Jumaat, 12 November 2010

Jui Meng Wong Gendeng

Chua Jui Meng merupakan bekas seorang Menteri Kesihatan yang gila isin kerana gagal mengekalkan jawatan dalam pemilihan MCA. Setelah kalah dan ditolak oleh orang Cina dalam Mca beliau jadi sewel dan mereng. Mereng sama tahap Al-Jub yang kena terajang dari Umno 1998 dahulu.

Jui Meng sepatutnya berehat sahaja dan sentiasa akan dihormati oleh masyarakat dan juga orang Cina Mca. Bagaimanapun kerana kemaruk untuk menjadi menteri dan termakan pujukan oleh Al-Jub beliau terus menjadi ahli PKR dengan harapan 16 September 2008 menjadi kenyataan.  Bagaimana pun projek 16 September hanyalah kelentong Anwar.  Jui Meng bertambah 'gendengnya'.

Berbalik kepada isu patriotik yang disebut oleh YB Dato Seri Dr Zahid Hamidi adalah benar. Orang Cina kurang berminat untuk menjadi tentera terutama untuk peringkat pangkat rendah. 

Setiap kali diadakan kempen pengambilan anggota baru boleh dikatakan 99 peratus yang datang untuk pemilihan adalah anak-anak muda Melayu. Orang Cina lebih berminat untuk  peringkat kepegawaian. Namun jumlah mereka yang berminat untuk menjadi tentera adalah rendah.

Isu patriotik ini hanya mainan politik Dap yang disambut dan disokong oleh Pas yang bodoh.  Niat sebenarnya ialah Dap mahukan orang mereka menjadi Panglima angkatan tentera untuk tentera darat, tentera udara, tentera laut dan lain-lain pasukan. Itulah cita-cita Dap.

Pelik juga Pas boleh menyokong isu ini. Pas juga sebenarnya mempunyai cita-cita untuk menukarkan kesemua panglima tentera sekiranya mereka berjaya menguasai Putrajaya dalam PRU 13. Dap juga sama untuk menguasai kepimpinan tentera. PKR pula sudah ada kader-kader mereka dalam ketenteraan dan bersiap sedia untuk merampas kuasa dalam ketenteraan. Sebab itu dalam kes 16 September Al-Jub beranai cakap bahawa tentera sudah bersiap sedia untuk menyokong beliau.

Di Taiping ini ramai tentera adalah penyokong setia parti Pas. Contoh ketara ialah PW Othman Noh dari Kagat yang kini telah bersara dan menjadi orang paling aktif menentang kerajaan di Kampung Expo. Itu baru sorang, tak percaya pergi tengok ke Taman Mewah, Taman Yayasan, Taman Berkat, Taman Damai cukup ramai pesara tentera yang menjadi ahli Pas dan 24 mengutuk kerajaan.

Di Pulau Pinang ramai ahli Dap amat berminat menyertai pasukan askar Wataniah, tujuan mereka ialah bukan untuk berkhidmat dengan sepenuh hati tetapi mereka hanya nak belajar menembak menggunakan M16. Suruh kawad sorry, bayang pun tak nampak, bila nak menembak penuh padang kawad.  So dimana patriotiknya mereka.

TM bagaimanapun tabik spring kepada Mejer Patricia Yapp Syau Yin seorang pilot wanita yang cukup patriotik mempertahankan negara. Lebih menarik lagi ialah kerana suaminya seorang lelaki India dan ia cukup mencerminkan semangat 1 Malaysia.