Isnin, 27 Februari 2017

Petroleum bentuk fizikalnya ialah cecair yang likat.

Petroleum (Minyak Mentah)

Pengalian minyak mentah ini melibatkan jarak pengalian yang hampir puluhan ribu kaki dari permukaan muka bumi dan ini wujudnya pembinaan pelantar minyak. Dan apabila minyak mentah ini ditemui ia dipam dari tapak galian, proses pam ini menghasilkan puluhan ribu barrel seminit.

Pelantar minyak merupakan satu rangka binaan dibuat daripada besi yang dibina di tengah-tengah laut bagi menggerudi lapisan batu di dasar laut. Pelantar minyak dibina bagi mengeluarkan minyak mentah seperti petroleum dan gas asli di tengah laut. 

Setakat ini , belasan pelantar minyak telah dibina di sekitar Laut China Selatan.

Secara asasnya, pelantar minyak ini mempunyai bangunan mini untuk penginapan para pekerja, tempat pendaratan helikopter dan tempat pemprosesan minyak mentah.

Sebelum ia ditapis menjadi produk petroleum ia dipam dari pelantar minyak dan dipindahkan ke kapal tangki untuk diangkut ke kilang penapisan. Malaysia belum mempunyai kilang penapisannya sendiri dan masih dalam proses pembinaan. 

Antara produk petroleum adalah Minyak Jet, Minyak gasoline (Minyak tanah), Petrol, Diesel, Gris, Tar,  Gas dan beberapa pecahan lagi. 

Minyak yang digali dari dasar laut dikategorikan minyak yang berkualiti tinggi kerana ia mempunyai kandungan sulfur yang rendah berbanding pengalian minyak dikawasan daratan. 

Oleh kerana minyak ini berkuali tinggi pihak kerajaan memanfaatkan ia dengan menjual hasil cali gali ini untuk mendapat pulangan yang tinggi dalam industri petroleum.

Kita pengguna petrol khususnya di Malaysia hari ini didendangkan dengan harga minyak yang tidak seiring dengan harga minyak dunia keranak kita negara yang mempunyai minyak sedangkan berulangkali diterangkan minyak negara ini dijual diluar negara kerana ia lebih menguntungkan (sebelum harga minyak jatuh)  berbanding digunakan didalam negara. Dan Malaysia membeli minyak gred sedikit rendah dari luar untuk kegunaan domestik yang tiap hari dituang kedalam tangki kereta kita. 

Kini kejatuhan harga minyak dunia mengheret industri petroleum negara kita,  kerana minyak dari Malaysia dijual dengan harga jauh lebih murah. Pulangan hasil berbanding kos pengeluaran  ini tidak dapat ditampung lagi ia memaksa mengurangkan pengeluaran minyak mentahnya. (supply and demand) 

Dahulu kerajaan bersandarkan hasil penjualan petroleum ini dalam hasil pendapatan negara ini. Kini petroleum tidak lagi menjana pendapatan negara. Satu tugas getir untuk kepimpinan hari ini. Oleh itu jangan terlalu seronok bila harga minyak dunia turun.

Ada yang tanya kenapa Malaysia tidak menapis minyaknya dan digunakan didalam negara disaat harga minyak dunia ketika ini tidak boleh menjana penapatan negara? 

Minyak dasar laut Malaysia minyak yang berkualiti tinggi dan ia sangat berbaloi dijual dan tidak sesuai digunakan didalam negara memandangkan jentera didalam negara ini memerlukan produk dari Heavy Crude yang mana ia dibeli dari Arab dengan harga yang jauh lebih murah berbanding harga jualan minyak mentah negara ini. 

Ini bukan soal keperluan Malaysia perlu memproses minyaknya untuk kegunaan domestik tetapi ia bukan keperluan untuk negara kita kerana minyak untuk kegunaan didalam negara ini sesuai dari heavy crued yang diproses disini. 

Jika mahu Malaysia memproses minyak utk kegunaan dalam negara kita terpaksa menukar jentera yang ada sekarang sesuai dengan minyak yang dikeluarkan dari dasar laut negara ini. Ibarat dulu pakai Myvi tapi kena tukar kereta jenis mcm jenis Ferrari sebab nak pakai minyak negara sendiri. (Mmg Ferrari tak boleh tuang minyak RON95)  

Lihat jentera sekeliling kita banyaknya direka sesuai dengan pengunaan minyak heavy crued kerana ia direka sesuai dengan bentuk muka bumi dan iklim negara ini meskipun ia made in Japan.  

Saya bukan pakar minyak tetapi inilah basic yang saya belajar tentang minyak di sekolah menengah belasan tahun dahulu.

*_Via FB Noor Ismail_*

Parti Munger Taiping
























Dulu dulu pauk puak ini adalah ahli Umno dan juga Perkasa. Oleh kerana mereka dilanda kekecewaan maka jadilah ahli munger.

Jika dulu benci teramat sangat dengan Dap, Pas, Pkr dan Mat Sabu, kini segalanya sudah berubah. sanggup hadir majlis anjuran DAP.

Sanggup turun menyambut konvoi Anwar Ibrahim di Penjara Taiping sewaktu Anwar dibawa dari Penjara Sungai Buloh untuk menghadiri perbicaraan saman sivil di mahkamah di Pulau Pinang.



Ahad, 26 Februari 2017

Dongeng Kit Siang Mengenai Kes Guan Eng & Mangsa Rogol



1. Agak terhibur dengan dakwaan ketua Pakatan Harapan, Lim Kit Siang bahawa anaknya, Guan Eng telah berjaya merentasi batasan kaum dan agama demi mempertahankan maruah seorang anak gadis bawah umur Melayu Islam yang didakwa telah dirogol, sehingga akhirnya menyebabkan Guan Eng dipenjarakan selama setahun.

2. Inilah satu cebisan propaganda yang yang telah digunakan berulangkali oleh DAP dalam memanipulasikan imej pemimpin mereka, supaya nampak lebih baik & mulia.

