Isnin, 20 Ogos 2018

Proton dan Mahathir

FB DSN 

Ketika Proton yang sudah dimiliki syarikat swasta menjual 49 peratus sahamnya kepada syarikat Geely dari China pada Mei tahun lalu, saya masih ingat tulisan Tun Mahathir menuduh saya menjual maruah negara dan negara bakal dijual.

Malah, Tun Mahathir melalui tulisan dan ucapannya mengakui menangis teresak-esak mengenangkan saham Proton dijual kepada Geely.

Walhal, disebalik hakikat Tun Mahathir sebagai penasihat dan pengerusi Proton, syarikat itu kehilangan wang pada jumlah yang besar setiap tahun, jualan menjunam, eksport sangat rendah dan ketinggalan dari segi teknologi. Proton berada dalam keadaan kritikal pada masa itu sehingga pembekal-pembekal tidak dibayar. Bukan sahaja pembekal Proton dan 60,000 pekerjaan berdepan risiko ketika itu, syarikat induknya – DRB Hicom turut menerima kesan.

Lantaran itu, penstrukturan Proton diperlukan. Kerajaan kemudian memberikan pinjaman mudah RM1.5 bilion kepada Proton dan syarikat itu kemudiannya membawa masuk Geely sebagai rakan perkongsian. Ketika pemeteraian perjanjian itu, Proton dan Geely bersetuju untuk menjadikan Proton sebagai pusat eksport ke Asia Tenggara dan juga China.

Setahun kemudian, saya gembira melihat Proton dan Geely menunaikan janji mereka dan membuat pengumuman untuk menjual kereta Proton dengan disaksikan oleh Mahathir yang tampak sangat gembira biarpun hanya setahun sebelum ini, beliau mengkritik saya dan melalui tulisannya berkata, tidak akan lagi bangga terhadap jenama Proton selepas Geely dijadikan rakan kongsi.

Disebalik segala fitnah dan kritikan dibuat Tun Mahathir sebelum ini, semalam menyaksikan satu pengumuman yang membuktikan keputusan dibuat setahun lalu adalah satu langkah yang terbaik untuk semua. Sebanyak 60,000 pekerjaan diselamatkan dan Proton adalah pada kedudukan lebih kukuh untuk pertumbuhan.

Jika keputusan itu tidak dibuat tahun lalu, sudah tentu tiada apa yang boleh disaksikan Tun Mahathir di Geely di China semalam.

Sebelum PRU14, isu Proton dengan projek "Forest City" dan "Melaka Gateway"  merupakan isu-isu utama yang sering dimainkan oleh Tun Mahathir dan pemimpin PH untuk menuduh saya menjual negara.

Kini, kerajaan PH pula amat bangga dengan Proton-Geely. 

Mereka juga sudah umumkan di Parlimen bahawa kerajaan PH tidak mempunyai halangan untuk benarkan Forest City menjual hartanah secara hak-milik kekal kepada warga asing manakala Ketua Menteri Melaka pula mengumumkan bahawa projek Melak Gateway tiba-tiba menjadi amat penting untuk pembangunan negeri dan bakal membawa Melaka kembali ke zaman kegemilangan kesultanan Melaka.

Walaupun saya dan BN difitnah teruk pada masa itu, saya gembira bahawa langkah-langkah kerajaan BN dulu telah dibuktikan sebagai langkah yang menguntungkan negara dan rakyat.

Selasa, 14 Ogos 2018

TUN DR MAHATHIR DAN TUN DAIM JAHAT, PERGUNA PEMIMPIN PKR: PENGERUSI PKR WILAYAH PERSEKUTUAN



"Saya nak berterus-terang, PRU 14, dalam kumpulan parti Pakatan Harapan, PKR menang lebih daripada parti-parti lain, saya berterus-terang, because saya rasa sedih, walaupun kita menang besar, tengok agihan-agihan kerusi telah dihijack oleh parti-parti 'Johnny come lately', parti-parti kecil. Dan jugak, tuan-tuan dan puan-puan, bagaimana ahli-ahli politik kita yang menang telah diketepikan. Jadi kita kena kaji betul-betul, jangan take from face value."

"(PKR) Wilayah Persekutuan, kita secara terbuka, saya masuk tv, saya memang tolak Tun Dr Mahathir, openly, because sorrylah--saya mula dari Kuala Lumpur, sejak UMNO berjuang, orang UMNO panggil saya masuk UMNO, saya kata 'tak', tak pernah masuk parti lain except masuk PKR--saya tahu bagaimana watak buruk jahatnya Tun Dr Mahathir dibantu oleh Daim. Can viral this, that I said so."

