Sabtu, 12 Mei 2012

Sokong idea Khalid Ibrahim guna air lombong

YB Tan Sri Khalid Ibrahim, menteri besar Selangor bertindak betul dalam isu penggunaan air lombong sebagai sumber utama bekalan air yang dirawat untuk penduduk Selangor.

Setakat hari ini belum ada sebuah negeri pun di semenanjung yang mempunyai pemikiran sebijak Khalid Ibrahim.

Idea ini sepatutnya dilaksanakan juga dinegeri Perak yang mempunyai jumlah lombong yang lebih banyak dari Selangor.

Setakat hari ini Perak masih berfikiran waras kerana tidak menggunakan air lombong kerana masih ada sumber lain yang lebih baik berbanding air lombong.

Perak mempunyai pelbagai teknologi untuk diprantikkan bagi manfaat dan kesejahteraan rakyat. Terkini Perak perkenalkan air dalam tanah pinggir sungai untuk kegunaan penduduk pedalaman dan sumber air tersangat baik.

Kasihan lah rakyat Selangor kerana telah memilih sebuah ketajaan yang hanya mampu membekalkan air lombong untuk rakyat. 

Tu pun ada hati nak perintah Malaysia. Nak hapuskan PTPTN dan nak turunkan harga minyak, bab air pun tak reti nak selesaikan.

Azmin Ali dulu dok gelembong kononnya dia akan membawa banyak pelaburan dari Arab dan Eropah dengan jumlah pelaburan berbilion-biliion. Akan tetapi sampai hari ini tak nampak sebuah pun kilang baru yang tegak naik di Selangor, yang banyak ialah perumahan mewah di kawasan Melayu yang bertujuan untuk penguasaan Dap dalam pilihan raya. 

PAS? Boleh sembang sajalah, Pkr Melayu tinggal sikit lagi yang percaya kepada Anwar, dan mereka ialah golongan Syiah dan Etis, LGBT dan golongan yang sewaktu dengan Anwar.

PRU 13 sudah dekat, takkan orang Selangor nak mandi dan minum air lombong?




Sent from Samsung tablet