjalankan siasatan dengan niat jahat.

Oleh itu, kedua-dua Shukri dan Zeti perlu disiasat kerana kemungkinan mereka telah bersekongkol untuk membabitkan Najib terhadap jenayah yang Najib tidak lakukan. Ia juga mengatakan bahawa Shukri perlu menarik diri daripada siasatan dan dipecat dari jawatan ketua SPRM sehinggalah namanya dibersihkan.

Memandangkan semua isu yang disebutkan di atas, saya dengan ini menuntut tindak balas daripada kedua-dua Zeti dan Shukri, yang mana jika mereka gafal berbuat demikian, satu laporan polis akan dibuat di Kuala Lumpur pada hari Sabtu ini, 23hb Jun 2018. Saya sangat prihatin terhadap impak keatas ekonomi negara berdasarkan semua yang berlaku ini dan saya bimbang bahawa perkara itu boleh merebak dan mengancam keselamatan negara.

Kedua-dua Zeti dan Shukri boleh menganggap artikel ini sebagai notis 48 jam yang disampaikan kepada mereka.

Tanpa prejudis

Raggie Jessy

TRX - continued

While I am happy that the government has now decided to continue with the Tun Razak Exchange (TRX) project which will bring tens of thousands of new jobs and establish a world-class financial center right here in Kuala Lumpur, I want to point out that Finance Minister Lim Guan Eng has been spreading half truths and outright lies in his statement today about TRX City Sdn Bhd (TRXC), the owner of the 70 acre TRX and 486 acre Bandar Malaysia land and projects.

The take-over of TRXC by MOF Inc for a nominal sum of RM1 effective 31 March 2017, was a key step in the broader 1MDB rationalisation plan. After taking over the two prime assets, MOF Inc then assumed payment of certain 1MDB liabilities from 1 April 2017, in return for the asset transfer.

YB Lim himself admits that even with a further "up to" RM 2.8 billion injection by MOF Inc, the TRX project will be worth at least RM7.8 billion and show a profit.

Surely it cannot be called a bail-out if the money is to be used to generate a profit?

However, whilst YB Lim Guan Eng conveniently lumps together Federal Government commitments of RM 3.7 billion for both the TRX and Bandar Malaysia projects, he fails to highlight the significant land asset value contained in both projects, and in particular the Bandar Malaysia project. If properly planned, marketed and developed, the Bandar Malaysia land alone could be worth RM 30 billion.

More importantly, no monies from TRXC were misappropriated by 1MDB. As practiced by many companies, approx RM 3 billion of inter-company loans were made, over time, by TRXC to 1MDB. All these inter-company were repaid by 1MDB effective 31 March 2017, through a combination of cash repayments and a set-off against dividends paid by TRXC to 1MDB. These repayments were carried out with the approval of MOF Inc and were properly reviewed and signed off by the auditors of TRXC in the 31 March 2017 financial statements.

Since the TRXC was owned 100% by 1MDB which was in-turn, owned 100% by MOF, surely 1MDB cannot be stealing RM3 billion from itself to service its own loan?

Once again, I caution YB Lim Guan Eng against making such factually incorrect statements as part of the PH's political vengeance against me and the previous BN government. 

Not only is it unprofessional, it spooks investors in the currency, bond and stock markets. Surely the well being of our economy is much more important than the issuance of politically motivated statements?

DSN

Khamis, 21 Jun 2018

SEBELUM TUN NAK BUAT PROJEK KERETA NASIONAL KEDUA, ELOK DIPERINGATKAN FAKTA INI?


Rupa-rupanya selama ini banyak perkara rahsia ditutup oleh Tun M sehingga mengakibatkan pengeluar kereta Proton  itu gagal bersaing waima dengan Perodua yang dianggap syarikat kerdil!

Antara paling menarik apabila beberapa kroni beliau berjya membolot habis segala projek vendor Proton lantas menyebabkan harga kereta tersebut tidak kompetitif selain komponen dibekalkan bermasalah dari segi kualiti.

Berikut pendedahan penulis Rozmi Mokhtar⁠⁠⁠⁠ menyingkap rahsia di sebalik tabir cerita kegagalan Proton yang pernah jadi bahan jenaka banyak pihak sebelum diselamatkan kerajaan tahun lalu menerusi suntikan dana khas.

Projek Kroni Mahathir: Vendor Proton Yasmin Group Kepunyaan Anak Saudara!

■ Syarikat Konglomerat Yasmin Group ditubuhkan pada 4 April 1980. Pengasasnya, Tan Sri Rahmat Abu Bakar memulakan syarikat itu di Alor Setar Kedah sebagai Yasmin Enterprise dengan isterinya sebagai rakan kongsi.

■ Pada 1983 apabila projek kereta nasional dimulakan, Rahmat melihat peluang potensi bidang vendor antikarat (rust-proofing) dan menubuhkan Yasmin Jurumuda Sdn Bhd yang dipilih sebagai pembekal tunggal 'rust-proofing'.

■ Syarikat di bawah payung Kumpulan Yasmin merupakan pertama dipilih sebagai rakan kongsi Proton sejak 1985. Pengasas dan pemilik Yasmin Group sebenarnya merupakan menantu Rafiah Mohamad, kakak sulung Mahathir.

■ Selain Rahmat, Timbalan Pengerusi Yasmin Jurumuda iaitu Kias Rahmat, orang ke-2 dalam Proton ketika di bawah HICOM. Beliau merupakan pengurus kilang dan dianggap salah seorang eksekutif pengasas Proton.

■ Kias kemudian diangkat menjadi orang nombor 2 dalam Proton sebagai Pengarah Eksekutif tetapi kemudian meletak jawatan pada 2006 ketika Tun Abdullah Ahmad Badawi dilantik menjadi Perdana Menteri yang ke-5.

(Nota: Beliau menyertai Yasmin Group sebagai Penasihat Kumpulan dan juga Timbalan Pengerusi.  Masihkah hendak nafi yang Yasmin Group telah mendapat manfaat besar dari bapa saudaranya sendiri, Mahathir?)

■ Laba syarikat ini jauh lebih besar daripada Proton yang dikatakan hampir setiap tahun catat kerugian berjumlah ratusan juta ringgit? Walhal syarikat pembekal tunggal antikarat pula untung ratusan juta ringgit? Hairankan!

