Selasa, 10 Mei 2011

Gempar : Parti Pas bakar bendera Umno di Larut.





Sempena sambutan hari ulang tahun Umno kali ke 65 pada Rabu ini,   Umno Larut telah memasang banyak bendera di kiri kanan jalan di beberapa tempat.

Umno Larut diketuai oleh Yang Berhormat Mulia Raja Dato Seri Hj Ahmad Zainuddin Raja Hj Omar.

Kawasan Parlimen Larut mempunyai 3 Dun yang dimenangi oleh Umno sejak merdeka lagi , 3 Dun ialah Selama ( Datok Hj Daud) , Kubu Gajah (Raja Ahmad) dan Batu Kurau ( Dato Najmudin)

Kemeriahan dan semangat Umno mula terasa apabila bendera Umno mula berkibar megah.

Sayangnya malam tadi perangai haprak Pas yang hatinya penuh dengan dengki khianat. telah berjaya membakar dua bendera yang dipasangkan.

Peristiwa itu berlaku malam tadi di Kampung Sungai Seputeh dan petugas-petugas berjaya menyelamat satu bendera dan terbakar separuh manakala satu lagi hangus 100 peratus.

Itu lah perangai ahli parti Pas yang mengakui menjunjung quran dan akidah Islam. Pada hal mereka adalah setan yang amat jahat dan zalim.