Jumaat, 23 September 2011

Rumah Terbuka Umno Taiping sempena Hari Raya Aidil Fitri.






Majlis rumah terbuka Umno Bahagian Taiping telah diadakan di Dewan Perbandaran Kamunting petang ini dari jam 2.30 petang dan berakhir jam 5 petang dan dihadiri oleh lebih 8 ribu tetamu dari jauh dan dekat.

Antara tetamu yang dilihat hadir ialah YB Dato Tajuddin Rahman dari Pasir Salak, Ahli Parlimen Hulu Perak YB Dato Tan Lian Hoe, YB Kasvinder Singh, Ketua Umno Bahagian Bagan Serai Dato Zaili Cha, Naib Ketua Ketua Bahagian Larut Sdr Fauzi Kassim.

Tetamu dihidangkan pelbagai juadah hari raya yang disediakan di bawah khemah yang dipasang disekeliling dewan.

Turut diraikan ialah lebih 40 anak-anak istimewa dan warga emas dari rumah kebajikan dibawah JKM. Mereka menerima sumbangan duit raya dari Umno Taiping sebagai tanda kasih sayang dan perihatin terhadap mereka.

Tetamu dihiburkan oleh band D' Mountain dan penyanyi jemputan khas ialah Najib Hanif bekas bintang RTM tahun 80an, Najib juga mendendangkan lagu My Delilah diakhir persembahannya, lagu tersebut telah dipopularkan oleh Tom Jones.