Isnin, 8 November 2010

ISU PANAS DARI GAP HARI INI

PENGARAH JKR DAN KETUA SETIAUSAHA NEGARA SABOTAJ KERAJAAN ?



 Kisah Disebalik Lebuhraya Pantai Timur Oleh Kumpulan Judin + KSN

Kisah sayu dan cukup menjijikkan yang dilakukan oleh Judin aka Ketua Kumpulan Sate dan KSN bagi menjatuhkan Kerajaan Barisan Nasional yang mana dalam proses tersebut beberapa pihak tak bersalah menjadi mangsa iaitu kontraktor-kontraktor melayu serta wang rakyat yang mana dikorbankan bagi mencapai maksud jahat dan jijik kumpulan sate yang diketuai oleh Judin dan dinaungi oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Sidek.

Seperti di nyatakan sebelum ini bagaimana mereka ini adalah salah satu artifak warisan terakhir peninggalan terakhir Perdana Menteri Ke-5 yang merupakan ‘time-bomb’ yang diatur oleh pembangkang bagi menghancurkan kerajaan Barisan Nasional pimpinan UMNO.

Kisah benar ini disampaikan oleh sumber dalaman JKR serta mereka yang sedih tentang nasib yang menimpa kontraktor-kontraktor melayu khususnya kontraktor Lebuhraya Pantai Timur. 

Dari 12 kontraktor  bumiputra yang terlibat dalam projek lebuhraya pantai timur, 9 kontraktor telah ditamatkan kontraknya oleh JKR  yang mana mereka ini kontraktor  bertaraf ‘sdn bhd’ .

manakala selebihnya terselamat kerana mereka samada kontraktor besar atau dinaungi oleh taukeh cina contohnya Ahmad Zaki Resources Berhad(dipercayai kroni Anwar Ataturk), KSR Berhad(kroni Pak Lah) dan Cergas Murni  Sdn Bhd(dinaungi taukeh Cina). 

9 kontraktor tersebut pernah merayu kepada judin pada awal 2007/2008 akibat kenaikan mendadak harga minyak oleh bekas Perdana Menteri ke-5 dan mengakibatkan kenaikan hampir 40% kos pembinaan disamping kenaikan harga bitumen dan yang bersangkutan dengan petroleum. 

Judin berpura-pura simpati kepada nasib kontraktor-kontraktor  tersebut dan berjanji untuk membantu mereka,tetapi si judin keparat telah mencadangkan dan bersekongkol dengan KSN untuk terus menamatkan kontrak mereka tanpa pengetahuan Najib

Mereka enggan memahami nasib kontraktor-kontraktor tersebut yang telah menggunakan segala simpanan mereka dan pinjaman bank hingga habis digunakan demi untuk meneruskan projek tersebut yang berbaki nilai keseluruhan RM500 juta. 

Ini bermakna setiap RM1 yang dibelanjakan mereka menanggung kos tambahan sebanyak 40 sen dan apa yang diminta pada JKR cuma agar JKR dapat menyerap kos sebanyak hanya 30 sen(30%) bagi meringankan beban hutang mereka serta bagi meneruskan projek yang dijangka siap untuk kegunaan rakyat Pantai Timur pada pertengahan 2011 serta sekaligus menyelamatkan maruah UMNO serta Barisan Nasional.   

Sifir budak darjah satu pun kalau kerajaan bersetuju maka kos tambahan hanya meningkat kepada:

 RM500 juta(Baki kerja) + RM150(30%) = RM650 juta

*Mengikut sumber dalaman malah kontraktor-kontraktor tersebut mungkin bersetuju jika ditawarkan oleh kerajaan sebanyak 25% bagi berlaku adil pada mereka.

Lebih parah si judin puaka ni memaksa ‘mutual termination’  bersyarat diantara JKR dengan kontraktor-kontraktor terbabit agar mereka tidak layak untuk menuntut apa-apa bayaran atas segala kerja mereka yang telah dilaksanakan.

Ini menyebabkan kontraktor-kontraktor terbabit tiada pilihan dan  terpaksa meneruskan perjuangan sehingga akhirnya mereka tak berupaya lagi melaksanakan kerja-kerja mereka setelah habis harta mereka digadaikan untuk menyelamatkan projek ini. 

Tindakan Judin yang zalim ini dimana akhirnya mereka terpaksa akur setelah tidak berupaya lagi serta menandatangan perjanjian tersebut yang mana kini mereka mengadu nasib dengan mahkamah.

Setelah kontraktor-kontraktor terbabit ditamatkan, Judin dengan pengetahuan KSN telah mengadakan ‘selective tender’ yang mana lebih kurang 5 syarikat dipilih oleh Judin.

dicadangkan kepada Kementerian Kewangan yang mana pemilihan 5 syarikat ini amat diragui yang diatur oleh Judin dan kumpulan Sate yang mana mengikut sumber dalaman kos untuk meneruskan projek ini  setelah tender dibuka kos minima kini mencecah RM1 billion yang mengakibatkan potensi kerugian wang rakyat hampir RM350 juta. 

Manakala tempoh siap yang dijangka pada mulanya pertengahan 2011 kini berubah kepada 2013 sepertimana pengumuman Menteri Kerjaya baru-baru ini yang LPT fasa dua hanya akan siap pada 2013.

Kenapa ini berlaku?

Kumpulan jahat di JKR ini dipercayai dikuasai dibawah telunjuk pembangkang bercita cita mensabotaj kerajaan Barisan Nasional kerana mereka jika siap 2011 sudah tentu ia akan menaikan Barisan Nasional di Pantai Timur dan membantu BN untuk menang besar dalam PRU 13 yang dijangkan pada sebelum 2012. 

Tapi kini ia akan menyebabkan kebencian rakyat akibat projek yang tergendalan sereta menyusahkan warga Pantai Timur yang kebencian ini mungkin diterjemahkan pada PRU 13 kerana LPT ini hanya akan siap pada 2013 selepas proses retender  semula. 

Kesannya.....
1.       
 Kejatuhan dan penindasan keatas kontraktor bumiputra yang berkebolehan

2.       Kebencian terhadap kerajaan BN dikalangan kontraktor-kontraktor bumiputra serta kaum keluarga dan kerabat mereka, pembekal-pembekal,kakitangan-kakitangan mereka dan pengguna lebuhraya Pantai Timur yang bosan oleh penangguhan projek LPT fasa 2 yang mengakibatkan mereka menyokong pembangkang
3.     
  Kerugian besar wang rakyat paling kurang RM350 juta tak termasuk kos pampasan yang akan ditentukan oleh mahkamah kelak kerana kontraktor-kontraktor terbabit telah menyaman JKR dan kerajaan Malaysia yang dianggarkan pampasan mungkin ratusan juta.
4.  
     Modal besar pembangkang untuk memalukan kerajaan BN oleh pembangkang pada PRU 13 akan datang serta peluang pembangkang menuduh kerajaan BN korup, tidak cekap, tidak telus....dan berbagai bagai tohmahan lagi.

Mengikut sumber dalaman JKR, Judin dan kumpulan Sate ini sedang giat menyediakan maklumat palsu untuk mendapat blessing KSN bagi menamatkan beberapa projek berprofil tinggi yang dijalankan oleh kontraktor bumiputra bagi membantu pembangkang meraih sokongan melayu yang sudah pasti bencikan UMNO!

Lembu punya susu sapi dapat nama sebab bila projek siap kumpulan sate yang dapat nama.