■ Pada 2007 sebagai pemain utama Proton, Jurumuda melancarkan fasiliti antikarat BOT (build-operate-transfer) di kilang Proton Automobil sebagai asas jaminan monopoli kerja untuk kereta Proton selama mana Proton wujud.

■ Salah satu syarikat konsesi tol iaitu SKVE Holdings Sdn Bhd, menguruskan Lebuhraya South Klang Valley dimiliki Rahmat sebagai Pengerusi Eksekutif. Dua anaknya, Mohamad Nahiz dan Mohamad Nuhairi dilantik jadi pengarah.

■ Siapa pula Rahmat dengan Mahathir? Orang Kedah panggil anak menakan, orang KL sebut anak saudara. Untuk makluman, Rahmat merupakan 'pengasas' Yasmin Group yang sentiasa mengembangkan sayap perniagaannya.

■ Ia berlaku pesat sewaktu Mahathir masih memegang jawatan No.1 negara!  Pada 17 September 2008, Petronas Dagangan Bhd. (PDB) dilaporkan membayar RM16.24 juta untuk 80% pegangan dalam Lub Dagangan Sdn. Bhd.

■ Bernama menyatakan ia syarikat usaha sama membabitkan PDB sendiri selain Natpet (M) Sdn. Bhd. dan Yasmin Jurumuda Sdn. Bhd. menjalankan peniagaan pemasaran dan pengedaran produk minyak pelincir di Malaysia.

■ Beneficial Yasmin Group sentiasa melimpah selagi Mahathir wujud di mana-mana posisi. Pada 2010 melalui catatan laporan korporat rasmi, keuntungan syarikat konglomerat Yasmin Group adalah sebanyak RM228 juta!

■ Berapa lama Mahathir mahu berlakon dengan sorok perkara ini daripada rakyat marhaen? Berapakah nilai laba diperoleh Yasmin Group sepanjang dianugerahkan kontrak sebagai pembekal tunggal Proton sehingga kini?

■ Bagaimana pula dengan syarikat vendor lain yang keuntungan mereka bukan sahaja terjamin tetapi juga dinaikkan menerusi perjanjian yang telah ditandatangani lebih awal ketika zaman Mahathir memerintah selama 22 tahun itu?

■ Siapakah cetus idea bawa masuk Mitsubishi Lancer F-model yang kemudian ditukar jenama sebagai Proton Saga? Dan pada masa sama model Jepun ini dilarang keras penjualannya di Malaysia bagi melindungi Proton sejak 1985?

■ Berapa pula keuntungan yang telah diperoleh oleh kroni Mahathir? Proton telah banyak menerima bantuan kerajaan, selain itu sentiasa memantau kerajaan supaya terus mengamalkan dasar perlindungan jenama Proton.

■ Bayangkan kerajaan wajib bantu Proton terus hidup selama 30 tahun lagi dan lagi! Banyak persoalan yang belum lagi terjawab di sebalik industri automotif nasional yang dipelopori oleh Proton menerusi model sulungnya, Saga!

■ Adakah cadangan kenaikan harga kereta Proton selama ini berpunca daripada kepentingan kroni Mahathir menerusi syarikat vendor yang perlu dijaga tanpa melibatkan kerugian atau keuntungan mereka perlu dipotong?

■ Mengapa sikap amalan dasar perlindungan kepentingan kroni menjadi faktor harga kereta Proton terpaksa naik? Walhal pada masa sama, syarikat kroni terus

Selasa, 19 Jun 2018

#SIAPA_ARAH_BUNUH_ALTANTUYA?



(By: Ariff Ahmad)

Walaupun Kerajaan Australia telah bersetuju untuk membenar Sirul dibawa pulang ke Malaysia tetapi reaksi Mahathir terhadap isu tersebut adalah seperti dia tidak berminat untuk membenarkan Sirul Azhar pulang ke Malaysia (sila rujuk FAKTA 1).  

Mengapa Mahathir tidak berapa bersetuju dengan cadangan tersebut. Untuk memahaminya, maka kita perlu rujuk kepada sejarah pembelian kapal selam tersebut.

Mengikut siasatan saya, Rancangan untuk membeli kapal selam telah mula dibahas di Parlimen seawal tahun 1993 lagi (sila rujuk pada beberapa SCREENSHOT HANSARD dibawah). Persoalannya ialah, jika Mahathir sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan berkata dia tidak tahu tentang rancangan hendak membeli KAPAL SELAM, jadi apa yang Mahathir buat semasa isu tersebut dibahas di Parlimen. DIA TIDUR AGAKNYA  

Ini adalah fakta-fakta tentang siapa yang terlibat didalam pembelian kapal selam Scorpene

👉1) Yang mencadangkan pembelian kapal selam ialah

a) Mokhzani Mahathir dan 

b) Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi proxy Daim Zainuddin)

👉 2) Pada mulanya rundingan di lakukan melalui Syarikat Perimekar Sdn Bhd iaitu anak syarikat Ombak Laut yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak Baginda. Pengarah Syarikat Perimekar pula ialah

a) Laksamana Muda (Rtd) Hussin Tamby dan 

b) Mazlina Makhzan iaitu isteri Abdul Razak Baginda.

(Sila rujuk FAKTA 2 dan FAKTA 3)

👉 3) PENGLIBATAN ALTANTUYA. Sebenarnya Altantuya langsung tidak terlibat didalam rundingan pembelian kapal selam Scorpene dan nama Altantuya hanya digunakan untuk memfitnah Najib. Pandangan saya ini adalah berdasarkan pada keterangan Abdul Razak Baginda, dimana beliau telah memberitahu Mahkamah bahawa 

a) Beliau hanya mula mengenali Altantuya pada akhir 2004, 

b) Sementara rundingan pembelian kapal selam Scorpene bermula pada tahun 2000 

c) Dan perjanjiannya Scorpene dimuktamatkan dua tahun kemudian iaitu pada tahun 2002.

d) Semasa rundingan diadakan, seorang warga Inggeris bernama Martin Hill, telah bertindak sebagai jurubahasa kerana beliau fasih dalam bahasa Perancis, 

(Sila rujuk FAKTA 4)

👉 4) MAHATHIR JUGA TERLIBAT. Semasa rundingan dimulakan sehingga perjanjian pembelian dimuktamatkan 

a) Perdana Menteri Malaysia ialah Mahathir 

b) Menteri Kewangan juga ialah Mahathir

Jadi sebagai sebagai Perdana Menteri merangkap Menteri Kewangan, adalah mustahil Mahathir tidak tahun tentang kos pembelian Scorpene kerana yang akan menyediakan dan meluluskan bajet ialah Kementerian Kewangan.

