Khamis, 19 Julai 2018

Jahil Perlembagaan punca sokong UEC, Prof Tan Sri Dr.Khoo Kay Kim



By Ainul Asniera Ahsan -  
18 Julai 2018

KUALA LUMPUR – Pemimpin-pemimpin kerajaan yang berusaha untuk mengiktiraf
Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) disifatkan sebagai jahil tentang Perlembagaan Malaysia.

Tokoh sejarah, Professor Emeritus Tan Sri Dr. Khoo Kay Kim berkata, jika mereka memahami tentang Perlembagaan Malaysia sudah tentu usaha untuk mengiktiraf UEC tidak dilakukan.

Katanya, mana-mana pihak tidak perlu menggunakan alasan pengiktrafan UEC oleh negara-negara luar untuk 'membawa' ia dalam sistem Malaysia kerana ia amat bertentangan dengan Perlembagaan.

Apabila disebut bertentangan dengan Perlembagaan membawa maksud mana-mana undang-undang yang bertentangan dengan Perlembagaan adalah tidak sah.

"Kenalah menghormati Perlembagaan negara. Itu wajib. Kalau pemimpin tidak menghormati Perlembagaan mereka telah memberi isyarat yang salah kepada generasi muda. Jangan kita mengajar generasi muda, generasi masa depan tidak menghormati undang-undang negara.

"Fahami Perlembagaan, hayati Rukun Negara. Rukun Negara bukan sekadar jadi sebutan tetapi perlu disematkan di hati, di jiwa. Bila kita menghayati semua ini, jati diri, semangat cintakan Malaysia kuat dan tanggungjawab terhadap negara bangsa teguh.

"Bila semuanya kuat, tidak akan melakukan sesuatu yang merepek, yang boleh meruntuhkan apa yang dipertahankan selama ini. Kalau pemimpin tidak tahu menghormati undang-undang negara, memang susahlah," katanya kepada MalaysiaGazette.

Khoo berkata, kerajaan jangan melihat penentangan pengiktirafan UEC sebagai satu bentuk prejudis kepada mana-mana kaum tetapi lihat ia sebagai satu penghormatan dalam mempertahankan sistem sebuah negara.

Sambil menyifatkan situasi yang berlaku ini sebagai 'hasil' terlalu mengutamakan subjek-subjek yang berkemahiran tinggi seperti sains dan matematik, Khoo mengakui beliau sedih apabila wujud segelintir pemimpin dan generasi muda yang tidak tahu tentang sejarah Malaysia.

Jelasnya, Malaysia yang dahulu dikenali sebagai Tanah Melayu adalah sebuah negara hebat.

Dalam negara-negara di bawah empayar Birtish, Tanah Melayu adalah tanah jajahannya yang paling kaya, mengatasi India dan Australia, lantaran itu negara ini sering menjadi perhatian dunia.

Malah, dalam sejarah juga tercatat Tanah Melayu pernah menjadi juara badminton dunia dalam tahun 1949.

Tanah Melayu juga pernah mengambil bahagian dalam sukan olimpik sebelum negara mencapai kemerdekaan pada tahun 1957.

"Tahun 2018 Croatia memasuki Piala Dunia, tapi di mana Malaysia sekarang? Tatkala negara lain berlumba-lumba mengejar kehebatan, kita masih berjuang tentang UEC, tentang bahasa, masih ada pula yang tidak memahami Perlembagaan," katanya.

Jelas beliau, Singapura yang maju dalam aspek ekonomi, rakyatnya berjaya menguasai bahasa Inggeris dengan baik pun, kalau ditanya apa bahasa kebangsaan mereka, jawapan mereka tetap sama iaitu bahasa Melayu.

Itu jelas menunjukkan kemodenan dan status negara tidak boleh dijadikan alasan mengubah jati diri rakyat dan sistem sesebuah negara.

Ditanya apakah harapannya dalam isu UEC, Khoo berkata: *"Pemimpin yang berada dalam kerajaan perlu sedar, mereka bukan individu yang dipilih untuk memberi arahan tetapi berkhidmat kepada rakyat dan negara*".

"Zaman dahulu, gabenor-gabenor negara dalam surat rasmi mereka akan menggunakan perkataan "I am obedient servant'. Itulah sebenar kedudukan pemimpin dan penjawat awam.

"Anda berkhidmat kepada rakyat, jadi berkhidmatlah sebaik-baiknya dan bukan memberi arahan," tegasnya.

