Khamis, 7 Ogos 2014

Seloka untuk mu yang mengaku islamik

Kisah AlagaPAS

Konon ada satu parti Islam
Kerja poltik siang malam
Tapi perjuangan semakin Kelam
Pemimpin nya divideo pegang seluar dalam

Perjuangan suci mahu tegakan hukum
Hukum hudud menjadi zikir
Tapi dakyah nya cuma di halkum
Pemimpin sendiri Kalwat tak mampu di singkir

Maka semua orang dikira sesat
Jangan disoal jangan ditanya
Tapi sayang teramat dasyat
Orang meliwat jadi imam nya

Sebijik masjid pun tak mampu dibina
Tapi disitu lah tempat nya berceramah
Yang membina pula sentiasa dihina
Maka terpedaya lah semua ummah

Hukum Allah mahu ditegak kan
Dari dulu sampai sekarang
Tapi yang kafir amat di ikutkan
Entah betul entah temberang

Walaupun dah ujud sekian lama
Hadis dan quran sentiasa di ucap
Mengaku konon utama kan agama
Tapi sampai la ni tiada kafir yang mengucap

Walaupun ceramah merata rata
Yang tidak sokong tiada lah tempat
Tapi sayang tak bagai dikata
Yang pasti lebai nya bini empat

Sentiasa kutip wang derma
Pengikut miskin lebai yang kaya
Nak kena tipu berapa lama
Awak susah lebai berpoya

Suruh orang mati syahid sampai mati
Tak perlu mandi terus kapan
Tapi ustad nya bergilir kerumah isteri
Awak pulak yang kedepan

Sudah sudah la menipu umat
Jangan sampai kita lumat
Jangan lupa hari kiamat
Di situ di bentang segala maklumat

Tak kira imam tak kira makmum
Semua dikira sama rata
Jangan suka asik mengelamun
Tengok lah auta didepan mata