Slogan Bersih, Cekap dan Amanah ialah slogan yang digunakan Mahathir semasa beliau menjadi Perdana Menteri. Tetapi rupa-rupanya Mahathir TIDAKLAH BERSIH dari skandal seks (sila rujuk FAKTA 5). Jika kita renung betul-betul wajah-wajah ANAK ANGKAT Mahathir iaitu Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir, maka kita dapati bahawa wajah-wajah mereka adalah SEIRAS dengan wajah-wajah anak-anak Mahathir yang lain seperti Mirzan, Mokhzani, Mukhriz dan Marina (sila rujuk FAKTA 6).

Selain daripada itu, mengikut ajaran Islam, jika Melinda Mahathir, Mazhar Mahathir dan Maizura Mahathir adalah anak angkat Mahathir maka adalah HARAM bagi mereka  di BIN kan atau BINTI kan kepada Mahathir (sila rujuk FAKTA 7)

Memandangkan Mahathir juga adalah kaki perempuan, maka wujud kemungkinan Mahathir juga mempunyai skandal dengan Altantuya sehingga menyebabkan Altantuya mengandung (sila rujuk FAKTA 8).

👉 5) SIAPA SIRUL AZHAR. Sirul Azhar pernah menjadi bodyguard Mahathir semasa Mahathir menjadi Perdana Menteri (sila rujuk FAKTA 9). Jadi ada kemungkinan yang mengarahkan Sirul membunuh Altantuya ialah Mahathir kerana hendak menutup perhubungan sulit antara mereka berdua.

Selain daripada itu, tugas Sirul ada seorang bodyguard Perdana Menteri. Beliau memulakan kareernya sebagai bodyguard Mahathir dan selepas Mahathir letak jawatan, beliau telah menjadi bodyguard Pak Lah. Memandangkan Sirul adalah seorang bodyguard Perdana Menteri iaitu Mahathir dan Pak Lah sehingga beliau ditangkap atas tuduhan membunuh Altantuya pada tahun 2006 (sila rujuk FAKTA 10) maka tidak mungkin Najib yang keluarkan arahan kepada Sirul untuk membunuh Altantuya kerana Najib hanya dilantik menjadi Perdana Menteri pada bulan April 2009 iaitu TIGA TAHUN selepas Sirul ditahan atas tuduhan membunuh Altantuya

Jadi soalan saya pada Mahathir ialah: SIAPA YANG LEBIH RAPAT DENGAN SIRUL SEHINGGA BOLEH KELUARKAN ARAHAN UNTUK MEMBUNUH ALTANTUYA

❎ FAKTA 1 - Malaysia tidak mohon ekstradisi Sirul – Dr Mahathir – Front Desk

8 Jun 2018

PUTRAJAYA, 8 Jun: Perdana Menteri  Tun Dr Mahathir Mohamad berkata kerajaan tidak membuat permohonan agar  Sirul Azhar Umar yang disabitkan kesalahan membunuh diserah balik kepada negara ini.

Beliau berkata bekas anggota polis itu yang disabitkan kesalahan dan dijatuhi  hukuman  mati atas  pertuduhan membunuh model Mongolia Altantuya Shaariibuu tidak dibenarkan dihantar pulang.

"Sirul tidak boleh balik ke Malaysia kerana Australia tidak benarkan orang yang mungkin akan digantung sampai mati balik ke negara mereka sebab undang-undang di negara itu.

"Kita mungkin akan membatalkan hukuman gantung ke atasnya dan mungkin diganti dengan hukuman penjara sebagainya supaya dia boleh kembali ke tanah air," kata Dr Mahathir pada sidang media, di sini hari ini.


❎ FAKTA 2 - Scorpene: Siapa Terlibat?

Pencadang asal program kapal selam Malaysia ialah Mokhzani Mahathir dan Ibrahim Mohd Noor (yang ketika itu merupakan CEO BERNAS yang baru disenaraikan, serta bertindak bagi pihak Daim Zainuddin). Mereka mencadangkan membeli kapal selam Jenis Jerman versi 212 (reka bentuk Jenis Bebas 209) melalui sebuah syarikat bernama Perimekar Sdn Bhd, yang beroperasi dari banglo di Jalan Lembah Ledang off Jalan Semantan di Kuala Lumpur.

Posted on 5th August 2017

Facebook Link


❎ FAKTA 3 - Kapal selam - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas 

Perundingan ini telah dijalankan menerusi satu syarikat Malaysia, Perimekar Sdn Bhd, untuk membeli dua buah kapal selam Scorpene dan satu kapal selam terpakai bernama Agosta yang dihasilkan oleh kerajaan Perancis di bawah satu usahasama Perancis-Sepanyol, Armaris. Pada masa itu Perimekar telah dimiliki oleh satu syarikat bernama Ombak Laut, yang dimiliki sepenuhnya oleh Abdul Razak


❎ FAKTA  4- Altantuya no role in Scorpene deal, negotiator claims | Malaysia | Malay Mail

Menurut keterangan Abdul Razak di mahkamah, dia hanya bertemu Altantuya pada akhir 2004, sementara perjanjian Scorpene yang memasuki perundingan pada tahun 2000, disimpulkan, dua tahun kemudian.

Laporan khas menimbulkan keraguan tentang perlunya menyewa Altantuya sebagai jurubahasa, ketika faktanya adalah semua rundingan dengan syarikat Perancis dijalankan dalam Bahasa Inggeris.

Pasukan Perancis, sebenarnya, pada mulanya dipimpin oleh seorang Inggeris, Martin Hill, yang juga fasih dalam bahasa Perancis, laporan itu dinyatakan.

