Selasa, 10 Mei 2011

Mati semut kerana gula,

Mati semut kerana gula  adalah satu peribahasa Melayu. Ini bererti orang Melayu sukar memisahkan diri dengan gula.

Gula adalah satu istilah bagi sekelas kristal karbohidrat yang boleh dimakan, terutama sukrosa, laktosa, dan fruktosa dicirikan oleh suatu rasa manis.

Di dalam makanan, gula kebanyakan dirujuk hampir-hampir ekslusif merujuk kepada sukrosa, yang utamanya datang dari Gula tebu dan gula bit.

Gula lain digunakan di dalam industri penyediaan makanan, tetapi ia biasanya diketahui oleh nama-nama yang lebih spesifik nama-nama glukosa, fruktosa atau gula buah, air gula jagung fruktosa tinggi, dll.

Orang Melayu telah lama menggunakan gula, mungkin sejak zaman kesultanan Melaka, Malak istilah gula melaka sangat sinonim dengan masyarat melayu.

Pengeluaran gula di Malaysia dikuasai oleh 4 kilang iaitu;
  1. Malayan Sugar Manufacturing atau dikenali sebagai Gula Prai.
  2. CentralSugar Refinery Shah Alam
  3. Gula Padang Terap Kedah 
  4. Gula Felda Chuping Perlis.

Raja Gula di Malaysia kekal milik Robert kuok

Robert Kuok Hock Nien merupakan ahli perniagaan Cina Malaysia. Merujuk kepada Forbes nilai kekayaannya dianggarkan di sekitar $8 bilion pada tahun 2007, menjadikan beliau lelaki terkaya di Malaysia dan seluruh Asia Tenggara pada tahun tersebut.

Kuok bermula dengan berniaga gula, beras dan tepung di tahun 1949. Kini beliau adalah orang utama syarikat multinational, Kumpulan Kuok.

Kuok merupakan seorang yang pemalu pendiam dan menyendiri; kebanyakan daripada perniagaannya dipegang oleh beliau dan keluarganya.

Selain daripada pelbagai jenis perniagaan sendiri di Malaysia, syarikat beliau mempunyai pelaburan di banyak negara di Asia.

Kepentingan perniagaannya merangkumi daripada penanaman tebu di (Perlis Plantations Bhd), penapisan gula, pengilangan tepung, pemakanan binatang, minyak dan perlombongan hingga ke kewangan, hotel-hotel, hartanah, perdagangan dan pengangkutan (International Shipping Corporation, Transmile Group) dan penerbitan.

Permintaan gula amat tinggi pada bulan puasa ini kerana orang Melayu gemar membuat kueh sebagai juadah berbuka puasa dan sebagai bahan utama membuat biskut atau lebih mudah disebut kueh raya.

Penggunaan gula yang berleluasa tidak terhad di dalam penghasilan kuih-muih sahaja tetapi juga lauk-pauk seperti gulai ayam dan serunding daging dan sebagainya


Persatuan Diabetes Malaysia Cawangan Kelantan melalui hasil kajian oleh Universiti Sains Malaysia baru-baru ini mendedahkan, terdapat sejumlah 78,000 orang pesakit diabetes di negeri itu.

Yang menjadi pelik ialah orang Melayu sebagai pengguna gula ramai yang mati atau kehilangan jari atau kaki tetapi Raja Gula Robert Kuok yang kini berusia 87 tahun langsung tidak mempunyai system diabetes disease.

Penyakit diabetes kini mula menyerang kanak-kanak obes.Hari ini kementerian kesihatan dah mula bising dan mula bertindak untuk mengatasi masalah obes. Lucu pun ada kerana Timbalan Menteri Kesihatan juga termasuk dalam kategori obes tetapi gebu.

Kanak-kanak dikesan mengalami masalah kegemukkan bukan kerana nasi lemak tetapi kerana pengambilan gula yang berlebihan. Kini ramai kanak-kanak yang obes adalah berpunca daripada terlalu banyak minum minuman berkabonanat seperti dalam tin, botol dan juga kotak.

Malah di restoran segera seperti KFC juga menyediakan minuman ini dalam pakej hidangan mereka.  Selain itu gula yang tinggi diperolehi dalam makanan ringan atau junk food.

Minuman 3 dalam 1 satu lagi punca masalah obeseti dan juga diabetes, ini kerana kandungan gula yang tinggi di dalam nya.

Hari ini kadar penggunaan gula dalam masyarakat kita wajar dikurangkan. Subsidi gula perlu dihapuskan sama sekali.

Jangan pula ada peribahasa berbunyi mati melayu kerana gula.