Selasa, 12 Jun 2012

Mengapa Pas takut PRU bulan September

Pas kata orang muda sokong Pas tetapi mahu PRU tidak dibuat dalam musim haji.

Ia menjelaskan bahawa Pas sudah tidak mendapat sokongan orang muda, Pas hanya bergantung kepada warga emas semata-mata.

Pemikiran warga muda atau orang muda memang boleh berubah bila-bila masa, tetapi golongan tua yang tegar dan taksub dengan perjuangan Islam Pas akan terus menyokong Pas walaupun Pas hari ini sudah tidak sama perjuangan zaman Fuad Hassan dan Fadzil Nor.

Pas hari ini serba boleh, arak boleh, judi boleh, zina boleh, gay boleh, lesbian boleh bahkan Pas menggunakan slogan Pas for All menyamai slogan negara Israel Laknatullah.

Sebaiknya Pas tidak perlu risau PRU dibuat dalam musim haji sebab bukan ramai pun orang Pas pergi ke Mekah.

Orang Pas ramai buat haji di Thailand. Tak percaya tunggu lah lepas raya. Berbondon-bondo syeikh haji bawa jemaah untuk ke Mekah melalui Siam.

Ramai juga yang terkandas, dan menyorok sebulan di Siam. Bila orang balik haji, mereka pun balik kononnya dah dapat haji.

Sebab tulah akal orang Pas banyak yang rosak. Sebab dengan Allah pun depa tipu.

Jom baca kenyataan Pas dalam Harakakah kah kah.

Kenyataan balas selepas Tuan Man menyeru supaya orang Pas menangguhkan haji.

PAS menggesa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak memberi jaminan tidak akan membubarkan parlimen dan mengadakan pilihan raya umum ke-13 pada musim haji tahun ini.

Ia bagi memastikan jemaah haji yang terpilih dapat menunaikan ibadah haji dengan lebih tenang dan selesa, tanpa dipinggirkan hak mereka untuk mengundi.

Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata Perdana Menteri sepatutnya boleh mengumumkan tarikh pilihan raya dan tidak perlu berteka-teki kepada rakyat.

"Kita mahukan jaminan Perdana Menteri agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji tahun ini. Sebaik-baiknya kerajaan elak untuk adakan pada tarikh tersebut," tegas beliau kepada Harakahdaily, hari ini.

Dalam pada itu, beliau menjelaskan arahan penangguhan untuk menunaikan haji yang dikeluarkan sebelum ini khusus kepada ahli-ahli PAS yang terlibat secara langsung dengan jentera parti, bukannya kepada semua ahli.

Katanya, arahan itu lebih tertumpu kepada calon-calon, wakil calon, pengarah pilihan raya dan mereka yang terlibat secara langsung dengan jentera parti.

Bagaimanapun, Pesuruhjaya PAS Pahang itu turut menegaskan bahawa menjatuhkan kerajaan yang penuh rasuah dan zalim juga merupakan satu kewajipan kepada umat Islam.

Sementara itu, Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali, turut menyokong desakan Tuan Ibrahim agar kerajaan memberi jaminan agar pilihan raya tidak diadakan pada musim haji.

"Terpulang kepada Najib untuk menetapkan bila tarikh pilihan raya.  Tapi kita mohon jaminan daripada beliau supaya ia tidak diadakan pada musim haji.  Selesai masalah," komen ringkas beliau, hari ini.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.