Ahad, 13 Mac 2011

PAS dan DAP bermesyuarat di Ipoh petang tadi

Kira-kira sejam selepas Demo Bantahan DNA Anwar diadakan di Medan Istana Ipoh yang menempatkan Pejabat Pkr, Dap dan Pas. Kedua-dua parti Pas dan Dap telah mengadakan satu mesyuarat tergempar kira-kira jam 5 petang tadi. Tidak ada wakil Pkr yang kelihatan memanjat tangga pejabat Pas yang mengadakan mesyuarat tersebut.

Apa yang dapat digambarkan ialah mesyuarat tersebut ialah untuk mencapai kata sepakat mengenai isu DNA YB Dato Seri Anwar Ibrahim yang semakin menjadi beban kepada Pas dan Dap.  Bahkan kekalahan beberapa PRK akhir-akhir ini adalah berpunca dari kes liwat Anwar.

Perbicaran yang mengambil masa 3 tahun menguatkan lagi kebolehpercayaan Pas dan Dap terhadap isu liwat Anwar Saiful adalah benar berlaku. Tambahan lagi keengganan Anwar untuk memberikan sample DNA kepada pihak pendakwa raya.