Memaparkan catatan dengan label YB DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label YB DS DR AHMAD ZAHID HAMIDI. Papar semua catatan

Khamis, 1 Julai 2010

PEMBANGKANG JADI TALI BARUT MUSUH NEGARA DALAM ISU KAPAL SELAM

Isu pembelian kapal selam Scorpene tidak perlu dibawa kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), kata Menteri Pertahanan, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata, ini kerana pembelian kapal selam itu dibuat mengikut prosedur yang sepatutnya, malah kos pembelian kapal selam buatan Perancis bernilai kira-kira satu bilion euro pada tahun 2002 itu mendapat kelulusan Kementerian Kewangan.

"Pembelian dibuat mengikut apa yang ditetapkan prosedur, semua langkah diikuti sebaik-baiknya," katanya kepada media selepas melepaskan peserta Ekspedisi 1Malaysia ke Kota London di sini hari ini.

Beliau berkata demikian semasa mengulas mengenai pembelian kapal selam itu yang dilaporkan oleh sesetengah media membabitkan pembayaran komisen bernilai kira-kira 114 juta euro kepada syarikat di Malaysia

Isnin, 21 Jun 2010

UMNO HARUS RELEVEN HARI INI , ESOK DAN SELAMA-LAMANYA

UMNO mestilah terus dilihat sebagai sebuah parti yang releven dengan kehendak generasi masa depan. Umno yang ditubuhkan pada tahun 1946 dalam suasana yang serba kekurangan dan kedaifan hari ini sudah berjaya memacu dan mengangkat martabat kaum Melayu yang selama ini dianggap kumpulan kaum paling miskin dan paling mundur di Malaysia.

Kaum-kaum lain yang datang kemudian lebih maju dan lebih berjaya dalam segi ekonomi , sosial dan politik. Ini kerana mereka berjaya menguasai ekonomi negara kita.  Melayu terus bercakaran. Bukan sahaja antara parti seperti Pas dan Umno tetapi dalam parti Umno sendiripun kita masih bercakaran.

Setelah 53 tahun merdeka, apa yang Umno tak bagi dengan orang Melayu? Dari dalam perut ibu lagi Umno telah menjaga kebajikan mereka, lahir pun bidan kerajaan yang sambut, anak dijaga sehingga besar ,  Umno memberi persekolahan dan sampai nak kahwin pun kadang-kadang minta bantuan wakil rakyat Umno.

Contohnya satu ketika dahulu disebut RTBK (Rancangan Tanah Belia Berkelompok) Remaja Melayu dicarikan isteri dan diberikan tanah untuk diusahakan seperti mana Felda. Rumah dan lain-lain frasarana disediakan oleh Umno. 

Dahulu kita sering mendengar berita kematian anak atau ibu sewaktu bersalin, Umno telah bangunkan klinik-klinik bidan atau klinik desa dengan meletakkan tanggung jawab kepada jururawat untuk bekerja tanpa mengira waktu untuk menyambut setiap kelahiran bayi. Ibu yang disahkan mengandung dijaga kesihatannya supaya kandungan sentiasa dalam keadaan sihat. Ini kerana setiap kelahiran anak-anak melayu kampung adalah aset kepada negara.

Hari ini beribu-ribu CEO dan pemimpin- pemimpin negara dan atau tokoh-tokoh politik dan koperat yang lahirnya disambut oleh bidan-bidan kerajaan yang bertugas di kampung-kampung.

Apabila kita sebut semua ini, pembangkang akan berkata " itu tanggungjawab kerajaan". Generasi muda mudah percaya kepada propaganda pembangkang dan mereka langsung tidak menghargai apa juga usaha yang Umno lakukan untuk orang Melayu selama ini.

Pembangkang menafikan kononnya wang tersebut bukan wang Umno tetapi wang rakyat. Pembangkang harus sedar bahawa sejak manifesto PRU pertama Umno dan BN  telah berjanji untuk melaksanakan kewajipan mereka, dan ia telah membuktikan selama 50 tahun semua janjinya telah ditunaikan, malah lebih dari apa yang ada dalam manifesto tersebut. Itulah mandat yang diberikan oleh rakyat kepada Umno dan BN hari ini.

Pembangkang terus mencari ruang untuk menyanggah segala usaha Umno yang telah banyak berjasa kepada rakyat. Umno adalah juara rakyat. Oleh itu dalam PRU 11 BN mencatat sejarah kerana mendapat mandat rakyat. BN menang hampir semua kerusi Parlimen dan Negeri.

Akan tetapi dengan perkembangan teknologi yang dibangunkan oleh kerajaan , pembangkang telah menggunakannya untuk menyerang pemikiran rakyat supaya menolak BN.  Mereka menggunakan teknologi IT dimana blog, Facebook, scrol, diggby, myspace. friendster, twitter dan pelbagai lagi untuk menghasut dan meracun pemikiran rakyat dengan melabelkan kerajaan BN sebagai perompak, penipu, rasuah dan sebagainnya.

