Ahad, 23 Februari 2014

Sebab tu lah kegiatan haram sukar dihapuskan

Siasatan selama enam bulan yang dijalankan terhadap 60 pegawai polis yang disyaki terlibat dalam rasuah dan menggelapkan wang membongkar sesuatu yang mengejutkan – seorang pegawai kanannya mempunyai RM20 juta dalam beberapa akaun banknya, kata seorang pegawai kanan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM). Dengan syarat namanya tidak disiarkan, pegawai itu memberitahu The Malaysian Insider bahawa pegawai kanan tersebut tidak dapat menjawab dari mana datangnya wang dalam banknya itu. "Siasatan masih dijalankan. Akan ada lagi beberapa pendedahan dalam minggu-minggu akan datang," kata sumber itu. Sumber juga berkata, tidak mustahil ada ramai lagi pegawai polis yang mengumpul harta boleh pindah atau tidak boleh pindah yang bernilai jutaan ringgit. "Penyiasat juga terkejut dengan jumlah wang yang ada pada pegawai kanan ini, tetapi kami percaya banyak lagi yang akan kami temui," katanya.