3. Mungkin Kit Siang terlupa bahawa Lim Guan Eng telah didapati bersalah oleh Mahkamah Rayuan berhubung dengan kesalahan mencetak dan mengedarkan berita palsu di bawah Akta Akhbar dan Penerbitan 1984 dan Akta Hasutan 1948, _dan bukannya kerana membela seorang gadis Melayu Islam_.

4. Kesalahan yang dilakukan Guan Eng, ialah pada awalnya, didapati bersalah dan didenda sebanyak RM 15,000 namun Guan Eng ingkar malah seterusnya memutuskan untuk memfailkan rayuan, dan pada masa yang sama berulang-kali mempersoalkan keputusan hakim-hakim tersebut di luar mahkamah. Mahkamah Rayuan akhirnya memutuskan hukuman penjara ke atas beliau.

5. Mungkin juga Kit Siang terlupa bahawa lelaki yang dituduh sebagai perogol itu telah menyaman DAP atas fitnah tersebut sehingga menyebabkan DAP mengakui di mahkamah bahawa kesemua tuduhan tersebut  sebenarnya adalah tidak berasas.

6. Mungkin Kit Siang juga terlupa bahawa _Time Magazine_ dan _Asiaweek_ juga telah menarik balik artikel mereka yang bersumberkan daripada DAP. Mereka seterusnya memohon maaf kepada lelaki tersebut.

7. Sekiranya tertuduh itu bukanlah daripada anggota parti pemerintah, pastinya mustahil untuk DAP meneruskan dakwaan tersebut kerana ianya tidak banyak memberikan kelebihan dari segi politik.

8. Seandainya Kit Siang masih berniat untuk meneruskan propaganda yang mengelirukan ini, dicabar supaya Kit Siang menamakan perogol tersebut kepada umum. Kegagalan Kit Siang untuk membuat pengumuman akan menghancurkan kredibiliti pendakwaan beliau.

9. Kit Siang juga diminta supaya menamakan gadis Melayu Islam yang *kononnya* telah dibela maruahnya oleh DAP – atau dalam hal tersebut, mana-mana gadis dari apa jua bangsa dan agama – yang dibela oleh Guan Eng, selama ini, samada sebelum atau selepas insiden yang akhirnya membawa kepada hukuman penjara tersebut.

*Lim Sian See*

Sabtu, 25 Februari 2017

Cari penyakit bila menyalahguna aplikasi media sosial.

Malaysiakini

Lelaki ditahan dipercayai keluar kenyataan hina Sultan Johor

 (Dikemaskini )
     

    Seorang lelaki berusia 57 tahun ditahan polis semalam selepas dipercayai mengeluarkan kenyataan jelik dan menghasut terhadap Sultan Johor Sultan Ibrahim Sultan Iskandar.

    Ketua Polis Johor Datuk Seri Wan Ahmad Najmuddin Mohd berkata lelaki itu ditahan susulan laporan penyalahgunaan laman media sosial mengandungi kenyataan jelik dan menghasut yang disifatkan boleh menggugat keharmonian serta kesejahteraan negara.

    Beliau berkata lelaki itu ditahan dengan kerjasama Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Klang Selatan pada 10.45 malam setelah dipercayai bertanggungjawab membuat kenyataan jelik terhadap Sultan Johor.

    "Suspek dipercayai membuat kenyataan itu melalui laman sosial Facebook... polis turut merampas sekeping kad sim dan sebuah telefon bimbit yang dipercayai digunakan oleh suspek," katanya dalam kenyataan hari ini.

    Kes itu disiasat mengikut Seksyen 233(1)(a) Akta Komunikasi Dan Multimedia 1998 yang jika sabit kesalahan, boleh didenda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya dan boleh didenda selanjutnya RM1,000 bagi setiap hari kesalahan itu diteruskan selepas pensabitan.

    Sehubungan itu, Wan Ahmad Najmuddin menasihatkan orang ramai supaya tidak menyalahgunakan mana-mana aplikasi bagi mengeluarkan kenyataan palsu dan kenyataan untuk menyakitkan hati, menganiaya mengugut dan mengganggu orang lain.

    "Sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai agama dan bangsa, sifat hormat menghormati dan kesopanan dan kesusilaan di antara satu sama lain adalah begitu penting di dalam menjamin keharmonian sesebuah negara," katanya.

    Beliau turut mengingatkan bahawa polis Johor tidak akan berkompromi dalam perbuatan sedemikian dan akan mengambil tindakan tegas ke atas pihak terbabit.

    Jumaat, 24 Februari 2017

    PRIME MINISTER NAJIB RAZAK WELCOMES KING SALMAN'S VISIT TO MALAYSIA, ANTICIPATES INCREASED TRADE LINKS AND PEOPLE TO PEOPLE TIES



    1.      This weekend, we will welcome His Majesty King Salman Bin Abdulaziz Al-Saud, the Custodian of the Two Holy Mosques, for a State Visit to Malaysia at the invitation of Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong XV, Sultan Muhammad V.

    2.      Malaysia and Saudi Arabia share strong, brotherly ties and we are honoured that His Majesty King Salman – who will be accompanied by His Royal Highness Deputy Crown Prince Mohammad bin Salman and various other dignitaries – has chosen Malaysia for his first visit to an Islamic country in the region, as well as the first to Southeast Asia since ascending to the throne.

    3.      The spiritual ties between our two countries date back centuries. For Muslim Malaysians, Saudi Arabia as the land of the Two Holy Mosques is the holiest of places and performing the Hajj is both a sacred duty and the highlight of a lifetime.

    4.      Our two countries are also bound together by strong trading links and ever increasing people-to-people exchanges.

    5.      Bilateral trade between Saudi Arabia and Malaysia has been on a strong upward trajectory in recent years, increasing by 20 percent in 2016 alone, to a total of RM13.12 billion. Today, Saudi Arabia is one of Malaysia's largest trading partners.

    6.      Saudi Arabian investment in Malaysia is expected to create thousands of jobs and we are proud that Malaysian firms have been chosen to undertake projects at some of the most prestigious locations in Saudi Arabia. This has included operating and maintaining the Al Mashaaer Al Mugaddassah Metro Southern Line in Makkah – a shuttle train exclusively for pilgrims – and working on the Jamarat Bridge and surrounding area in Mina. It is also a matter of pride for us that a Malaysian was part of the team that designed the magnificent Makkah Royal Hotel Clock Tower that faces the Masjid al-Haram.

