Rabu, 16 Januari 2013

Patrick Teoh elok berambus dari Malaysia




Patrick Teoh adalah seorang penyampai radio yang mempunyai suara emas, jutaan penduduk Malaysia menggemari suaranya yang lunak , lemak merdu dan dengan memiliki suara emas menyebabkan Patrick bergelar jutawan. Nilai suaranya 1 minit 1 juta ringgit kalau tak silap TM.

Setelah bersara dari RTM beliau menceburi bidang lakonan, pengiklanan dan paling sadis ialah apabila menyokong pembangkang dan mengkritik kerajaan.

Setakat nak mengkritik Najib, Rais Yatim dan Shahrizat Jalil ia boleh dimaafkan lagi tetapi apabila dia menghina wanita islam yang berhijab, menghina orang Islam yang bersolat nampaknya ia tidak boleh dimaafkan.

Patrick Teoh sememangnya biadab dan lupa akan kontrak sosial yang membolehkan bukan melayu diterima menjadi rakyat persekutuan tanah melayu.

Antara persetujuan yang perlu dipatuhi ialah menerima bahawa negara ini adalah negara Islam, memahami adat dan budaya orang melayu yang beragama Islam dan berusaha untuk belajar bahasa melayu. menghormati undang-undang dan faham silang budaya dan lain-lain lagi.

Jika Patrick Teah sudah tidak mahu menghormati adat budaya orang melayu dan sanggup menghina agama Islam sedemikian rupa maka elok lah berambus sahaja ke negara lain.

Buat apa duduk di bumi Malaysia kalau tidak tahu memahami Rukun negara dan menghormati orang Melayu dan agama Islam.