Khamis, 10 Februari 2011

Indeks jenayah di Taiping masih terkawal

Pagi tadi TM sempat menemu-bual dengan Ketua Polis Taiping sewaktu beliau hadir dalam Majlis Turun Padang oleh Menteri Besar Perak di Dataran Kamunting di Jalan Stesen Kamunting.

Menurut beliau, kadar jenayah di Taiping antara 2009 dan 2011 terdapat penurunan sebanyak 5 peratus. Bagaimanapun pada bulan Januari 2011 terdapat peningkatan seperti pecah rumah, samun dan kes curi motosikal

Pada kesuluruhan kadar jenayah masih terkawal. Pihak polis memang ada mengambil tindakan pencegahan lebih tegas dalam bentuk rondaan dan pengawasan.

Orang ramai yang ingin meninggalkan rumah untuk beberapa hari perlu memaklumkan kepada jiran dan juga polis untuk membolehkan pihak polis membuat rondaan pada malam hari.

Penduduk Taiping juga tidak perlu risau dengan kes-kes yang telah berlaku dan kita perlulah berhati-hati seperti elakkan berjalan berseorangan apabila mengeluarkan wang dari institusi kewangan. Elakkan daripada berjalan berseorangan dilorong atau jalan yang sunyi lebih-lebih lagi pada waktu malam. Ini kerana kita tidak mengenal siapa penjenayah yang ada atau berlegar disekeliling kita.

Begitu juga dengan keselamatan di rumah, orang ramai perlu menjaga keselamatan harta benda seperti mengunci kenderaan, pagar dan sebagainya jika mampu sistem keselamatan seperti alarm dan CCTV perlu dipasang. Ini kerana zaman berubah dan peralatan sedemikian boleh membantu mencegah jenayah.

Penjenayah biasanya ditangkap dan dihukum penjara, tetapi selesai hukuman dan dibebaskan mereka akan mengulang balik jenayah dan kitarannya berbentuk satu pusingan, masyarakat melabelkan mereka sebagai orang yang keluar masuk penjara.

Mengenai kes pembunuhan peniaga barangan lusuh Isnin lepas, beliau berkata pada mulanya ia bermotifkan samun. namum pihak polis telah menerima beberapa maklumat mengenai penjenayah, dan semua maklumat diteliti sebelum polis dapat bertindak.

Kebiasaan penjenayah ini akan melarikan diri dan bersembunyi di luar kawasan dan ini yang memberi masalah kepada polis,


Satu lagi masalah ialah penagih dadah yang sering menimbulkan pelbagai-bagai masalah kes jenayah kecil-kecilan. Walau pun kecil ia merupakan satu penyakit dan masalah besar kepada masyarakat dan negara.

Untuk maklumat lain jumlah keseluruhan anggota polis di Taiping ialah 700 orang dan jumlah penduduk Taiping pula sudah mencecah 300 ribu orang. Oleh itu penduduk juga perlu membantu polis mencegah jenayah dengan mengadakan sistem rondaan sukarela SRS dan lain-lain bentuk pengawasan.

Bila ditanya mengenai pemasangan CCTV di kawasan Hot Spot, Tuan Yusuf memaklumkan lokasi dan peruntukkan serta pemasangan akan dilakukan oleh Majlis Perbandaran Taiping. Benda tersebut dalam proses perlaksanaan.

(P/ACP YUSUF BIN MOHD DIAH)

Ketua Polis Daerah Taiping

Tel. No: 05-829 1222 (O) 012-6126798 (HP)