Rabu, 4 Julai 2018

PEMUDA UMNO BAHAGIAN SEPUTEH


Penangkapan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak oleh rejim Pakatan Harapan, macam mana Peguam Negara pun tidak boleh Berbahasa Melayu?*

1. Semalam, negara dikejutkan dengan penangkapan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak oleh rejim Pakatan Harapan dibawah Perdana Menteri Tun Dr. Mahathir Mohamad. Lebih menghairankan, penangkapan Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak telah diarahkan oleh Jawatankuasa Siasatan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang tidak langsung mempunyai hak daripada sudut undang-undang untuk mengumumkan tangkapan tersebut kerana ia sepatutnya dilaksanakan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) atau polis yang mempunyai kuasa untuk mengambil tindakan mengikut lunas perundangan.

2. Persoalanya mana pergi laungan *_Rule of Law_* yang dilaungkan oleh rejim Pakatan Harapan walhal mereka sendiri mempraktikkan *_Law of the jungle_* dalam menangkap Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak. Malah, tindakan rejim Pakatan Harapan juga dipertikan Majlis Peguam Negara.


3. Lebih melucukan, hari ini Peguam Negara, Tommy Thomas yang mengetuai pasukan pendakwaan dalam kes Datuk Seri Najib Razak, meminta perbicaraan di Mahkamah Tinggi dilakukan dalam bahasa Inggeris kerana beliau tidak fasih Berbahasa Melayu. Malah, didalam sidang media selepas perbicaraan, Tommy Thomas sekali lagi membangkitkan kemarahan rakyat apabila beliau cuba memberikan kenyataan dalam Bahasa Inggeris, tetapi diminta oleh rakyat untuk bercakap didalam Bahasa Melayu. Akibatnya, sidang media tersebut dibatalkan. 

Sumber : 



4. Persoalanya sekarang, mana pergi semua pejuang – pejuang Bahasa Melayu seperti Sasterawan Negara A. Samad Said dan Bekas Menteri Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Rais Yatim? Kenapa tiba – tiba diam apabila Peguam Negara yang dilantik rejim Pakatan Harapan gagal bertutur dalam Bahasa Melayu, pihak – pihak ini terus diam seribu Bahasa. 

5. Kepada rakyat Malaysia, kami merayu kepada anda semua untuk bersama – sama mendoakan keselamatan Mantan Perdana Menteri Datuk Seri Haji Najib Bin Tun Abdul Razak dan supaya beliau diberikan keadilan yang sewajarnya oleh pihak mahkamah.

Kepada Allah swt kami berserah