    7.      During His Majesty King Salman's visit, we will be signing a number of new agreements and memorandums of understanding. One of these will involve two of our largest state-owned companies, Saudi Aramco and PETRONAS. These agreements will benefit our countries and our peoples.

    8.      The warmth between us is reflected by the fact that we welcomed over 100,000 visitors from Saudi Arabia last year, a record high, while students from Malaysia and Saudi Arabia benefit from studying in each others' countries.

    9.      We are also proud that Saudi Arabia and Malaysia have cooperated so strongly to maintain the well-being of, and provide leadership for, the Ummah.

    10.  Our strong mutual commitment to fighting extremism is founded on our belief in the tolerant, moderate and peaceful nature of authentic Islam. His Majesty King Salman's visit reaffirms a partnership and brotherhood built on mutual trust and respect – one that can provide an example for the Muslim world and beyond, for the benefits of our peoples, our regions and the world.

    DATO' SRI NAJIB TUN RAZAK
    PRIME MINISTER OF MALAYSIA

    SALAH GUNA DANA AWAM NEGERI SELANGOR (YAWAS) DAN KHAIRAT KEMATIAN (SMUE) LEBIH TERUK DAN KEJI



    Seluruh kepimpinan Gabungan NGO Negeri Selangor menjunjung kasih Kebawah DYMM Sultan Selangor diatas titah Baginda kepada seluruh AJK Masjid dan AJK Kariah berkenaan penggunaan Van Jenazah. Kami menyambut baik dan mengambil maklum titah DYMM Sultan Selangor bertarikh 23/2/2017.

    Pada hari ini kita dapat melihat sekumpulan penyokong-penyokong Pakatan Harapan-PPBM melalui sayap-sayap Pemuda Pakatan Harapan termasuk AMK-ARMADA-PAN-DAPSY telah mengambil kesempatan dan memanipulasi titah DYMM Sultan Selangor dengan membuat demo serta laporan Polis terhadap YBhg. Dato' Sri Jamal Md. Yunos dan Gabungan NGO Negeri Selangor.

    Tindakan ini hanyalah cubaan untuk menutup isu sebenar yang kami bawa iaitu berkenaan penyalahgunaan serta kelemahan pengurusan Dana Awam YAWAS dan SMUE oleh Kerajaan Negeri Selangor dibawah kepimpinan YAB Dato' Seri Azmin Ali.

    Penggunaan Van Jenazah hanyalah sebagai gimik dan tidak menyebabkan sebarang implikasi, susut nilai atau kerosakan samada kepada Van Jenazah tersebut atau Institusi Pengurusan Jenazah itu sendiri. Apa yang lebih teruk dan jijik adalah isu sebenar iaitu penyalahgunaan dan ketidakpatuhan dalam Pengurusan Dana Awam YAWAS dan SMUE itu sendiri. Kerana ia melibatkan urusan Khairat Kematian yang memberi kesan secara langsung kepada rakyat dan manfaat kematian berupa Wang Tunai yang dijanjikan dan diperuntukkan oleh Kerajaan Negeri.

    Pada kami hal ini lebih teruk, biadap dan satu penghinaan terhadap Institusi Agama Islam kerana mereka mengambil kesempatan atas Dana yang dikhususkan untuk Khairat Kematian bagi memudahkan keluarga dalam melaksanakan kewajipan Agama Islam iaitu mengurus jenazah sehingga selesai pengkebumian.

    *Dato' Mohd Imran Tamrin*
    Penasihat Undang-Undang Gabungan NGO Negeri Selangor
    24 Februari 2017

    Selasa, 21 Februari 2017

    Bloomberg Ramal Kuasa Politik BN Tetap Kukuh



    1. Kemenangan besar Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Tanjong Datu menggambarkan kuasa politik kerajaan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tetap kukuh.

    2. Bloomberg melaporkan, senario itu juga membayangkan pakatan pembangkang bakal berdepan cabaran yang getir untuk menewaskan BN pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU-14).

    3. Kemenangan itu merupakan khabar gembira untuk Najib ketika beliau sedang mempertimbangkan tarikh sesuai untuk mengadakan PRU-14, lapor Bloomberg menerusi portalnya, www.bloomberg.com.

    4. Menurut Bloomberg, pakatan pembangkang mula berpecah sejak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipenjarakan atas kesalahan meliwat dan sehingga kini, mereka masih gagal mencapai permuafakatan.

    5. Kemenangan besar BN dalam Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak tahun lalu turut memperlihatkan kegagalan pakatan pembangkang mempengaruhi rakyat negeri itu dengan isu 1Malaysia Development Bhd. (1MDB).

    6. Menurut Bloomberg lagi, walaupun ketika itu mereka bersatu untuk menumbangkan BN, DAP dan PKR bertindak kurang bijak dengan bertanding sesama sendiri di beberapa kerusi justeru menyumbang kepada kekalahan mereka.

    7. Sebaliknya, BN menjanjikan agenda yang lebih jelas kepada pengundi termasuk menyalurkan bantuan kepada golongan miskin dan merangka pelbagai projek pembangunan, termasuk pembinaan Lebuh Raya Pan Borneo dengan kos sebanyak RM28.9 bilion.

    8. Komitmen bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem memperjuangkan isu-isu yang dekat dengan hati pengundi Sarawak, termasuk autonomi yang lebih besar bagi negeri itu telah melonjakkan sokongan terhadap BN.

    9. Bloomberg turut melaporkan pandangan penganalisis dari Merdeka Center, Ibrahim Suffian bahawa ketiadaan ketua pembangkang yang berwibawa merupakan salah satu faktor yang menguatkan sokongan terhadap BN.