Selain itu, dalam pemetaannya kepada pihak berkuasa Perancis pada tahun 2010, pengurus pemasaran bekas Pengarah Urusan des Construction Navales Services untuk Malaysia dan Singapura pada masa itu, Fredric Faura, memberitahu penyiasat bahawa tidak ada keperluan juru bahasa kerana rundingan dalam bahasa Inggeris dan rakyat Malaysia fasih dalam bahasa itu, ia dilaporkan.

Jasbir bertanya-tanya mengapa tidak ada yang mempersoalkan kredibiliti tokoh pembangkang yang telah menerima aduan untuk menunjukkan gambar Altantuya dengan Najib dan Abdul Razak, yang dikatakan di sebuah restoran Paris.

"Dengan kemasukannya sendiri, perkara ini adalah perkara peribadi antara Abdul Razak dan Altantuya. Berurusan dengannya tidak ada kaitan dengan perjanjian Scorpene.

"Adalah malang bahawa ia bertepatan dengan garis masa kami (perjanjian kapal selam). Razak adalah satu-satunya penyebut biasa dalam perkara ini. Beliau adalah satu-satunya pautan, dan yang lemah, paling baik, "katanya.


❎ FAKTA 5 - Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao

Rafidah menjadi kaya bukan kerana perbuatan rasuahnya tetapi kerana dia tahu rahsia dan perilaku moral Mahathir termasuk rahsia berkenaan skandal seks.

"Kita lihat pada zaman Mahathir jadi Perdana Menteri, Rafidah ini boleh berkata apa-apa dan diberikan ruang memegang portfolio penting menguruskan perdagangan luar negara termasuk menguruskan AP barang-barang import dari luar negara ke Malaysia.

Rafidah Aziz simpan rahsia skandal seks libatkan Mahathir dakwa Ramesh Rao

Anwar ada menyebut berkenaan hubungan sulit Mahathir ini di beberapa pentas ceramah reformasi dan dia ada sebut berhubung skandal seks melibatkan orang yang jadi Perdana Menteri selama 22 tahun ini.


❎ FAKTA 6 - Pernah Dengar Cerita Siti Hasmah Mengamuk Mahathir Nikah Gadis Belasan Tahun?

⏩ Lihat wajah anak-anak kandung Mahathir yang kaya raya malah antara terkaya di Asia, ada iras muka atau wajah mereka dengan Mazhar, si anak angkat tersebut.  Malah wajah cucu Mahathir yang perempuan, anak kepada Menteri Besar Kedah juga dilihat mempunyai iras wajah yang sama. Bagaimana anak angkat boleh hampir sama saja mukanya dengan anak atau cucu kandung Mahathir? Atau sememangnya Mahathir memilih anak angkat bersyarat muka yang sama? ⏪ 

⏩ Pernahkah anda dengar tentang Mahathir didakwa nikah gadis belasan tahun? ⏪ Walaupun ketika itu tiada internet tetapi akhbar yang pro pembangkang sudah wujud dan mempunyai ramai pembaca. Walaupun jawapan ketika itu bukannya seperti zaman digital iaitu adanya kekangan masa yang bukannya boleh respon "real time" namun dikatakan Mahathir mengambil masa yang lama untuk menjawab. Dan menurut otai-otai politik, Siti Hasmah yang jawab pada awalnya dan bukannya Mahathir. Dan sehingga ke hari ini Mahathir dilihat takut untuk menjawab.


❎ FAKTA 7 - Haram nasab anak angkat kepada bapa angkat 

Hukumnya haram menasabkan seseorang anak angkat kepada bapa angkatnya. Ini bererti dalam Islam adalah ditegah seorang yang mengambil anak angkat lalu di�bin�kan kepada bapa angkatnya.

Hukum ini berdasarkan firman Allah s.w.t. yang bermaksud: 

"Dan dia juga tidak menjadikan anak-anak angkat kamu sebagai anak-anak kamu sendiri...*

(Surah Al-Ahzab: ayat 4) 

dan dalam ayat yang seterusnya Allah berfirman yang bermaksud: 

"Panggillah anak-anak angkat itu dengan ber�bin�kan kepada bapa-bapa mereka sendiri; cara itulah yang lebih adil di sisi Allah. 
(Surah Al-Ahzab: ayat : 5)


❎ FAKTA 8 - Anwar Ibrahim » Blog Archive » Altantuya Shaaribuu: Bagaimana dan Mengapa Dia Dibunuh? 

⏩ Apabila perempuan Cina itu melihat saya mengeluarkan sepucuk pistol, dia merayu supaya dilepaskannya kerana dia sedang mengandung ⏪


❎ FAKTA 9 - Sirul Bekas Pengawal Peribadi Mahathir Rupanya | MYKMU.NET

⏩ Tapi mengejutkan hari ini bila bekas Perdana Menteri, Tun Mahathir Mohammad (90 tahun) mendedahkan apa yang selama hari ini kita tidak tahu bahawa Sirul pernah menjadi pengawal peribadinya. ⏪  Terlintas di kepala penulis, jika melihat kepada pendekatan Najib dikaitkan dengan pembunuhan tersebut, tak adakah siapa yang nak menuduh Mahathir terlibat dalam konspirasi pembunuhan tersebut?


FAKTA 10 - Kronologi kes pembunuhan Altantuya

Berikut kronologi kes pembunuhan Altantuya:

 2006:

26 Okt: Cif Inspektor Azilah Hadri dari Unit Tindakan Khas Bukit Aman ditangkap berhubung kehilangan Altantuya.

6 Nov:  Korporal Sirul Azhar Umar dari unit yang sama turut ditangkap.

7 Nov:  Penganalisis politik Abdul Razak Baginda ditahan polis bagi membantu siasatan kes berkenaan.  

15 Nov: Azilah dan Sirul dituduh bersama di mahkamah majistret di Shah Alam atas pembunuhan Altantuya. Mereka didakwa telah membunuh wanita itu di satu lokasi antara Lot 12843 dan Lot 16735 di Mukim Bukit Raja, Selangor, antara 10 malam 19 Okt dan 1.00 pagi hari berikutnya.  

16 Nov: Razak didakwa di mahkamah majistret Kuala Lumpur kerana bersubahat dengan Azilah dan Sirul dalam pembunuhan itu. Beliau didakwa melakukan kesalahan itu antara 9.54 pagi dan 11.05 pagi pada 18 Okt di tingkat 10 Bangunan Getah Asli di Jalan Ampang.