"Jangan percaya, tengok bagaimana Tun Mahathir, Daim, menggunakan pemimpin-pemimpin kita di PKR jadi puppet mereka, nak menjatuhkan nak melemahkan PKR."

(Ucapan Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan, Dr Idris Ahmad, dalam "Debat Reformasi 20 Tahun" di Melaka pada 12 Ogos 2018)

Ahad, 12 Ogos 2018

FOREX 2018: RM66 BILLION DUIT RAKYAT LESAP DALAM TEMPOH 2 BULAN.



Kerajaan Malaysia Baru telah menyembunyikan berita mengenai kehilangan RM66 Bilion di Bank Negara kerana pemerdagangan Forex. 

Gabenor Bank Negara, Nor Shamsiah Mohd Yunus telah memberitahu RM66 bilion itu telah lesap dalam tempoh dua bulan yang lalu iaitu selepas tarikh pilihanraya pada 9 Mei yang lalu.

Oleh kerana keadaan ekonomi yang amat lemah, insflasi yang kian meningkat dan kesan dari beberapa keputusan dan kenyataan dari pihak Kerajaan baru, nilai ringgit telah jatuh sehingga RM4.10 berbanding dollar. 

Malaysia telah kehilangan sebanyak RM66 Billion semata-mata kerana pemerdagangan FOREX kononnya dengan alasan untuk menyokong kedudukan ringgit supaya tidak jatuh ke tahap RM4.50 berbanding dollar. Perkara ini tidak pernah dibuat semasa era DS Najib.

Pakar kewangan juga mengatakan polisi kerajaan Malaysia yang baru juga memberi kesan yang negatif kepada nilai ringgit dan pasaran saham di mana trend pelabur dilihat lebih kepada untuk menjual saham-saham mereka dari membeli. 

Untuk rekod, pada tahun 1992 di bawah pemerintahan Dr Mahathir juga, Malaysia telah kehilangan RM31.5 bilion akibat kegagalan pemerdagangan Forex ini.

Ini menjadikan jumlah kerugian duit rakyat dan Bank Negara di dua era di bawah pentadbiran Tun Mahathir akibat Forex sahaja adalah RM97.5 billion.

Kerajaan perlu meminta maaf dan jelaskan perkara ini kepada rakyat, bukan dengan mewujudkan cerita sensasi seperti penyitaan kapal mewah dan penahanan DS Najib semata-mata untuk larikan fokus rakyat mengenai kehilangan Forex yang terbesar dalam sejarah ini.

-Tun carlos

Isnin, 6 Ogos 2018

PH menang kerana campur tangan Barat sejak 2002.

KENYATAAN MEDIA PENERANGAN UMNO MALAYSIA.

1. Pasti pihak kerajaan dan yang berkaitan dengannya akan menafikan perkara ini. Namun Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), amat serius yang akhirnya mendedahkan kegiatan khianat Kerajaan PH terutama DAP dan konco-konco mereka selama ini terhadap kerajaan terdahulu.

2. Semua pihak mesti matang berpolitik, dan menghormati sistem demokrasi dalam negara ini, bagaimanapun menjemput dan melibatkan pihak luar untuk campur tangan adalah tidak wajar semasa sekali.

3. Pendedahan Daniel Twining, anggota Centre for Strategic International Studies Amerika Syarikat (CSIS), akhirnya membongkar kegiatan khianat DAP dan konco-konco mereka selama ini.

4. Sama ada Tun Dr Mahathir Mohamad terbabit atau tidak, itu tidak boleh disahkan, namun CSIS yang beroperasi di Malaysia sejak tahun 2002, cukup bangga selepas berjaya berkomplot dengan pembangkang bagi menumbangkan Kerajaan Barisan Nasional pada PRU14.

3. UMNO mencabar Lim Kit Siang menafikan perkara ini secara terbuka, dan bersumpah kepada rakyat Malaysia bahawa apa yang dikatakan oleh Twining itu adalah bohong.

4. Dr Mahathir juga perlu menjelaskan bahawa 'crocodile tears' ketika mengumumkan mahu meletak jawatan pada Perhimpunan Agung Umno 2003, sebenarnya adalah sandiwara kerana niat memusnahkan parti sudah wujud sejak kerjasamanya dengan CSIS.

5. Gerakan yang menjual maruah negara ini sungguh menyedihkan kerana apa-apa hasil kerjasama dengan agensi asing ini turut mencerminkan betapa Malaysia 'mudah dibeli' atas nama demokrasi. Dan mereka yang melakukannya sangat tidak bertanggungjawab serta membelakangkan kedaulatan negara.

6. Menerusi bantuan dana kepada DAP oleh National Endowment for Democracy di bawah Jabatan Negara Amerika selama ini, jelas menelanjangkan siapa sebenarnya DAP, Lim Kit Siang dan rakan-rakan 'demokratiknya'.