    Isnin, 20 Februari 2017

    RUU 355; DR. MAHATHIR LEBIH BAIK DIAM DARI TERUS MENYAKITI UMAT ISLAM

                                        
    1.     Tindakan Tun Dr Mahathir Mohamad yang mengambil pendirian tidak bersetuju dengan cadangan pindaan Rang Undang Undang Akta 355 yang berkaitan dengan Mahkamah Syariah dilihat sebagai lebih kepada menjaga pasangan pengantin baru mereka iaitu parti DAP.

    2.       Semua tahu bahawa DAP tidak pernah bersetuju dengan cadangan pindaan RUU berkenaan malahan anggota terbaru DAP iaitu Datuk Zaid Ibrahim telah mengepalai sebilangan orang mengadakan demo membantah cadangan pindaan itu menyerlahkan pendirian parti berkenaan.

    3.       Oleh kerana sudah bermutaah dengan DAP, Dr Mahathir sanggup mengenepikan kepentingan umat Islam yang lain.

    4.       Jika usaha mencegah jenayah di  kalangam umat Islam melalui RUU355 dianggap merugikan rakyat, apakah berdemo Bersih, amalan LGBT, pluralisme agama seperti yg disanjung anaknya Marina Mahathir membawa kebaikan pada umat ini.

    5.       Dr Mahathir menyatakan pindaan berkenaan adalah politik, tetapi yang sebenarnya Dr Mahathir juga berpolitik dalam hal kepentingan umat Islam apabila mengamalkan pendekatan tidak berstuju dengan pindaan itu.

    6.       Adakalanya, adalah lebih baik bagi Dr Mahathir  mendiamkan diri daripada membuat kenyataan yang menyingung perasaan umat Islam.

    7.       Perlu difahami bahawa RUU355 itu telah melalui proses yang panjang sebelum dibawa ke Parlimen dan himpunan puluhan ribu umat Islam yang diadakan di Kuala Lumpur Sabtu lepas adalah satu suara penyatuan yang melangkui fahaman politik.

    8.       Didalam usaha kerajaan meningikan syiar Islam di negara ini, kritikan Dr Mahathir tidak akan membantu malahan menyebabkan ramai pihak bertanya-tanya dimanakah perjuangan Dr Mahathir demi agama.

    9. Bagi memberi penerangan dengan lebih berkesan kepada orangr amai, saya mencadangkan Pemuda UMNO Negeri i untuk bermuzakarah dengan PAS dan beberapa NGO. Usaha penerangan perlu dipergiatkian kepada rakyat pelbagai bangsa supaya pemahaman mereka lebih jelas daripada dirundung persepsi buruk  akibat daripada mainan politik tidak sihat sesetengah pihak.

    Syed Mohd Johan Rizal Syed Unan Mashri
    Naib Ketua Pemuda UMNo Alor Setar
    Pengerusi Kelab Belia Darul Aman

    Himpunan RUU355 Lebih Bertamadun Dari Demo BERSIH



    Himpunan Rang Undang-Undang (RUU) 355 Sabtu lepas di Padang Merbok terbukti berjalan lancar dan penganjurannya lebih bertamadun dari demonstrasi Bersih 4 dan Bersih 5. 

    Biarpun berlangsung sejak pukul 2.30 petang sehingga pukul 11 malam, tidak ada sebarang provokasi dilakukan oleh para peserta malahan mereka setia duduk di atas padang mengikuti aturcara program yang dijalankan pihak penganjur iaitu PAS.

    Pada Himpunan RUU355, tidak ada pihak polis yang terpaksa menahan peserta, kerana pergerakan masuk dan keluar dari Padang Merbok begitu lancar dengan orang ramai yang hadir dan beredar dari lokasi himpunan begitu lancar dan teratur. Polis tidak dirempuh seperti demo Bersih.

    Biarpun cuaca panas dan lokasi parkir kereta agak jauh dan terpaksa berjalan kaki, tidak ada pun kedengaran rungutan atau provokasi dari pihak tertentu yang tidak berpuas hati dengan penganjuran berkenaan.

    Berbanding himpunan Bersih, lokasi perhimpunan ada yang dijadikan medan remaja berbuat maksiat. Ada juga aksi hubungan sesama jenis yang dilarang dalam Islam sesama demo Bersih. Tidak ada bendera LGBT dan kelibat geng homoseksual dalam perhimpunan RUU355 .

    Ketika Himpunan RUU355, para peniaga di sekitar ibu negara juga tidak sampai menutup perniagaan mereka sepanjang perhimpunan kerana tidak bimbang premis mereka dirosakkan seperti dalam perhimpunan Bersih yang anjuran Ambiga dan DAP.

    Paling menarik ialah, pihak yang bersolat jemaah di Padang Merbok, bersolat dengan arah kiblat yang betul dan mereka berjemaah beramai-ramai di atas Padang Merbok.

    Ketika himpunan Bersih, peserta Bersih bersolat mahu menunjuk-nunjuk sehingga arah kiblat berbeza beza di lokasi himpunan berkenaan. 

    Tiada pergaduhan atau perkelahian yang berlaku malahan tidak ada pun kereta peronda Polis yang rosak angkara provokasi dalam kalangan peserta perhimpunan RUU355.

    Bagi seorang Penganalisis Politik dari Universiti Malaya, Dr Awang Azman Pawi, beliau percaya Himpunan RUU355 mencerminkan aspirasi rakyat dan bukti kekuatan PAS.

    "Kehadiran itu menunjukkan sokongan akar umbi terhadap pindaan yang dicadangkan itu, terutamanya penyokong PAS yang terdiri daripada orang Melayu Islam yang ramai jumlahnya," katanya.

    Beliau berkata, ia juga jelas yang NGO Islam menunjukkan diri mereka sebenar pada himpunan itu.

    "Terdapat sokongan daripada NGO Islam yang selama ini memilih mendiamkan diri tetapi kini mengambil keputusan menunjukkan sokongan terbuka terhadap pindaan itu," katanya.

    Sudah pasti dari segi angka Himpunan RUU355 sudah menang. 50,000 orang berkumpul berbanding Bersih 5 hanya dalam 20,000 sahaja. Himpunan RUU355 lebih tamadun kerana tiada langsung caci maki pada pemimpin, berbanding demo Bersih yang penuh kata nista dan maki hamun.