Rabu, 11 Julai 2018

Bukti bahawa DS Najib merupakan Khalifah Islam terulung yang pernah terajui kepimpinan negara



THE THIRD FORCE
By: Raggie Jessy
Nukilan: Hamba Allah
(C&P by: Ariff Ahmad)

Zainuddin Maidin mahukan semua sekolah tahfiz ditutup.

Justeru itu, marilah kita kita imbas kembali apa yang telah diusahakan DS Najib:

1. Tahukah anda bahawa beliau berhasrat untuk menubuhkan Universiti Al-Quran?

2. Tahukah anda bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, julung kali diwujudkan Dasar Pendidikan Tahfiz Negara?

3. Tahukah anda bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, wujudnya percetakan Nasyrul Quran (pusat percetakan al-Quran) di Precint 14 Putrajaya,  pusat percetakan al-Quran kedua terbesar di dunia selepas Madinah, Arab Saudi?

4. Tahukah anda bahawa DS Najib sangat menyantuni pelajar-pelajar tahfiz, memberi bantuan dan keluarga beliau mewakafkan tanah untuk pusat tahfiz?

5. Tahukah anda bahawa kira-kira 100 pelajar dari pusat Tahfiz Ittifaqiyah yang pernah terbakar hadir ke kediaman DS Najib bagi menyempurnakan ibadah berbuka puasa bagi menghargai sumbangan dan keperihatinan beliau terhadap nasib pelajar-pelajar tahfiz?

6. Tahukah anda bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, berpuluh juta disalurkan bagi membantu melahirkan graduan huffaz yang mempunyai keseimbangan ilmu agama dan akademik duniawi pada masa depan?

7. Tahukah anda, bahawa di bawah pentadbiran DS Najib, dana RM80 juta telah diperuntukkan bagi memperkukuh Sekolah Pondok, SMAR Dan Institusi Tahfiz Berdaftar?

8. Tahukah anda, bahawa dari dana tersebut, 

i) RM20,889,600 juta telah diagihkan kepada 133 institusi di Kelantan, 

ii) 104 institusi di Kedah (RM13,257,550 juta), 

iii) 206 di Selangor (RM9,227,720.00 juta),

iv) 76 institusi di Perak (RM7,150,520.00),

v) 104 institusi di Johor (RM6,289,140.00 juta ),

vi) 57 institusi di Pahang (RM 4,922,720.00 juta), 

vii) 40 institusi di Pulau Pinang (RM4,184,140.00 juta),

viii) 25 institusi di Negeri Sembilan (RM3,601,890.00 juta),

ix 14 institusi di Terengganu (RM 2,718,950.00 juta),

x) 16 institusi di Wilayah Persekutuan (RM1,361,400.00),

xi) 14 institusi di Melaka (RM1,241,930.00 juta), 

xii) 17 institusi di Sarawak (RM 853,460.00 juta), 

xiii) 11 institusi di Perlis (RM 730,400.00 juta) dan 

xiv) 2 institusi di Sabah (RM39,540.00 juta)?

Anda nilailah sendiri.

Saya bukannya ahli UMNO, tetapi saya merupakan hamba Allah

Sakit kepala lah hampa

*Unit Penerangan*
*Pemuda UMNO Bahagian Seputeh*

*11 Julai 2018*

*_Siasat enam suspek tetapi Peguam Negara Switzerland tegaskan Najib Razak tidak disiasat dan bukan suspek dalam kes 1MDB_*

Switzerland sedang menyiasat enam individu kerana disyaki merasuah pegawai kerajaan asing serta beberapa kesalahan lain sebagai sebahagian daripada siasatan ke atas dakwaan pengubahan wang haram membabitkan dana 1MDB, kata pejabat peguam negara berkenaan.

*Bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Razak bagaimanapun bukanlah seorang daripada "penjawat awam yang dituduh" itu, kata kenyataan yang dikeluarkan*

Daripada enam yang disiasat, dua ialah bekas pegawai dari 1MDB, dua bekas pegawai dari syarikat pengurusan dana kerajaan Abu Dhabi serta dua pegawai syarikat PetroSaudi International.

Kenyataan tersebut dikeluarkan selepas Peguam Negara Switzerland, Michael Lauber, mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatanya di Kuala Lumpur, Tommy Thomas.

Ini dengan jelas membuktikan bahawa kenyataan pemimpin - pemimpin Pakatan Harapan bahawa Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak terlibat dalam skandal 1MDB merupakan satu fitnah jahat untuk merosakkan reputasi Datuk Seri Najib, keluarga beliau, UMNO serta Barisan Nasional.

