Isnin, 19 September 2011

Azman Sepawi Rani : Caramah Pas kedua

:[Image: mymaktabaty-azman-syafawi.jpg]
(1) Walaupun penjajah telah meninggalkan negara ini lebih 50 tahun tetapi undang-undang negara dan pemikiran masih lagi dibelenggu dengan cara penjajah

(2) mendakwa MAT INDERA merupakan ulamak JOHOR, pernah mendapat kebenaran kerajaan di Johor mengajar agama di negeri tersebut

(3) MAT INDERA bukan Komunis tetapi penjajah telah menyatakan mana-mana pihak yang menentang BRITISH pada ketika itu adalah komunis

(4) Hutang kerajaan mencecah RM400 bilion walaupun negara mempunyai hasil minyak, gas dan bijih timah yang banyak kerana berlaku penyelewengan dalam mentadbir negara oleh pemimpin UMNO/BN

(5) Datin Seri ROSMAH menipu rakyat kononnya cincin yang dibeli berharga RM74 juta adalah hasil tabungannya sejak kecil

(6) kerajaan menjual minyak yang mahal kepada rakyat walaupun MALAYSIA merupakan negara pengeluar minyak di dunia

(7)Walaupun kerajaan menolak cukai 6 % dalam pembelian prepaid tetapi dalam masa yang sama mengenakan GST sebanyak 6% dalam perkhidmatan, makanan dan sebagainnya

(8) Kerajaan telah menggunakan Polis dan JPJ mengenakan saman kepada rakyat bagi meningkatkan pendapatan kerajaan

(9) Kerajaan tidak berani guna dakwat kekal dan menghapuskan Undi Pos kerana cuba menipu rakyat semasa Pilihanraya

(10) kerajaan tidak fikir masa depan negara kerana membenarkan hampir 2 juta pendatang asing masuk ke negara ini

(11) PAS telah menjumpai 10 ribu nama yang tidak wujud dalam JPN tetapi wujud dalam SPR

(12) LEE Kuan Yew mendakwa 2 tahun lagi PR akan berjaya memerintah negara berdasarkan analisa pakar-pakar politik dan pihak keselamatan

(13) kerajaan telah membayar RM70 juta kepada syarikat APCO milik yahudi untuk menasihatkan kerajaan.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.