    Himpunan RUU355 ini telah menghantar satu mesej kuat pada DAP bahawa PAS masih lagi kuat. Hantar mesej bahawa PAN adalah lemah. 

    DAP tentu termenung  panjang melihat angka dan kesan Himpunan RUU355 ini.  DAP akan rangka strategi baru selepas ini. Dengarnya akan ada himpunan balas melawan RUU355 dengan lebih besar lagi pada 18 Mac ini. Benarkah?


    Q & A mengenai RUU 355


    Mencuri dan Merompak. Sekarang inipun 4 jenis kesalahan ini yang melibatkan dosa peribadi (Zina, Qazaf, Minum Arak dan Murtad) sudah ada peruntukan undang-undang di bawah kuasa negeri-negeri. Akta 355 tidak melibatkan kesalahan jenayah awam seperti mencuri dan merompak yang merupakan bidang kuasa Persekutuan. Jadi pindaan RUU hanya melibatkan peruntukan kesalahan-kesalahan sedia ada dalam enakmen jenayah negeri-negeri.

    8. Ketidakadilan akan berlaku jika terjadi kejadian rogol yang melibatkan orang Islam dan Bukan Islam. Orang Islam dihukum di Mahkamah Syariah manakala bukan Islam di Mahkamah Sivil.

    Jawapan:

    Rogol bukan merupakan kesalahan jenayah di bawah bidang kuasa Negeri kerana ia terletak di bawah kuasa Persekutuan khususnya undang-undang Penal Code atau Akta Kanun Jenayah Persekutuan.

    9. Perlaksanaan Hudud akan mewujudkan situasi rakyat berhadapan dengan dua set perundangan berkaitan jenayah yang bertentangan Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

    Jawapan:

    Soalan ini tidak relevan kerana pindaan RUU Akta 355 tiada kaitan dengan Hudud mahupun hukuman jenayah di bawah Bidang Kuasa Persekutuan. Jadi tiada isu pertentangan dengan mana-mana Bahagian dalam Perlembagaan Persekutuan.

    10. Kenapa bukan Pihak Kerajaan yang membentangkan RUU untuk meminda Akta 355?

    Jawapan:

    Kerajaan terikat dengan proses dan tertib apabila melibatkan pemerkasaan Mahkamah Syariah. Keutamaan ketika ini adalah untuk menaikkan taraf Mahkamah Syariah daripada 3 peringkat kepada 5 peringkat sebagaimana Mahkamah Sivil. Untuk itu, Menteri perlu mengadap semua Sultan-Sultan atau Raja Melayu untuk mendapat perkenan kerana kuasa agama terletak dibawah kuasa Raja-Raja Melayu. Setakat ini ada di kalangan Negeri yang belum bersetuju. Jika semua bersetuju barulah boleh dibentangkan di peringkat Majlis Raja-Raja Melayu sebelum dibawa ke Parlimen.

    Dengan kata lain, walaupun Akta 355 adalah undang-undang Pesekutuan, namun ia adalah berkait secara langsung dengan bidangkuasa Mahkamah Syariah yang terletak di bawah Kuasa Sultan/ Raja-Raja. Terdapat banyak tertib langkah yang perlu dilalui oleh Menteri termasuk meyakinkan Jemaah Menteri yang terdiri dari Parti-parti bukan Islam. Justeru bagi mengelakkan kesukaran yg mungkin boleh menjejaskan perjalanan proses pindaan Akta 355 itu, adalah lebih mudah prosesnya jika ia dimulakan sebagai Usul Persendirian. Jika Dewan Rakyat meluluskannya untuk dibahaskan ia adalah kemahuan majoriti Rakyat dan bukannya kemahuan Kerajaan semata-mata. Kemahuan ini tidak sekali-kali menyentuh kuasa Raja-Raja kerana apa pun tahap maksimum hukuman yang diluluskan, pindaan muktamad masih perlu dilakukan di peringkat DUN.

    Dalam konteks tertib yang sama berkaitan peningkatan Kuasa Hukuman Mahkamah Syariah yang hendak diperkasakan, Kerajaan terikat dengan prosedur serupa. Walau bagaimanapun Parti PAS dalam konteks ini tidak terikat dengan prosedur ini dan mereka bersungguh-sungguh mahu dipercepatkan RUU ini dibentangkan.

    Dr Asyraf Wajdi Dusuki adalah Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama Islam)

    Khamis, 16 Februari 2017

    Mahfuz lawan Nik Amar

    Kenyataan Media

    *APA KHABAR NIK AMAR? : HALAU SAYA KELUAR PAS TAK PA..TAPI JANGAN TERLAJAK HALAU ORANG ASLI KELUAR DARI KELANTAN*.

    1. Tidak saya sangka kenyataan saya berkaitan pendirian PAS tidak akan kerjasama dengan mana-mana parti yang mempunyai hubungan dengan parti AMANAH dan DAP mendapat perhatian Naib Presiden PAS, Yang Berhormat Datuk Nik Amar dengan kenyataan yang amat *_memalukan PAS_*.

    2. Kenyataan Datuk Nik Amar yang menghalau saya keluar dari PAS amat mengejutkan kerana ia memperlihatkan watak *_'gedebe'_* beliau.

    Sewajarnya beliau dengan latar belakang seorang pensyarah universiti serta berpendidikan Islam *_tidak membawa sifat 'menghalau' hanya kerana ahli PAS seperti saya  mengambil tanggungjawab menegur parti_* dengan pandangan yang berbeza dari pimpinan dan pendirian parti.

    Sepatutnya beliau membawa watak *_matang,sejahtera ,damai dan bukannya menghalau_*. Tanamkan perasaan kasih sayang, ingat mengingati supaya perasaan kekeluargaan sentiasa tersemai dalam Parti Islam Se-Malaysia (PAS).

    Saya ingin menasihati Nik Amar tetapi siapalah saya, saya cuma ahli biasa.Kepada semua pemimpin tertinggi fahamilah perasaan 'anak-anak' anda, bukan "sayang semasa berada, dan menyingkirkan ketika tiada".