2007:

19 Jun: Perbicaraan Abdul Razak Baginda dan dua anggota polis berkenaan atas pembunuhan Altantuya bermula.

Isnin, 18 Jun 2018

The Mat Salleh pulled another RM238.85 million out of our share market today

 Monday 18 June 2018.

Due to the falls in our Bursa where it is now the 28 consecutive days of foreigners pulling out money from our shares since GE14, the top 10 companies that EPF invests in has lost a combined RM55 billion in value. 

These 10 companies alone out of the dozens invested by EPF has already cost EPF RM6.1 billion in losses as reported by The Edge today:

These companies are Cahaya Mata Sarawak, MRCB, IJM, Gamuda,  Maybank, CIMB, Axiata, Telekom and TNB.

Remember that this is just 10 companies and our Bursa has a total of 894 listed companies and you can imagine the amount of devastation that can easily be RM200 billion in value destroyed. 

So, EPF has easily lost tens of billions. What about Khazanah, ASN/ASB, Tabung Haji, KWAP, Amanahraya and the rest?

What about the ordinary folks who invested directly in the stock market or those who bought unit trusts?

This is what happens when our new PH government continues with politicking and political attacks with their populist policies, political statements as well as lying about our national debt.

They politicking to continue attacking Najib/BN and we are the ones suffering.

It has come to a stage that whenever our PM, Finance Minister and our Economic Minister opens their mouth, our financial markets fall and people lose money.

And they have not stopped. Our new Economics Azmin Ali just told the UK's financial times that Malaysia is a bankrupt country!

Yes, our minister officially in charge of our economy just told one of the most reputable financial media in the world that his country is bankrupt.

Which foreigner in their right minds would still want to keep their money here in Malaysia or put in money here?

_Anti-Wayang_

Apabila Pak Lah Naikkan Harga Bahanapi

Sejarah bakal tercatat

Datuk Abdullah Hj Ahmad Badawi yg menggantikan Tun Mahathir menghadapi masalah demi masalah sebaik mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri.     Harga minyak dunia yg melambung sehingga USD200 telah menyebabkan kerajaan menanggung subsidi yang teruk. Kegawatan ekonomi dunia diambil peluang oleh Tun untuk memanipulasi keadaan bagi menyerang Pak Lah.
Jambatan bengkok dikatakan puncanya.

 Akhirnya Pak Lah terpaksa menaikkan harga minyak sebanyak 60 sen yg mencetus kemarahan rakyat dan Mahathir mula menyerang Pak lah mengambil peluang dari kenaikan harga minyak dunia itu. Tun mendesak Pak Lah berbelanja seperti biasa ketika krisis ekonomi meruncing. Kata pak Lah negara bakal bengkrap sekiranya beliau mengikuti kehendak Mahathir berbelanja seperti biasa.

Pak Lah menghadapi PRU dengan tekanan berterusan dari Mahathir. Kerajaan Pak Lah dituduh mengamalkan rasuah dan tuduhan dibuat oleh Tun Mahathir sendiri. 

Akhirnya keputusan PRU 12 lima negeri hilang. Pak Lah mentadbir negara ini cukup sebentar sebelum melepaskan jawatannya.
 Sebelum bersara Pak lah telah mengangkat Najib sebagai Perdana Menteri.

Najib pula mengambil alih negara ini ketika negara hampir bengkrap apabila rezab bank Negara hanyalah USD20 billion iaitu kira kira RM50 billion. Kesan kerugian didalam forex yg diperjudikan oleh Tun Mahathir telah menyebabkan RM34 billion wang negara lesap. Banyak pelaburan yg dibuat oleh Perdana Menteri ketika itu musnah. Ini termasuklah PERWAJA, MOMINCO, PROJEK BAKUN dan bermacam macam projek lagi termasuk lah skandal Bank Bumiputra Hong Kong yg memerlukan suntikan modal baru. Seorang akauntan kita Abdul Jalil Ibrahim dibunuh didalam kebun pisang ketika dihantar oleh ibu Pejabat Bank Bumiputra bagi menyiasat punca utama Bank berkenaan ditutup.

Ketika itu pendapatan dari hasil minyak tidak ada apabila minyak berada dibawah kos pengeluaran. Ramai pekerja di Petronas dibuang dan sebahagian lagi diberi cuti tanpa gaji dengan pilihan mereka akan dipanggil untuk berkerja semula apabila harga minyak meningkat dan stabil. Manakala 60,000 perkerja disektor swasta dibuang.

Akhirnya Najib mengambil langkah tidak popular tetapi betul. Najib laksanakan GST.  Tindakan Najib ini mendapat pujian banyak pehak termasuk lah Morgan Stanley, Bloomberg dan portal portal berita ekonomi dunia. Negara mampu bersaing dan bangkit dari kemelesetan dengan cukup cepat.

Tindakan Najib melaksanakan GST telah menyebabkan masyarakat peniaga cukup marah dengan keadaan ini. Keuntungan mereka merudum. Mereka tidak lagi boleh menipu cukai kerana LHDN tahu berapa jualan mereka setiap bulan. 

Anehnya rakyat marhaen juga turut marah walaupun kadar GST dikenakan cukup kecil iaitu 6% sahaja.
Pembangkang tidak putus putus menghasut rakyat walhal rakyat miskin tidak terkesan pun dengan GST kerana kerajaan turut mengembalikan dengan BRIM. Ada juga BRIM orang bujang dan bermacam macam bantuan lagi..

Akhir dengan janji manis pembangkang pada menifesto yg dibahagikan kepada 3 jenis  iaitu
 1 akan dilakanaksanakan serta merta,
2 akan dilaksanakan 100 hari
3 Akan dilaksanakan selepas keadaan stabil.

Tuduhan Najib menyeleweng dana IMDB selama 3 tahun dimomokkan tanpa keputusan. Mereka mendapat bantuan dari rantaian akhbar luar negara bagi menjayakan misinya ini  walaupun sehingga kini Najib belum didakwa atas sebarang pertuduhan. Manakala audit dan PAC menafikan Najib terlibat

Akhirnya Kerajaan BN tewas pada PRU14 selepas lebih 60 tahun menjadi pemerintah bagi negara Malaysia. Rakyat termakan hasutan kerana modus operandi Tun Mahathir dibantu rantaian akhbar luar negara cukup licik.

