Ahad, 13 Mac 2011

Demo DNA di Medan Istana Ipoh

Kira-kira jam 4.00pm tadi seramai lebih kurang 200 orang pelbagai kaum telah bersama-sama YB Dato Hamidah Othman mengadakan demo mendesak Pas dan Dap untuk meminta YB Dato Seri Anwar memberikan sample DNA kepada Jabatan Kimia untuk menyelasaikan segera kes liwat Anwar terhadap Saiful.

Seandainya Pas dan Dap berdiam diri dan enggan berbuat apa-apa terhadap desakan ini, ia mengesahkan yang Anwar bersalah.

Demo tadi bermula di Pejabat Dap, kemudian bergerak ke Pejabat Pas dan berakhir di Pejabat PKR.

Pelbagai sepanduk telah ditampal di dinding pejabat Parti Keadilan Perak di Medan Istana Ipoh sebentar tadi.

Anwar Zakaria Setiausaha PKR Perak turut bersama-sama dengan peserta demo dan beliau berkata, beliau tidak menyebelahi mana-mana pihak dalam isu ini. Beliau juga sempat minum dan bergambar dengan YB Midah di Restoran Darul Ridzuan.

Dato Hamidah juga mengucapkan terima kasih kepada Saudara Anwar kerana menerima baik kedatangan peserta demo aman.

Tiada apa-apa yang terjadi semasa demo tadi. Semuanya berjalan dengan suasana aman dan terteram.

Bagaimanapun PDRM tetap berada di lokasi bagi menghadapi sebarang kemungkinan.

Pemberita dari pelbagai media juga turut hadir untuk membuat liputan
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.