Rabu, 4 Julai 2018

PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH


Penangkapan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak oleh rejim Pakatan Harapan, macam mana Peguam Negara pun tidak boleh Berbahasa Melayu?*

1. Semalam, negara dikejutkan dengan penangkapan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak oleh rejim Pakatan Harapan dibawah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lebih menghairankan, penangkapan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah diarahkan oleh Jawatankuasa Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak langsung mempunyai hak daripada sudut undang-undang untuk mengumumkan tangkapan tersebut kerana ia sepatutnya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut lunas perundangan.

2. Persoalanya mana pergi laungan *_Rule of Law_* yang dilaungkan oleh rejim Pakatan Harapan walhal mereka sendiri mempraktikkan *_Law of the jungle_* dalam menangkap Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Malah, tindakan rejim Pakatan Harapan juga dipertikan Majlis Peguam Negara.


3. Lebih melucukan, hari ini Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris kerana beliau tidak fasih Berbahasa Melayu. Malah, didalam sidang media selepas perbicaraan, Tommy Thomas sekali lagi membangkitkan kemarahan rakyat apabila beliau cuba memberikan kenyataan dalam Bahasa Inggeris, tetapi diminta oleh rakyat untuk bercakap didalam Bahasa Melayu. Akibatnya, sidang media tersebut dibatalkan. 

Sumber : 



4. Persoalanya sekarang, mana pergi semua pejuang – pejuang Bahasa Melayu seperti Sasterawan Negara A. Samad Said dan Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Rais Yatim? Kenapa tiba – tiba diam apabila Peguam Negara yang dilantik rejim Pakatan Harapan gagal bertutur dalam Bahasa Melayu, pihak – pihak ini terus diam seribu Bahasa. 

5. Kepada rakyat Malaysia, kami merayu kepada anda semua untuk bersama – sama mendoakan keselamatan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan supaya beliau diberikan keadilan yang sewajarnya oleh pihak mahkamah.

Kepada Allah swt kami berserah

12 pendakwa. Boleh pecah rekod

Tujuh peguam wakili Najib

BEKAS Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak bakal diwakili oleh barisan tujuh peguam bela yang diketuai oleh peguam kanan, Tan Sri Dr Muhammad Shafee Abdullah.

Manakala pasukan pendakwaan yang diketuai Peguam Negara, Tommy Thomas, akan dibantu oleh 11 Timbalan Pendakwa Raya dalam prosiding pendakwaan di Mahkamah Kuala Lumpur, pagi ini.

Najib dibawa masuk ke dalam Mahkamah Sesyen Jenayah 2 pada 8.25 pagi ini, sebelum pasukan pendakwaan menyusul 8.40 pagi.

*Pasukan pendakwaan*

1. Tommy Thomas

2. Datuk Mohamad Hanafiah Zakaria

3. Manoj Kurup

4. Datuk Shuhaimi Ibrahim

5. Datuk Umar Saifuddin Jaafar

6. Datuk Ishak Mohd Yusof

7. Donald Joseph Franklin

8. Muhammad Saifuddin Hashim Musaimi

9. Budiman Lutfi Mohamed

10. Sulaiman Kho Kheng Fuei

11. Mohd Ashrof Adrin Kamarul

12. Muhammad Izzat Fauzan

*Pasukan peguam bela Najib*

1. Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah

2. Harvinderjit Singh

3. Datuk Raj Krishnan

4. Farhan Read

5. Rahmat Hazlan

6. Muhamad Farhan Muhamad Shafee

7. Syahirah Hanapiah

Isnin, 2 Julai 2018

Ayuh terus katakan perkara ini berulang kali. Najib Tinggalkan kerajaan dalam keadaan


1. Bursa Saham 1800 Mata
2. Rizab simpanan dalam kawalan kerajaan RM 1.7 Trillion. 
3. Cash Flow Kewangan Kerajaan diantara 20 hingga 35 Billion setiap bulan. 
4. KDNK bernilai 2 Trillion. 
5. Peratusan Cukai berbanding KDNK pada tahap 15.5%. 
6. Peratusan nisbah pelaburan kerajaan pada kadar 35% dari pendapatan kerajaan. 

5 perkara ini yang Najib tinggalkan sudah cukup untuk kerajaan PH bergerak maju ke hadapan tanpa ganggu kacau kepada 
1. Pemberian Bonus Kakitangan awam pada tahap 7 Billion setahun. 
2. Pemberian bantuan dan emolumen kepada pendidikan islam. 
3. Pemberian bantuan kebajukan tetap kepada rakyat. 
4. Program subsidi makanan dan bahan bakar . 
5. Program pengembangan kerjaya kepada pekerja. 