Kerajaan baru mengambil alih tampuk pemerintahan namun janji tinggal janji apabila hampir 100% janji yg telah dibuat tidak mampu ditunaikan.

Tamatlah dominasi kerajaan Islam BN digantikan dengan kerajaan bukan Islam DAP. 

Rezab bank negara yg ditinggalkan Najib ialah RM430 billion. Kita lihat berapakah yg tinggal selepas setahun kerajaan pakatan Harapan berkuasa kerana rezab Bank Negara telah susut RM3.8 billion hanya 15 hari kerajaan Pakatan Harapan berkuasa.

 Manakala pelabur asing menjual saham saham mereka dan Bloomberg menganggar kan RM5 billion dari pasaran saham telah ghaib tidak sampai pun 20 hari kerajaan Pakatan Harapan mengambil alih kuasa manakala Tun Mahathir mengangkat sumpah selaku ketua kerajaan bagi negara Malaysia.

(Terkenang wawancara ditv luar negara dengan Blomberg. Kata tetamu berkenaan. Inilah hasilnya apabila pengundi bodoh MEMILIH tanpa dibimbing. Merujuk penghapusan GST yg telah menyebabkan kerugian pada pasaran saham dan kehilangan pendapatan besar oleh negara)

Digital Free Trade Zone

NAJIB RAZAK:-

18 June 2018

I am grateful that the Digital Free Trade Zone (DFTZ) which the previous BN government had worked to conceptualize and launch in record speed together with Alibaba has not been cancelled by the PH government.

The DFTZ, is expected to create 60,000 jobs, facilitate US$ 65bil worth of traded goods by 2025, double trans-shipment and cargo volume for Malaysia by 2025. Initiatives like DFTZ are also tools to prepare the young people for jobs that do not even exist yet.

The digital economy is the fastest growing sector in our economy. It currently accounts for 18.2% of our GDP and is expected to grow and contribute 20% to our country's GDP by 2020.

Congratulations to the Alibaba group on the opening of their Kuala Lumpur office, which is first office in South East Asia and the first outside China. 


1) NR Facebook 


2) NR Twitter 

3 KEJAYAAN KEBANGKITAN RAKYAT DALAM TEMPOH KURANG SEBULAN!



1. Report polis keatas hasutan Dato Kadir Jasin terhadap DYMM SPB YDP Agong. (Kejayaan : Kadir Jasin Letak Jawatan Ketua Media & Komunikasi Majlis Penasihat Kerajaan Pakatan Harapan?
2. Pendedahan DBKL beri Ketua Pemuda PPBM Bukit Bintang, Tapak Niaga Bazar Ramadan di Masjid India. (Kejayaan : Terbongkar DBKL dipaksa oleh MP Bukit Bintang DAP supaya beri anugerah terus tanpa tender 80 tapak yang disewa dengan harga RM 5,000 satu lot dengan harga RM6000 lebih untuk kesemua 80 tapak)
3. Cabaran supaya Menteri Pertanian menyenaraikan senarai sayur dan daging yang turun 30-50% selepas GST turun 0% dan lokasi kedai terbabit. (Kejayaan :  Menteri Pertanian mengakui bahawa penurunan tersebut bukan satu negara tetapi hanya tinjauan mata kasar beliau sahaja)

Walaupun belum ramai yang bangkit, kita telah berjaya memberikan tekanan kepada Pakatan Harapan. Ayuh mari sama-sama Bangkit bersama Pemantau Malaysia Baru. Sertai kami sebagai ahli atau sertai telegram.

Kepada teman-teman yang mempunyai maklumat dalaman pentadbiran penyelewengan Pakatan Harapan, sila hubungi saya di talian 0123320000.

Lokman Adam
Presiden 
Pemantau Malaysia Baru

P/S : Memandangkan Media Arus Perdana telah menerima arahan untuk tidak menyiarkan apa yang kami bangkitkan, saya memohon jasa baik saudara-saudari untuk membantu kami bagi menyebarkan bahan yang kami sediakan disetiap saluran media sosial yang anda miliki seperti Whatapps, FaceBook, Instagram, Telegram, Wechat dan lain-lain medium.  Semua bahan  yang kami sediakan boleh diperolehi di channel telegram dibawah.  Mohon jasabaik anda untuk meminta teman-teman dan sanak saudara anda menyertai Kebangkitan ini dengan menyertai channel tersebut : https://telegram.me/lokmanadam

Ahad, 17 Jun 2018

KENYATAAN MEDIA MENTERI PERTANIAN BAHAWA HARGA SAYUR DAN DAGING TURUN 30-50% SELEPAS GST TURUN 0%



PEMANTAU Malaysia Baru amat terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh YB Salahuddin Ayub, Menteri Pertanian Malaysia yang baru dengan mengatakan bahawa sejak GST turun kepada 0% dari 6%, 1 Jun, 2018 yang lalu.

Sebagai seorang sahabat lama yang mengenali Salahuddin sebagai seorang yang mempunyai budi pekerti yang tinggi, saya agak sedikit kecewa apabila Salahuddin bagaikan sudah dijangkiti virus terpaksa menipu yang selama ini dialami oleh Tun Mahathir dan Lim Guan Eng.  

Kalau pun mahu mempertahankan kerajaan barunya itu, berhati-hatilah dalam mengeluarkan kenyataan terutamanya bila berkaitan dengan angka dan fakta.

Untuk makluman Salahuddin, indeks harga pengguna akan keluar selepas penghujung bulan setiap bulan.  

Ini bermakna, indeks harga pengguna untuk bulan Jun dimana GST telah diturunkan kepada 0% masih belum dikeluarkan.  

Tambahan pula ia akan mengambil masa untuk Jabatan Perangkaan Malaysia mengumpulkan data dari seluruh negara bagi memastikan harga purata dan penengah yang benar-benar tepat dan betul dikeluarkan.  

Sehingga kini, kakitangan DOSM sentiasa mempunyai integriti yang tinggi dan mengeluarkan hasil bancian dan dapatan mereka secara professional dan jujur.

Apa yang ingin saya tanya kepada YB Menteri Pertanian ialah ...

