Khamis, 27 Februari 2014

RM 10.5 juta bangunkan infrastruktur asas Kg Expo Kamunting



Kampung Expo Kamunting seluas 460 ekar bakal menerima peruntukan pengurusan perparitan dan jalan bernilai RM 10.5juta daripada kerajaan pusat tahun ini. Projek pembangunan akan bermula Mei 2014 dan dijangka siap sepenuhnya pada Oktober 2015.

Projek yang dibahagikan kepada 5 blok di atas tanah seluas 460 ekar itu akan melegakan penduduk yang sering mengalami banjir kilat apabila musim hujan.

Antara projek utama ialah menaik taraf pam air daripada sebuah kepada dua buah dengan kuasa yang lebih besar. Kedua ialah membina semula peparitan jenis tanah kepada jenis konkrit dan melibatkan Jalan Expo, Jalan Expo Dalam dan semua  Jalan Expo 1 hingga 8. Ketiga ialah membina 3 kolam takungan banjir, keempat ialah membina jalan tar dan pemasangan lampu jalan setiap 100 meter mengikut keperluan.

Pihak kerajaan negeri telah membuat permohonan untuk projek ini sudah sekian lama dan bakal direalisasikan tidak lama lagi, ini adalah sebahagian hasrat Adun Kamunting YB Dato Muhammad Zahir Khalid dalam 'Greater Kamunting'.

Mesyuarat kali kedua pagi ini di Pejabat JPS Taiping dipengerusikan sendiri oleh  Zahir bersama Dato Razak Pengarah JPS Perak. Turut di sertai JKR, LAP, TM, PTDLMS, MPT, JKKK Kg EXPO dan lain-lain agensi yang terlibat.