Jadinya sekarang, adakah Najib yang korup dan mencuri duit rakyat ?

Atau Najib bapa kebajikan rakyat ?

Ahad, 1 Julai 2018

PUTERI UMNO. MARILAH RAPATKAN SAF, TERUS BERSETIA BERSAMA PERJUANGAN PART

Assalamu'alaikum warahmatullahi wabarakatuh..


Berkenaan keputusan Yb Mas Ermieyati Samsudin Mantan Ketua Puteri UMNO Malaysia merangkap ahli Parlimen Masjid Tanah umum keluar UMNO dan menjadi wakil rakyat bebas.

Saya amat terkejut dan kesal dengan keputusan yang dibuat beliau. Sebagai seorang yang pernah menjadi 'boss' dalam puteri UMNO,kami mengharapkan beliau terus bersama-sama dalam saf perjuangan.

Amat tidak wajar jika keputusan Pemilihan UMNO semalam menjadi antara faktor penyebab beliau meninggalkan parti kerana sebagai pemimpin yang mendokong amalan demokrasi, kita sepatutnya akur,terima keputusan para perwakilan UMNO dengan beralapang dada.

Dalam perjuangan setiap individu mempunyai prinsip dan ideologi nya sendiri. 
Saya berlapang dada dalam soal ini dan mendoakan YB Mas Ermieyati Samsudin berjaya melaksanakan tugas sebagai pemimpin yang di pilih rakyat (atas tiket UMNO/BN) di kawasannya dengan cemerlang.

Puteri UMNO akan terus melaksanakan perubahan dalam menangani penghijrahan dikalangan ahli yang sedia ada agar rapatkan saf dan terus yakin pada wadah perjuangan ini.

Saya sebagai Ketua Sayap bongsu UMNO ini mengajak semua ahli-ahli terus istiqomah, tetapkan pendirian, teruskan perjuangan dan kita bangkit bersama-sama memperkukuh parti dan kembalikan kepercayaan rakyat kepada UMNO..

*ZAHIDA ZARIK KHAN*
*Ketua Puteri UMNO Malaysia*
*(1 July 2018)*

Zahid Presiden Umno 2018 - 2021

KENYATAAN MEDIA

1. Saya mengucapkan terima kasih kepada semua perwakilan kerana telah menunaikan tanggungjawab dengan tertib dan teratur dalam Pemilihan UMNO di seluruh negara pada hari ini.

2. Tidak ada yang kalah dalam proses ini. YB Tengku Razaleigh Hamzah dan YB Khairy Jamaluddin adalah pemimpin yang diiktiraf sumbangan mereka, dan tetap diperlukan di dalam meniupkan semula roh baharu Umno. Pelawaan saya terus terbuka untuk mereka bersama-sama kepimpinan baharu bagi menterjemahkan pembaharuan UMNO.

3. Sesungguhnya pemilihan yang lancar ini adalah manifestasi ahli UMNO yang kasihkan parti serta mahu ia terus bangkit untuk relevan dalam pentas politik tanah air. Kita sudah bergerak MERAKYATKAN UMNO.

4. Bagi yang menyokong saya, jutaan terima kasih diucapkan dan tahniah juga kepada semua calon yang mengambil bahagian dalam pemilihan ini. Inilah kebebasan yang kita akan julang selama-lamanya.

5. Inilah proses demokrasi yang dituntut oleh semua ahli, dan kita berjaya mengharunginya. Ini bukan kemenangan individu tetapi kemenangan kita semua, kemenangan UMNO dan ahli parti.

6. Pemilihan terbuka ini memaparkan UMNO sudah melalui satu proses bersejarah untuk memilih semua jawatan di pelbagai peringkat termasuk di cawangan dan bahagian.

7. Marilah kita merapatkan barisan dan bersama-sama berusaha menjadikan UMNO sebuah parti yang membela kepentingan rakyat.

8. Rakyat amat mengharapkan UMNO terus memperjuangkan kepentingan agama, bangsa dan tanah air.

9. Percayalah, ini simbol penyatuan kita dan ahli yang ada sekarang adalah orang Umno. Kita akan terus bergerak seiring dan sejalan.

10. Saya akan memanggil mesyuarat Majlis Tertinggi secepat mungkin untuk membincangkan pendekatan yang diambil dalam manifesto semua calon presiden.

AHMAD ZAHID HAMIDI
Kuala Lumpur
30 Jun 2018