7. Ini juga mengesahkan dakwaan ejen-ejen media sosial mereka selama ini digerakkan dengan mewah menggunakan dana negara asing yang mahu melihat BN dan UMNO disingkir dari tampuk pemerintahan.

8. Sungguh kotor dan keji perbuatan ini dan pada hari ini, mereka tetap akan menafikan dakwaan ini. Malah secara berterusan berusaha memesongkan perhatian rakyat dengan mengatakan ekonomi negara sedang meleset dan kerajaan terdahulu kejam dan zalim. Semua ini tidak benar sama sekali.

9. Dr Mahathir sendiri menuduh BN sedemikian di Pulau Pinang semalam, seolah-olah cuba menyembunyikan sesuatu daripada rakyat.

10. Akhirnya ia terbongkar jua apabila video CSIS ini tersebar luas di Internet. Apa lagi yang mahu dikatakan oleh Kit Siang dan 'gengnya'? Berapa ratus juta diperuntukkan kepada Red Bean Armynya? Malah mereka menuduh orang lain menerima sumbangan luar.

11. Kita ingin tahu berapa jumlah dana asing yang diterimanya secara rahsia sejak 2002. Mungkin melebihi RM2.6 bilion yang dijadikan peluru untuk meracun fikiran rakyat mengenai 1MDB?

12. Selama ini juga, Dr Mahathir menuduh BN ingin menjual negara kepada China, walhal ketika menjadi pembangkang, mereka sudah pun menggadai maruah Malaysia kepada orang asing.

13. Maka, tidak hairanlah Dr Mahathir dikunjungi beberapa orang duta Barat, termasuk tokoh dari Amerika Syarikat, selepas mengangkat sumpah jawatan Mei lalu.

14. Betapa pembohongan mereka selama ini turut didalangi dan dibantu oleh ejen asing yang mahu melihat Malaysia kucar-kacir.

15. Ini pakatan jahat yang perlu disiasat oleh pihak berkecuali. Memandangkan pihak kehakiman dan pihak penguatkuasa lain sudah berada di bawah genggaman mereka, satu badan khas harus dibentuk untuk kes ini supaya siasatan yang adil dapat dilaksanakan.

16. Tidak ada gunanya lagi mereka mengambil pendekatan 'one-way street' iaitu menyiasat orang lain tetapi tidak mahu dirinya disiasat. Rakyat Malaysia perlu bangkit segera agar negara tidak tergadai terus.

17. Dengan ini, kami menggesa Majlis Raja-Raja agar mengambil pendirian di dalam perkara ini secepat mungkin, dan bertindak bagi menyelamatkan rakyat dan negara daripada menjadi sebuah lagi negara Islam seperti Yemen, Libya, Iraq dan Syria! Dan lebih utama membenarkan campurtangan asing terhadap negara ini.

YB DATO DR SHAMSUL ANUAR NASARAH
Ketua Penerangan UMNO Malaysia.
Kuala Lumpur
6 Ogos 2018

Rabu, 1 Ogos 2018

UEC : API DALAM SEKAM


Hasil temubual bersama Prof Dato' Dr. Teo Kok Seong.

SEJARAH
Pada tahun 1975, Unified Examinantion Certificate (UEC) telah diwujudkan oleh dua persatuan cina iaitu Gabungan Persatuan Guru-Guru Sekolah Cina Malaysia ( Jiao Zong) dan Persatuan Gabungan Jawatankuasa Sekolah Cina Malaysia (Dong Zong). Berikutan daripada pelancaran UEC ini, kedua-dua pemimpin daripada Jiao Zong dan Dong Zong telah dipanggil ke parlimen oleh Menteri Pendidikan pada ketika itu iaitu tidak lain dan tidak bukan Perdana Menteri ke-7 kita, Tun Dr Mahathir sendiri. Beliau meminta kedua-dua orang pemimpin tersebut untuk membatalkan pelaksanaan UEC. Ironinya, sudah 43 tahun UEC bersarang didalam aliran pendidikan di Malaysia dan menjadi satu isu yang tenggelam timbul. Sekali lagi isu UEC ini dibangkitkan apabila UEC ini menjadi salah satu daripada manifesto dalam PRU ke-14 kerajaan Malaysia yang baharu ini. 