    3. Jangan mengulagi apa yang dah berlaku. " *_Dulu  halau ahli PAS (Kump 18),apabila mereka keluar lebelkan pula mereka sebagai pengkianat,selepas tu panggil balik masuk PAS_*".

    Kenyataan saya tidak mengecam PAS atau pimpinan PAS.Sebaliknya kenyataan saya itu adalah kerana *_saya sayangkan PAS dan sayangkan negeri Kelantan_*.

    *SELAMATKAN KELANTAN*

    4. Saya sangat bimbang dengan keengganan PAS bersama rakan-rakan pembangkang dalam satu pakatan besar (grand coalition) boleh menyebabkan  *_PAS kehilangan Kelantan_*.Begitu juga dengan kedudukan PAS di Selangor setelah PAS membuat keputusan untuk tidak kerjasama dengan mana-mana parti yang ada hubungan kerjasama dengan AMANAH dan DAP.

     *_Kalau PAS boleh kerjasama dengan Semangat 46 yang terlibat menjatuhkan kerajaan PAS dan BERJASA parti serpihan PAS yang pernah kianati PAS pada tahun 1978 sehingga PAS di Kelantan tinggal 'batu nisan'_*,kenapa hari ini PAS tidak boleh berkerjasama dengan AMANAH dan parti-parti lain.

    5. Kenyataan saya harus dilihat oleh beliau sebagai mewakili suara ahli-ahli biasa yang tidak gembira dengan cara politik PAS sekarang. *_Ramai ahli,penyokong dan pengundi PAS yang tidak senang dengan pendekatan politik PAS_* yang dilihat menjarakkan PAS dari arus perdana politik tanahair dan rakyat terbanyak yang mahu meranapkan kerajaan 'Kawaqtokrasi' (Klaptokrasi) Umno dan Bn pada PRU14 nanti.

    *JANGAN MATIKAN KRITIKAN*

     *_Adakah ahli yang menegur semua kena keluar PAS_* kerana menegur parti sendiri secara terbuka? *_Apakah budaya tegur menegur sudah mati dalam PAS?_*.

    Untuk Datuk Nik Amar dan lain-lain pimpinan (PAS),jangan membina persepsi rakyat terhadap PAS andai memerintah negara suatu hari nanti maka PAS tidak boleh ditegur dan dikritik.

    6. Saya amat gembira jika Datuk Nik Amar dapat urus Kelantan dengan baik dan cemerlang.Uruslah Orang Asli,Pasar Pasir Puteh,banjir lumpur di Temangan,KPK dan lain dengan penuh kesungguhan demi kemakmuran rakyat Kelantan. 

    Harapan saya dan juga rakyat terhadap Datuk Nik Amar adalah *_jangan dihalau pula Orang Asli keluar dari Kelantan_* kerana masyarakat Orang Asli juga tidak setuju dengan beberapa tindakan Kerajaan Kelantan akhir-akhir ini.

    *Terima Kasih Datuk Nik Amar* kerana halau saya.InsyaAllah saya akan terus bawa suara akar umbi PAS demi cinta serta sayang terhadap parti PAS.

    Jangan pernah mengira kejayaan yang telah kita dapatkan bukan sekadar kekuatan PAS sendiri saja, *kejayaan diperoleh PAS kerana sejak tahun 1990 parti-parti pembangkang di Malaysia mula merapatkan kerjasama* menghadapi Barisan Nasional dalam pakatan-pakatan yang lebih padu (kohesif) dan meyakinkan.

    Usaha PAS menunjukkan kesepakatan dalam pakatan besar pembangkang (Pakatan Rakyat) menghadapi Barisan Nasional, telah menyaksikan PAS, PKR dan DAP mendapat kejayaan besar dan muncul sebagai pakatan paling padu (kohesif) dalam sejarah terkini sejak Angkatan Perpaduan Ummah (APU) dan Barisan Alternatif.

    Sewajarnya pendekatan ini perlu diteruskan untuk *menggarap semua kekuatan di dalam sebuah pakatan besar*. Justeru untuk mengekal kemenangan serta membina satu gabungan pembangkang yang kuat, *PAS perlu bersama dengan pelbagai parti-parti* yang punya pelbagai sejarah, latar belakang dan asas perjuangan termasuk *wadah-wadah baru seperti AMANAH dan PPBM* supaya parti-parti ini termasuk Pas bersama di dalam satu pasukan besar pembangkang melawan untuk meranapkan Umno Barisan Nasional pada pru14.

    #BiarJasaJadiKenangan
    #SayangiIslamRahmatanLilalamin
    #SayangiMalaysiaUntukSemua
    #SayangiRakyat
    #TakMauUmnoBn


    *DATO' HJ MAHFUZ HJ OMAR*
    Ahli Parlimen Pokok Sena
    01:00pm Taman Alwalid Alor Setar
    16 Feb 2017/19 Jamadilawal 1438H

    Rabu, 15 Februari 2017

    Siasatan kehilangan wang diteruskan

    Terkini! Kabinet hari ini bersetuju menubuhkan sebuah Task Force untuk menjalankan siasatan awal berkenaan kerugian urus niaga mata wang asing oleh Bank Negara Malaysia pada sekitar tahun 1990-an.

    #PRKTjgDatu: Masalah Setempat Semakin Berjaya Diatasi Oleh Kerajaan Negeri



    Memasuki hari ke 12 kempen Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu, boleh dikatakan banyak masalah setempat yang berbangkit sebelum ini telah berjaya diatasi oleh kerajaan negeri Sarawak.

    Malah kehadiran Menteri Pendidikan, Datuk Seri Mahdzir Khalid ke Sekolah Menengah Kebangsaan Lundu kelmarin ternyata  membawa berita gembira kepada  penduduk di Tanjong Datu dan Sarawak secara amnya.

    Dalam kunjungan singkatnya, beliau mengumumkan lebih RM4 juta telah diperuntukkan bagi membina fasiliti baru dan membaik pulih empat buah sekolah di kawasan ini.

    Di samping itu, pihak kementerian bersama-sama kerajaan negeri juga sedang merangka pelan terbaik untuk membaik pulih atau membina blok baru kepada 183 sekolah yang dikenal pasti sebagai daif dan berada pada kategori C di seluruh Sarawak.