Kini tiba lah masa dan ketikanya Umno harus bangkit dan melawan serta menyerang tohmahan pihak pembangkang menerusi laman blog, facebook, twitter dan sebagainya.  Kita tidak boleh berharapkan seorang dua sahaja yang melakukannya.

Semua peringkat kepimpinan Umno dan akar umbi hendaklah bijak menggunakan teknologi ini untuk menangkis dan berhujah dengan pembangkang.

Tak cukup jika kita berharapkan blogger-blogger penyokong Bn sahaja. Orang Umno dan BN harus bangkit dan bergerak seiring dengan pembangkang yang terlebih kehadapan dalam IT. Kita harus ingat siapa yang membawa kemajuan IT di negara ini,  siapa yang membangunkan Cyber Jaya?

Untuk terus releven Umno kenalah maju setapak ke hadapan dalam meraih undi 60 % pengundi muda yang usianya dibawah 40 tahun.  Tidak cukup kita hanya mengharapkan DS Najib  seorang sahaja yang mendekati rakyat dengan Facebook. Kita, pemimpin diperingkat Bahagian dan cawangan pun kena ada Facebook, Blog dan Twitter sekurang-kurangnya.

Kita tidak boleh lagi berada dalam tahap lama dan cara lama. Kita kena berubah dan terus maju ke depan. Bukan bercakaran sesama sendiri untuk merebut jawatan dalam parti. Apa ertinya jika kita berbangga menjadi Ketua Cawangan atau Ketua Bahagian sedangkan semua kerusi kita dimenangi oleh pembangkang.

11 bulan kita diuji. Dewan orang ramai yang kita bina , kita lengkapkan dengan kerusi meja, tiba-tiba selepas kita kalah, semua dirampas, pintu dewan ditukarkan kuncinya. magga dikunci dua tiga lapis. Umno kembalik seperti tahun 1946 bermesyuarat di bawah rumah. Itu baru 11 bulan kita diuji.

Terima kasih kepada YB Kapten (B) Osman Jailu Adun Changkat Jering yang bertaubat Nasuha dan kembali  menyokong kita, begitu juga dengan YB Jamaluddin dan YB Dato Hee dan terkini Adun Malim Nawar. Tanpa mereka yang menyokong BN, Umno tak akan kembali berkuasa di Perak.( YB Osman Jailu turut hadir )

Apa yang menyedihkan apabila kita berkuasa kembali kita menganggap busines as usual segala-galanya pulih  a situation that has returned to its usual state again after an unpleasant or surprising event .

Kita pun mula bercakaran, tikam belakang kawan, tak mengiktiraf kepimpinan yang baru dan menganggap kepimpinan kita dahulu lebih baik.

Kita mula bercakap disana sini mengenai rakan kita dalam parti. kita lupa bahawa pembangkang sentiasa memasang telinga dan mengutip bahan-bahan untuk dijadikan peluru dalam membelasah kita sewaktu PRU.

Setiap pemimpin parti harus ingat bahawa jawatan yang kita sandang adalah satu amanah yang dipertanggungjawabkan kepada kita dan ia bersifat sementara. Jika kita kita tidak digemari oleh orang bawah, mereka berhak untuk menukarkan kita setiap 3 tahun  bila pemilihan. Itu peringat kepimpinan bahagian, ia sama juga dengan peringkat cawangan. Apa guna kita bermegah dengan jawatan jika negeri kita diperintah oleh orang lain.

Bukit Gantang dahulunya kubu kuat BN tetapi kita kalah 2 kali dalam PRU dan PRK. Kalah bukan kerana PKR kuat, kalah bukan kerana Pas kuat, kalah bukan kerana Dap kuat, tetapi kita kalah kerana kita tidak bersatu.

YB Kapt (B) Osman Jailu pun tak sangka bahawa dia akan menang. Begitu juga bekas-bekas exco Dap. Mereka pun tak sangka akan menang besar dan menjadi exco. Mereka main-main sahaja. Akan tetapi setelah merasa manisnya kuasa mereka cuba sedaya upaya untuk mempertahankan kuasa mereka dalam PRK P59.

Mereka bersatu dan menang. Kita terus lemah dan berpecah. Inilah punca kekalahan kita. Kita kalah bukan kerana mereka kuat, kita kalah kerana kita tidak bersatu.

Marilah sama-sama kita bersatu dan bekerja serta menyokong kepimpinan DS Najib. Tanpa DS Najib Perak tidak akan kembali kepada BN. Itulah kelebihan kepimpinan Najib yang mengalir darah Tun Razak.

Tun Razak terkenal dengan kebijaksanaan dalam berpolitik dan dalam perundingan. Hari ini Najib mewarisi kebijaksaan Allahyarham Tun Abdul Razak.

Kita tidak boleh membiarkan Najib seorang sahaja dalam mempertahankan Umno melalui media baru. Kita diperingkat bawah pun hendaklah memanfaatkan segala bentuk teknologi yang ada untuk meraih hati rakyat.