JIAO ZONG & DONG ZONG
Kedua-dua persatuan ini wujud pada tahun 1952 sebagai tindak balas kepada Ordinan Pendidikan 1952. Ordinan ini mengangkat Laporan Pendidikan Barnes. Barnes, seorang pegawai British diamanahkan untuk mengetuai jawatankuasa pendidikan pada tahun 1950 untuk mengkaji tentang pendidikan aliran melayu. Antara saranan Barnes dalam laporan beliau yang diangkat oleh Ordinan Pendidikan 1952 ialah beliau meminta untuk sekolah vernakular melayu, cina dan india dihapuskan dan mewujudkan sekolah kebangsaan berasaskan satu aliran sahaja sama ada menggunakan Bahasa Inggeris atau Bahasa Melayu. Berikutan perkara ini, Jiao Zong dan Dong Zong mengambil langkah untuk mempromosikan pendidikan dalam aliran Bahasa Mandarin supaya setaraf dengan Bahasa Melayu. Kedua-dua pertubuhan ini telah bergabung dan menukar nama kepada Dong Jiao Zong. 

UEC vs SISTEM PENDIDKAN KEBANGSAAN
Mereka yang memilih untuk meneruskan pendidikan di sekolah menengah jenis kebangsaan cina yang menawarkan aliran UEC boleh disifatkan sebagai taksub dengan bahasa cina/mandarin. Kerajaan memberi kelonggaran pada peringkat pendidikan rendah untuk mereka yang ingin bersekolah di sekolah jenis kebangsaan cina. Tetapi, selepas menyelesaikan pendidikan di peringkat rendah, ada segolongan mereka yang tidak mahu untuk ke sekolah menengah aliran kebangsaan dan memilih untuk ke sekolah persendirian cina yang menawarkan UEC walaupun sudah berada dalam aliran vernakular peringkat rendah selama 6 tahun. Apakah sistem pendidikan negara begitu rendah nilainya di mata golongan-golongan ini ? 

KURIKULUM UEC
Kebanyakkan kurikulum atau sukatan pelajaran yang diaplikasikan dalam aliran UEC diambil daripada sistem-sistem pendidikan dari Hong Kong, Singapore dan China. Tidak dinafikan mereka juga menggunakan sedikit daripada sistem kurikulum di Malaysia tetapi hanya sebahagian tertentu yang dirasakan cukup sekadar untuk meraikan sistem pendidikan kebangsaan. Apa yang penting disini ialah golongan ini tidak menggunakan kurikulum kebangsaan sepenuhnya seperti mana yang dikehendaki oleh kerajaan. 

PENGIKTIRAFAN UEC
Sekiranya kerajaan baharu mengiktiraf UEC ini, perkara ini dilihat sebagai satu ketidakadilan kepada mereka yang belajar menggunakan sistem pendidikan kebangsaan terutamanya kepada anak-anak Malaysia yang berbangsa cina sendiri. Perkara utama yang dapat dilihat sekiranya UEC diiktiraf ialah UEC ini akan merampas hak anak-anak cina yang setia dengan sistem pendidikan kebangsaan. Sistem kuota akan terjejas dan pengiktirafan UEC akan membuka jalan mudah kepada golongan UEC ini untuk melanjutkan pelajaran di peringkat tinggi.  Golongan UEC ini yang tidak bersama dengan sistem bersama dengan sistem pendidikan seharusnya kekal dengan cara mereka yang sedia ada. Ramai lagi mereka yang terus setia dan yakin dengan sistem pendidikan kebangsaan dan golongan inilah yang pelu dijaga oleh kerajaan. Pengiktirafan UEC dapat diumpamakan sebagai kera dihutan disusukan, anak di rumah mati kelaparan. 

UEC, MANIFESTO & SOLUSI
Pengiktirafan UEC seharusnya tidak boleh berada di dalam manifesto kerajaan pakatan langsung. Sekiranya isu ini hanya digunakan hanya untuk meraih kemenangan dalam PRU ke-14, ketahuilah kerajaan hanya menang bersorak, kampung tergadai. Pengiktirafan UEC ini akan meyebabkan kita tersasar daripada akta pendidikan kebangsaan itu sendiri yang mengkehendaki bahasa melayu sebagai bahasa pengantar utama dalam pendidikan. Kerajaan terdahulu pernah menawarkan sistem UEC untuk berada sekali dengan sistem pendidikan negara tetapi tidak ramai yang ikut serta dan masih berdegil untuk terus tetap berada dalam aliran persendirian UEC. Golongan UEC ini tahu natijah dan akibat yang bakal ditempuh sekiranya mereka berada di luar sistem dan perkara inilah yang perlu mereka korbankan semenjak mereka memilih untuk bersendiri.  Tuntutan pengiktirafan UEC ini merupakan satu tuntutan yang mementingkan diri dan hanya ingin mengaut untung disepanjang jalan pendidikan di Malaysia. Konklusinya, UEC tiada tempat dalam aliran pendidikan di negara ini.
 

ABU DZAR AL-GHIFFARI BIN SYAKIRIN
INSPIRASI VARSITI
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

Sumber: Inspirasi Varsiti