Ahad, 11 Mac 2012

Muzium Kapal Selam Melaka : Tarikan terbaru.

Menuju ke Klebang

Tanah yang ditebus guna dari laut

Kaunter tiket

Pandangan dari pintu masuk








Pantai Klebang yang jaraknya lebih kurang 10 km dari Bandar Melaka kini menjadi tumpuan pelancong dalam dan luar negara kerana  objek di atas.


Objek di atas adalah sebuah Kapal Selam Ouessant merupakan kapal selam latihan kepada krew kapal selam TLDM iaitu KD TUNKU ABDUL RAHMAN dan KD TUN RAZAK.

Kapal selam ini telah dibawa pulang ke tanah air oleh Kementerian Pertahanan Malaysia dan diserahkan kepada Kerajaan Negeri Melaka untuk diabadikan sebagai muzium kapal selam.

Kerja-kerja untuk membawa pulang kepal selam tersebut bermula dari pangkalan Tentera Laut Perancis di Brest pada 7 Okt 11 dan tiba di perairan Melaka pada 12 Nov 11.

Kapal selam yang mempunyai panjang 67.57 meter, tinggi 11.75 meter dan lebar 6.5 meter itu merupakan buatan Perancis yang dibina pada 1979 bergerak menggunakan motor elektrik. Paling menarik ialah ia mempunyai sebuah tandas sahaja untuk 78 anak kapal dan ada yang terpaksa solat dalam keadaan berbaring.

Klebang juga terkenal dengan minuman Coconut Shake...