    Perdana Menteri juga baru-baru ini mengumumkan peruntukan RM129 juta untuk membangunkan sistem perkhidmatan bekalan air yang akan memberi manfaat kepada seluruh penduduk di DUN Tanjung Datu. 

    Tidak cukup dengan itu, beliau turut mengarahkan pembinaan jambatan yang menghubungkan Telok Melano dengan Sematan disegerakan dan projek ini bernilai RM580 juta.

    Di samping itu, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Openg juga telah mengarahkan Timbalan beliau, Datuk Seri Douglas Unggah Embas untuk menyegerakan penyelesaian membabitkan tuntutan hak tanah adat (NCR) sepertimana yang dimahukan oleh bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Haji Adenan Satem.

    Tidak cukup dengan itu, komitmen yang dinyatakan oleh Ketua Menteri Sarawak untuk meneruskan semua projek pembangunan di Tanjong Datu, nyata melegakan semua penduduk di sini. 

    Apa yang beliau harapkan hanyalah mandat yang besar diberikan kepada calon Barisan Nasional (BN), Datuk Amar Jamilah Anu untuk meneruskan kesinambungan pembangunan yang diilhamkan oleh Allahyarham Tok Nan.

    Kini, terpulang kepada penduduk di DUN Tanjong Datu untuk menilai sendiri, parti mana yang memperjuangkan nasib mereka dan meneruskan usaha pembangunan yang kini giat dijalankan oleh kerajaan pusat dan juga negeri.

    Ada diantaranya sudah siap terbina dan ada diantaranya sedang dalam pembinaan atau berada diperingkat perancangan akhir. 

    Rakyat boleh menilai, betapa slogan Rakyat Didahulukan oleh Perdana Menteri benar-benar dilakukan.


    Selasa, 14 Februari 2017

    Ahli Parlimen DAP, Teresa Kok mendakwa jika sesiapa melakukan kesalahan dalam parti itu sudah lama dipecat.



    Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada 30 Jun lalu didakwa di mahkamah atas dua pertuduhan rasuah dan masih lagi memegang jawatan itu.

    Jeff Ooi yang menghina kematian Allahyarham Datuk Dr Haron Din tidak pernah dikenakan tindakan. Begitu juga dengan Nga Kor Ming yang menghina sambutan Aidilfitri dan pernah menghina Islam.

    Teresa Kok memberi gambaran bahawa rasuah, menghina Islam, menghina kematian seseorang, menghina sambutan Aidilftiri adalah bukan salahlaku dan dibenarkan dalam parti DAP.

    Jika anda mahu parti yang menyokong salahlaku, sertai DAP.

    Sumber: My Nation News

    Selepas Ditentang Jawatan TPM, Kit Siang Berkira Kira Pula Jadi CM Penang.



    SELEPAS perjanjian sulit antara Lim Kit Siang dan Dr Mahathir Mohamad terdedah kepada umum, rakyat sudah mula nampak permainan politik keluarga antara dua 'dinasour' politik tanah air itu.

    Bukan sahaja penyokong kerajaan, malah pendedahan itu juga membuatkan ramai dari kalangan pendokong agenda pembangkang sudah mula sangsi dan ragu-ragu terhadap Kit Siang.

    Mana tidaknya, sejak Mac 1966 lagi, agenda DAP adalah untuk mengangkat pemimpin utama mereka sebagai Perdana Menteri, selaku pemerintah tertinggi di Putrajaya. 

    Perjuangan DAP untuk menjadi Perdana Menteri muncul dan tersemai sejak penubuhan awal DAP di Malaysia. Itulah visi DAP di Malaysia. DAP mahu ikut jejak PAP di Singapura yang menguasai kerajaan di sana secara sepenuhnya.

    Namun, Kit Siang seolah-olah mengadaikan kepercayaan, kesetiaan dan agenda sebenar DAP ini dengan kehadiran Mahathir dalam pakatan pembangkang.

    Ramai kalangan veteren DAP marah bila Kit Siang berpakat balik dengan Mahathir. Luka lama berdarah kembali. Ada yang masih berbekas dendamnya pada Mahathir.

    Kit Siang dimarah dan ditentang oleh veteren DAP kerana hanya sekadar mahu jawatan TPM semata mata. Malah lebih memalukan bersekongkol dengan Mahathir untuk beri laluan anak Mahathir menjadi PM.

    Ini telah mewujudkan keretakan teruk dalam DAP. Dalam masa yang sama, veteren DAP masih menyoal kenapa Ibrahim Ali tidak masuk sekali dalam PPBM dan masih lagi menyerang DAP secara terbuka? 

    Apakah Ibrahim Ali sedang dipergunakan sebagai senjata sulit Mahathir untuk serang DAP? 

    Turut menjadi semakin parah apabila desas desus menyatakan bahawa, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng bakal dimasukkan ke dalam penjara atas pertuduhan skandal rasuah di Pulau Pinang.

    Ia menjadi bertambah kucar kacir setelah sumber dalaman mendedahkan, Ketua Menteri itu akan menyerahkan baton Ketua Menteri kepada ayahnya sendiri iaitu Kit Siang.

    Dipercayai, Kit Siang bakal bertanding di mana-mana kawasan 'mudah menang' di Pulau Pinang dan akhirnya berpotensi untuk diangkat menjadi Ketua Menteri kelima menggantikan Guan Eng.

    Juga difahamkan menurut sumber terdekat, bekas ADUN Kota Laksamana yang juga isteri kepada Guan Eng, iaitu Betty Chew Gek Cheng dikhabarkan bakal membuat 'come back' ke negeri Hang Tuah tersebut.

    Manakala, tempat Kit Siang sedia ada pula, dikatakan akan diganti oleh ahli DAP baru, Datuk Zaid Ibrahim bagi tujuan mengekalkan kerusi Parlimen Gelang Patah milik DAP.

    Semua percaturan yang diperoleh dari sumber dalaman ini dipercayai menjadi penyebab mengapa 4 wakil rakyat DAP Melaka bertindak keluar parti, manakala diramalkan terdapat lebih ramai pemimpin dan ahli DAP kini sedang menunggu tarikh untuk turut berbuat demikian.

