Sabtu, 26 Februari 2011

PAS GUNA PELAJAR DI KERDAU DAN MERLIMAU


Nampaknya Pas semakin terdesak untuk menang dalam PRK kali ini, Jika di beberapa PRK sebelum ini Pas kalah teruk, kali ini Pas akan menukar strategi pulak.

Jika di Bagan Pinang Pas membawa budaya samseng, tetapi di Galas dan kini Pas akan menggunakan strategi memujuk dan lebih berhemah. Ini diakui sendiri oleh YB Dato Seri Abdul Hadi Awang dalam temubual bersama RTM di Temerloh, pusat penamaan calon tadi.

Pas akan membawa turun pelajar-pelajar dari IPT Awam kerana Timbalan Menteri Pengajian Tinggi memberi laluan seperti mana yang berlaku di Galas. Pelajar wanita yang cantik manis akan menjadi perayu undi untuk memujuk pengundi di Kerdau dan juga Merlimau. Mereka amat mudah dikenali kerana memakan pakaian atau vest yang sama seperti di Galas.

Mereka juga menggunakan scarf dan muffler yang dililit pada leher. Mereka membawa slogan "Kelantan Maju di bawah kepimpinan Ularmak Pas."

Harap HEP IPT tempatan dan juga Khaled Nordin dan Saifuddin sedar akan apa yang sedang berlaku di Kerdau dan Merlimau.

Pas menaruhkan harapan yang tinggi untuk menang di Kerdau.