Isnin, 17 Jun 2013

Semua salah Umno

Premis arak dan premis urut, disko dan sebagainya yang wujud di Selangor semuanya salah Umno kata orang Pas.

Pada hal kebanyakannya tumbuh bagai cendawan busut selepas negeri diperintah oleh Pas, Pkr dan Dap.

Orang Pas tak nampak tu semua yang mereka tahu Almarhum Tengku Abdul Rahman yang bersalah kerana merasmikan kilang arak di Shah Alam. Sampai sekarang Pas menjaja gambar tersebut.

Bila kita cabar supaya Pas menutup semua premis maksiat, Pas kata Umno kerajaan persekutuan yang mengeluarkan lesen. Pas tetap tak bersalah.

Bila Dr Hasan Ali rampas arak, Pas kata orang bukan Islam berhak untuk membeli dan menjual arak. Pas tak salah lagi.

Sekarang nak buat apa? Tolong habaq sat
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.