Rabu, 8 Januari 2020

Isu rakaman suara Najib pulak dah



Saya telah mendengar sehingga habis kesemua 9 rakaman perbualan antara DSN dan figur2 tertentu yang didedahkan dalam sidang media tadi. Tulisan ini adalah dengan anggapan bahawa semua perbualan itu tulen:

1. Semua perbualan tersebut hanya melibatkan perbincangan dan pendapat bagi menyelesaikan masalah. Satu-satunya yang mungkin bermasalah adalah pengakuan DSN bahawa beliau telah menandatangani perlantikan KP SPRM yang baru TS Dzulkifli. Tapi semua orang dah tahu kisah ini dan ia bukan konspirasi pun

2. Paling mengejutkan adalah pendedahan perbualan antara DSN dan Syeikh Mohammed Zayed Al Nahyan. Ia merupakan satu pencerobohon dan kebiadapan terhadap sebuah pemimpin negara luar yang tidak sepatutnya berlaku. Bear in mind, Syeikh Mohammed bukan sahaja Putera Mahkota UAE, tetapi beliau juga adalah Timbalan Panglima Angkatan Tentera negara tersebut.

Betapa berpengaruhnya beliau sehinggakan The New York Times telah menamakan Syeikh Mohammed sebagai 'The Most Powerful Arab Ruler' pada tahun lepas.

Soalan, adakah berbaloi kita memalukan DSN dalam keadaan merisikokan hubungan diplomatik dengan negara luar? Pemimpin negara mana lagi akan percaya terhadap integriti pihak berkuasa negara kita lagi selepas ini?

Tak pakai otak ke?

3. Tiada perbualan dengan Jho Low walaupun PH sebelum ini mengatakan beliau adalah mata dan telinga DSN dalam perbuatan jenayah. 

4. Pendedahan ini merosakkan keyakinan rakyat kepada institusi penguatkuasa undang-undang yang sepatutnya dilihat tidak berpihak. Bagaimana sebuah suruhanjaya yang sepatutnya menegakkan keadilan untuk semua menjadi begitu mudah menyebarkan bukti kepada awam tanpa sebarang konklusi konkrit. Tak munasabah awak dedah kemudian awak nak kami buat kesimpulan sendiri. 

Mana kebertanggungjawaban anda terhadap maklumat dan bukti jenayah?

5. Pendedahan ini akan lebih merosakkan PH daripada menghancurkan DSN. Rakyat akan melihat PH terdesak selepas kegagalan impeachment dan SD Azilah bagi memalukan musuh. Timing pendedahan yang hampir dengan PRK Kimanis hanya menambah syak bahawa ia bermotif politik

Rakyat akan melihat bahawa ini hanya semata mata cubaan untuk menutup kegagalan. Kerana jika ia sebenar-benar bukti, PH sudah lama akan membawa ia ke mahkamah untuk mendakwa bekas Perdana Menteri tersebut.

Rakyat benci. Negara luar benci. 

Begitulah nasib PH. Mereka sedang membunuh diri sendiri.

----

Abdul Rahim Hilmi Zakariya
Taman Semarak, Kuala Terengganu