(1) Semalam baru 15hb dan hanya 15 hari telah berlalu semenjak GST disifarkan. 

Soalan nya ... Bagaimana dan berdasarkan pada data apa YB peroleh maklumat yang harga sayur dan daging turun 30-50% kerana GST sifar?

(2) Barangan makanan basah seperti ayam, daging pejal, itik, kambing, sayur dan sebagainya,  semuanya memang sudah 0% GST sejak permulaan implimentasi GST oleh kerajaan BN. 

Persoalannya, bagaimana mungkin harga turun sehingga 50% jika barangan tersebut tiada perubahan GST? 

Ini jelas menunjukkan propaganda harga barang turun yang rancak dicanangkan oleh media kerajaan adalah satu cerita rekaan untuk menunjukkan kerajaan hari ini berjaya menurunkan kos sara hidup rakyat.

Pemantau Malaysia Baru mencabar YB Salahuddin untuk mengemukakan secara telus senarai barangan yang telah turun sebanyak 30-50% berbanding harga indeks pengguna untuk bulan Mei lepas.  

Nyatakan senarai-senarai kedai dimana YB telah mengambil sampling tersebut. 

Saya yakin rakyat seluruh Malaysia tidak sabar untuk menyerbu kedai-kedai tersebut sepertimana mereka menyerbu Program Jualan Ikan Segar Murah yang sering dianjurkan UMNO dulu.  

Namun, tinjauan yang dibuat oleh nitezen di pasar-pasar awam sekitar Kuala Pilah, Putrajaya dan Serdang mendapati, bukan sahaja tidak wujud penurunan 30-50% yang dinyatakan oleh Salahuddin, malah ada yang lebih mahal dari biasa.

Jika benar adanya sedikit penurunan harga sayur atau daging, ianya disebabkan oleh kawalan harga barang musim perayaan yang dilaksanakan oleh KPDNKK dan bukannya kerana turunnya GST kepada 0%. 

Adalah tidak masuk akal bagi peniaga-peniaga yang menerima barangan daripada orang tengah dengan harga yang sudah tinggi boleh memberikan diskaun sehingga 50% sepertimana yang diungkapkan oleh Salahuddin.  

Beliau harus sedar bahawa sebarang kenyataan yang dikeluarkan oleh beliau selepas menjadi Menteri adalah berbeza dengan apa yang beliau katakan sebagai parti pembangkang dulu.  

Beliau perlu berhati-hati dan memastikan fakta beliau benar-benar betul.

Sungguhpun begitu, ada benarnya kenyataan yang dikeluarkan oleh Salahuddin sebelum ini iaitu kenaikan harga barang di negara ini berpunca dari sabotaj pihak peniaga.  

Namun, bukankah ini apa yang dibangkitkan oleh pemimpin BN dahulu? 

Adakah YB kini mengakui bahawa kenaikan harga barang berdasarkan penawaran dan permintaan serta peranan orang tengah?  

Jika YB mula mengakui kebenaran kata-kata Pemimpin BN dulu, suka saya tegaskan bahawa memang dahulu terdapat sesetengah peniaga-peniaga pro DAP yang mensabotaj Kerajaan BN dengan mengambil keuntungan berlebihan serta meletakkan beban kesalahan terhadap kerajaan yang melaksanakan GST.  

Namun, adakah mereka turut mensabotaj kerajaan yang mereka sokong kini?

Ayat yang sepatutnya digunakan oleh YB adalah terdapat peniaga-peniaga tertentu, terutamanya orang tengah, yang mempunyai sikap tamak haloba dan mengambil kesempatan mengaut keuntungan berlebihan, selain dari harga barang yang memang ditentukan oleh penawaran dan permintaan.  

Jika YB bersetuju dengan ayat saya ini, maka sewajarnyalah YB berjumpa dengan Bekas Menteri KPDNKK UMNO seperti Dato Sri Ismail Sabri dan Dato Sri Hamzah Zainuddin bagi mendapatkan khidmat nasihat mereka yang pakar dalam jihad memerangi orang tengah.  

Saya yakin atas nama persaudaraan seIslam dan rakyat didahulukan, mereka pasti bersedia untuk membantu bagi mengurangkan kos sara hidup rakyat serta memerangi peniaga-peniaga tidak bertanggungjawab yang sebahagian besarnya pro DAP.

#PemantauMalaysiaBaru (y)

Jumaat, 15 Jun 2018

Hari Raya Pun Nak Berpolitik

KENYATAAN MEDIA:

1. UMNO kesal dengan perutusan Hari Raya Aidilfitri Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, yang berbaur politik dan cuba menghasut rakyat agar membenci Barisan Nasional serta UMNO. 

2. Berbanding dengan perutusan khas titah Yang Dipertuan Agong yang menyentuh peri pentingnya institusi diraja dipertahankan, Dr Mahathir masih mempertahankan pembohongan Kabinetnya mengenai hutang negara dan bencinya kepada kerajaan terdahulu.

3. Seolah-olah beliau seorang yang suci umpama wali Allah, beliau menyebut kemurniaan Aidilfitri serta ajaran Allah tetapi beliau sendiri membangkitkan rasa benci melulu terhadap BN dan UMNO. 

4. UMNO terkilan dengan sifat sedemikian. Perutusan itu sepatutnya digunakan untuk perpaduan nasional, saling bermaaf-maafan dan nada kegembiraan.

5. Bagaimanapun Dr Mahathir menggunakan kesempatan itu untuk menyalahkan kerajaan silam dan memuji Kerajaan PH yang baru lebih sebulan berkuasa ini sebagai 'perfect' atau sempurna dan tidak akan membuat kesilapan.

6. UMNO sebaliknya menjunjung kasih ke atas Yang Dipertuan Agong kerana meminta rakyat menjaga Institusi Raja Berperlembagaan sebagai penyelamat jika. berlaku sesuatu masalah besar kepada negara.

7. UMNO bagaimanapun ingin bertanya Dr Mahathir adakah Kabinetnya sedar bahawa keputusan DYMM Yang di-Pertuan Agong tidak mengadakan rumah terbuka di Istana Negara adalah tanda Seri Paduka 'jauh hati' apabila pentadbiran PH mengizinkan A Kadir Jasin dan pihak tertentu mempersoalkan kos perbelanjaan diraja? Ia satu tindakan yang tidak sewajarnya kepada tuan tanah negara ini. Mungkinkah mereka yang kurang ilmu ini ingin menunjukkan tahap pemikiran sebenar? 