Demikian sebahagian intipati Ucapan Perasmian Persidangan Tahunan Umno Bukit Gatang Perak pada 19 Jun 2010 yang lalu oleh YB Dr Hj Ahmad Zahid Hamidi. Naib Presiden Umno yang pertama dari Perak. - TM melaporkan dari Dewan SM Tengku Menteri. 19 Jun 2010.

Sabtu, 19 Jun 2010

ISU LAPANGAN TERBANG ANGKATAN TENTERA SUNGAI BESI KUALA LUMPUR

Isu perpindahan Lapangan Terbang Tentera Udara  Sungai Besi  (LTTSB) hangat diperkatakan. Cadangan telah pun dibuat oleh Unit Perancangan Ekonomi Negara dan telah mendapat pelbagai reaksi yang pro dan kontra.  
YB Dato Mahfuz Omar (Pas) telah menentang keras perpindahan tersebut. Mahfuz merupakan bekas pekerja DCA Lapangan Terbang Subang telah mengeluarkan term-term yang bernas untuk mempertahankan hujahnya.

Pandangan Mahfuz telah berjaya membuatkan ramai yang bersetuju dengan beliau supaya mengekalkan lapangan tersebut.

Jika dahulu kita berbangga dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Subang tetapi dengan peredaran masa ia semakin perlu diperbesarkan dan dipermodenkan, cara yang paling baik ialah dengan membina sebuah lapangan terbang baru yang serba lengkap iaitu KLIA yang ada sekarang.
Begitu jugalah halnya dengan LTTSB , kemudahan yang ada tidak dapat diperbesarkan lagi kerana tanah yang terhad. oleh itu UPE dan Tentera Udara telah memikirkan untuk membina sebuah lapangan terbang yang lebih baik untuk pertahanan di Lembah Kelang.

"Projek dan cadangan untuk memindahkan Lapangan Terbang Tentera Sg Besi (LTTSB) telah dicadangkan oleh UPE dan sudah ada 3 tawaran daripada 3 pihak untuk memajukannya.

Dua lagi adalah dari  syarikat berhad and sdn bhd. Kerajaan memikirkan bahawa ianya harus memberi manfaat  keuntungan kepada institusi iaitu Lembaga Tabung Angkatan Tentera and  1MDB , kedua-dua institusi ini dicadangkan oleh UPE.

Mahu tidak mahu LTSG , 10 tahun atau 50 tahun akan datang lapangan perlu dipindahkan ke kawasan lain tetapi mesti  di Lembah Kelang. 
Semua fasilitis yang ada , mesti digantikan  dengan yang baru dan semua perbelanjaan bukan MINDEF yang keluarkan tetapi  oleh pihak pemaju.  Spesifikasinya disediakan oleh kerajaan. Kita jangan bernastolgia sahaja. Berapa banyak aset aset ketenteraan dinegara-negara lain yang ditengah bandar yang dibangunkan, kita bukan hendak menghapuskan dan sekarang fasilitis kita semakin bertambah, apa yang ada disitu sudah kurang sesuai untuk  dimajukan. Tiada bezanya lapangan tersebut jika dipindahkan ke Semenyih atau Kiara, perkara perpindahan tidak dapat dielakkan.

Keduanya ialah Kuala Lumpur sudah sesak , dan LTTSB tidak lagi sesuai disitu, Dalam RMK 10 kawasan tersebut akan dimajukan melalui projek pembangunan 'Greater KL'  dan KL hendaklah berkembang dan bukan menjadi sebuah bandaraya yang statik.Pada masa yang sama kita akan memecutkan ekonomi contohnya pelaburan Qatar yang akan masuk berjumlah 5 billion US , satu jumlah yang besar, dengan adanya FDI akan memberikan pulangan yang pantas hasil pacuan oleh  private sektor,

Selain daripada  itu kita tentukan kepada pemaju ialah  komponen berkonsep kemalaysiaan dimana kita harus perseimbangkan diantara kemajuan fizikal dan kemajuan kerohanian, kerohanian dalam bentuk dan diambil kira kemudahan riadah , kemudahan tempat beribadat dan aktiviti sosial yang lain. Itu termasuk dalam komponen lapangan terbang yang baru.

Kita juga mencadangkan supaya LTTSB yang pertama di Malaysia dikekalkan beberapa perkara seperti Muzium Angkatan Tentera Udara dikekalkan atau dibaiki dengan lebih baik lagi.  Jika ada yang menuduh ada pihak lain yang terlibat adalah tidak benar sama sekali. Perdana Menteri DS Najib adalah Penasihat 1MDB dan Lembaga Pengarahnya adalah dari LTAT , Sime Darby, LUTH dan beberapa individu lagi. Tuduhan menyatakan ada pemuda cina berusia 29 tahun yang melobi projek tersebut adalah tidak benar. Mengenai kem tentera di Kamunting yang diwar-warkan akan berpindah adalah tidak benar dan setakat hari ini ia akan terus kekal dan perkukuhkan. "-YB DS DR HJ AHMAD ZAHID HAMIDI 
TM melaporkan dari Kamallodge Taiping