Isnin, 2 Julai 2012

Janji dulu tak selesai dan nak buat janji baru.

Dr Fadzli wakil Pas dalam wacana PRU 13 dan ancaman kepada Islam dengan angkuh menuduh bahawa yang terancam selepas PRU 13 ialah Umno dan bukan Pas.

Beliau juga dengan bongkak mendakwa kerajaan Pas Kelantan mempunyai wang yang cukup untuk membina lebuh raya tanpa toll sepanjang 73 km dari Kota Bharu ke Kuala Krai. Cuma jalan tersebut diwakafkan kepada rakyat yang ingin membuat kebajikan.

Baiklah, seandainya wakaf atau derma yang dikutip oleh Pas berjaya mengumpul seribu juta ringgit dan kos jalanraya ialah 90 ribu juta ringgit , wang mana yang hendak digunakan, wang wakaf atau wang perbendaharaan negeri?

Jika wang perbendaraan digunakan, kemana pula wang wakaf nak disalurkan, untuk membuat masjid atau bangunkan sekolah memang tak boleh, sebab dah terkeluar syarat, mahu tak mahu kena guna untuk jalan juga, oleh itu kemana pula wang perbendaharaan nak dibelanjakan?

Tak apalah, sebab Pok Nik mendakwa otaknya masih bagus dan mampu berfikir dengan baik.

Cayalah , orang kata, kalau berjanji tak ditunaikan tanda orang itu munafik, so apa macam?