8. Tidakkah sudah wujud provokasi terhadap institusi diraja oleh ejen-ejen PH, dan adakah PH mengharapkan orang Melayu akan duduk diam apabila satu-satunya hak mereka yang tinggal ini, dipersoalkan?

9. Bagaimana pula perasaan Dr Mahathir sendiri yang mengadakan rumah terbuka secara besar-besaran, sedangkan tradisi rumah terbuka Istana Negara tidak dipandang berat oleh kerajaannya?

10. Ini juga seolah-olah mencerminkan Kerajaan PH kini mengajak rakyat supaya tidak lagi menghormati,  mendaulatkan dan memandang tinggi Institusi Raja-Raja Melayu. 

11. Pemangku Presiden Umno, Dato' Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi tidak langsung menyentuh bab politik dalam Perutusan Hari Rayanya, sebaliknya berkata Aidilditri patut digunakan sebagai perayaan untuk perpaduan ummah.

Unit Komunikasi Strategik
Ibu Pejabat UMNO
Kuala Lumpur
15 Jun 2018

Selasa, 12 Jun 2018

1MDB dan propaganda Mahathir

Dalam satu sidang media di parlimen akhirnya Mahathir mengakui bahawa pihak pembangkang di negara ini menggunakan bantuan media asing untuk memainkan isu isu persepsi tentang 1MDB. Akhirnya sudah terbongkar siapa dalang sebenar yang mengubah dokumen dokumen yang diperolehi menerusi Xavier Justo untuk membuat cerita rekaan tentang 1MDB di luar negara. 

Malah pada tahun 2015 lagi, facebook Kelab Sayang Tun Dr Mahathir, SSTDM sudah mengesahkan dalam satu posting bahawa Mahathir ada bertemu Justo untuk mengambil dokumen. SSTDM menulis "Kalau Untuk Pengesahan Apa Salah nya … takkan nak terima saja Tanpa Dokumen Pengesahan Melalui Perjumpaan empat mata …". 

Pada tahun 2015 lagi, pihak Polis Di Raja Malaysia bersama polis Thailand telah menyiasat bekas Pengarah Eksekutif IT PetroSaudi, Xavier Andre Justo. Dalam satu temubual dengan Justo di penjara Thailand, PDRM mendapat maklumat bahawa gerakan mengulingkan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak dibuat menerusi pengubah suaian dokumen 1MDB dan PetroSaudi. 

Dalam transkrip perbualan Whatsapp telefon Justo turut dijumpai perbualan beberapa orang pemimpin pembangkang, orang kanan Mahathir dan Claire Rewcastle Brown, Editor Sarawak Report yang berkonspirasi menjatuhkan Najib dan kerajaan mengunakan dokumen palsu itu. 

Dalam satu temubual dengan News Straits Times, Singapura, Justo menyebut nama Mahathir sebagai salah seorang yang terlibat. Justo menyatakan orang kanan Mahathir ada berjumpanya untuk ambil dokumen tetapi akhirnya tidak membayar sejumlah wang yang dijanjikan kepadanya.

Lebih teruk lagi dalam perbualan Whatsapp itu Claire Brown berkata mahu raikan kejayaan menumbangkan Najib dengan segelas arak. Malah Claire Brown telah berjumpa dengan Mahathir selepas itu. Bergambar sekali lagi. Bukan sekali jumpa tetapi berkali kali termasuklah di London semasa Hari Raya Puasa tahun lepas. 

Dengan pengakuan Mahathir pada dua hari lepas itu, ianya mengesahkan segalanya, siapa dalang terbesar yang mahu menumbangkan Najib sejak 2015 lagi. Mahu gunakan isu 1MDB sebagai isu politik bagi tumbangkan kerajaan. 1MDB bukanlah isu pun. Duit RM42 billion yang didakwa Mahathir sebagai hilang tidak pun hilang. 

Kapal layar, lukisan dan kapal terbang yang didakwa dibeli dengan wang 1MDB pun ternyata tidak benar. Termasuklah dakwaan kononnya ada RM430 juta duit 1MDB di Switzerland, juga tidak benar bila sudah dua kali ditolak oleh parlimen Switzerland. 

Semua ini cerita rekaan kerana dokumen dan sumber yang diguna untuk tumbangkan Najib itu adalah semata mata berdasarkan dokumen yang diubah suai oleh Sarawak Report semata mata. Malah portal Malaysian Insider pun sudah tutup bila pendedahan Justo ini dibuat. 

Syed Saddiq juga sudah bocorkan rahsia bahawa Mahathir sudah beri AS$5 juta kepada Yayasan Clinton untuk bayar pihak media asing untuk kempen propaganda jatuhkan kerajaan. Sebelum ini pada 10 April 2016, Mahathir dalam satu temubual dengan The Weekend Australian turut menjemput campur tangan asing di Malaysia. 

Jadi apa yang Wan Saiful Wan Jan, yang baru dua tiga hari masuk PPBM dedahkan tentang campurtangan asing menerusi Cambridge Analytica akhirnya terkena ke atas batang hidung anak Mahathir sendiri. Puas Mukhriz bersilat menafikan, tetapi akhirnya peluru yang ditembak oleh Wan Jan itu makan diri sendiri bila Azrin Zizal, bekas pegawai media Mukhriz mendedahkan cerita yang sebenar. 

Ramai sudah keluar parti PPBM kerana tahu agenda peribadi Mahathir ini. Mereka tahu 1MDB bukanlah isu pun. Mahathir sebenarnya yang tidak berpuashati bila kroninya tidak lagi mendapat berbillion ringgit menerusi IPP. Kerana hendak anak sendiri jadi Perdana Menteri, kerana agenda kroni, 

Mahathir sudah jadi pengkhianat bangsa dan negara sendiri. Undang campur tangan asing untuk jatuhkan kerajaan demokrasi di negara ini. Malaysia belum lagi dijajah oleh China seperti yang didakwa pembangkang. Yang terjajah dan tergadai adalah pembangkang Malaysia. Mereka sudah tergadai kepada tangan tangan asing.