    CEC DAP yang sudah bertahun tidak selesai, kemasukan Mahathir dan monopoli keluarga Kit Siang jadi nanah terbesar dalam DAP sekarang. Lava nanah itu sudah mengalir di Melaka dan bakal meletup di beberapa negeri lain dalam masa terdekat.

    Apapun, bersediakah rakyat Pulau Pinang untuk menerima Ketua Menteri kelima secara penyerahan baton ini? 

    Kemanakah maruah rakyat Penang bila buat sekian kali dibuli oleh orang luar untuk jadi Ketua Menteri Penang. Apakah tiada anak Penang yang layak?

    Juga, sanggupkah para penyokong DAP menerima monopoli berterusan keluarga Lim ini di Penang? 

    Dalam PKR, bila masuk penjara jawatan bertukar dari suami ke isteri. Dalam DAP, bula masuk penjara jawatan bertukar dari anak ke bapa. 


    Ahad, 12 Februari 2017

    Rafizi Ramli buat hal lagi

    Rafizi Ramli buat kerja biasa beliau kononnya merujuk kepada kenyataan PTPTN mengenai kelewatan pembayaran "elaun" kepada siswazah di 11 universiti yang dilaporkan baru baru ini:
    https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=1417399351627901&substory_index=0&id=145165568851292

    Pertama sekali kita rujuk kenyataan asal yang dikeluarkan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) dua hari lepas tentang kelewatan pembayaran PINJAMAN, bukan "elaun" kepada siswazah bagi 11 universiti awam:
    https://m.facebook.com/permalink.php?story_fbid=1265544596866359&id=158689257551904&substory_index=0

    Kenapa berlaku kelewatan pembayaran?

    Baca balik betul-betul apa yang PTPTN tulis:

    "PENANGGUHAN INI DISEBABKAN OLEH PTPTN MASIH BELUM MENERIMA MAKLUMAT PENGESAHAN STATUS PENGAJIAN PELAJAR DARIPADA UA YANG TERLIBAT"


    Kenapa Rafizi Ramli tidak menerangkan tentang maklumat pengesahan status pengajian yang PTPTN lambat terima daripada 11 Universiti Awam yang tersenarai?

    Sebab dia memang berniat tidak baik untuk menimbulkan kebencian mahasiswa dan orang ramai kepada kerajaan. Segala pendedahan beliau tidak pernah kerana mencari kebenaran. Tetapi hanyalah untuk menimbulkan rasa marah, benci dan gusar kepada orang ramai.

    LOKASI TANAH DITENGAH BANDAR MENJADIKAN IANYA TIDAK STRATEGIK UNTUK SEBUAH PENGKALAN UDARA



    Sibuk golongan yang kurang kebolehan berfikir memainkan sentimen kerajaan menjual aset strategik pertahanan negara kepada negara luar akibat 1MDB.

    Kononnya, 1MDB telah membeli tanah tersebut dengan harga yang murah dan menjualkannya kepada China dengan harga yang tinggi untuk memulangkan balik wang rakyat sebanyak RM42 billion yang hilang. Maka, tanah milik Tentera Udara DiRaja Malaysia itu kini dimiliki oleh China.

    Dari kedua-dua perenggan di atas, dapatlah kita membuat rumusan bahawa ada TIGA butiran utama yang dikaitkan dengan penukaran Pangkalan Udara Kuala Lumpur kepada Bandar Malaysia :

    1. Bida'ah Pertama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur Adalah Aset Strategik Pertahanan

    Ada seorang pengguna Twitter baru-baru ini mengutarakan kisah yang sama: Pangkalan Udara Kuala Lumpur adalah satu aset strategik pertahanan kerana ianya satu-satu pangkalan tentera udara di dalam sebuah bandaraya.

    Apabila saya bertanya apakah yang dimaksudkan dengan 'strategik' beliau tidak menjawab hingga ke hari ini.

    Baiklah.  Mari kita bincangkan betapa strategiknya pangkalan tersebut.

    Pangkalan Udara Kuala Lumpur merupakan pangkalan terakhir di mana saya bertugas sebelum menamatkan tauliah jangka pendek dalam perkhidmatan TUDM lebih 20 tahun yang lalu.  Pada waktu itu, tepi landasan kapal terbang berada agak jauh dari Lebuhraya Kuala Lumpur-Seremban. Saya sering gunakan bahagian rumput di tepi landasan tersebut di waktu petang setelah operasi udara harian di pangkalan tersebut tamat untuk membawa anak saya terbang menaiki pesawat ringan jenis Buckeye.

    powered_parachute

    Pada tahun 1975, semasa jalanraya masih berada jauh dari bahagian tepi landasan, pengganas dari Parti Komunis Malaya telah melancarkan serangan mortar terhadap pesawat-pesawat Caribou milik TUDM yang berada di pangkalan tersebut, merosakkan dengan teruk salah sebuah pesawat tersebut manakala empat lagi mengalami kerosakan kecil.

    Sekiranya anda memandu dari arah Seremban menghala ke Kuala Lumpur anda boleh lihat betapa hampirnya kini lebuhraya dengan tepi landasan tersebut.  Anda tidak perlu lagi berada jauh sekiranya ingin melakukan khianat terhadap aset-aset serta bangunan-bangunan yang berada di dalam pangkalan tersebut.

    Panjang landasan di PU Kuala Lumpur tidak pernah berubah sejak ianya dibina pada tahun 1952 iaitu sepanjang 3,934 kaki. Semasa saya bertugas, pesawat taktikal sayap kaku yang diterbangkan dari sini adalah pesawat DHC-4 Caribou yang mempunyai jarak berlepas sepanjang 910 kaki, dan pesawat amfibian Grumman HU-16 Albatross yang memerlukan jarak 1.700 kaki untuk berlepas.

    Kedua-dua buah pesawat telah dilucut tauliah semasa saya masih bertugas.

    Kini, pesawat angkut yang digunakan oleh TUDM adalah lebih besar dari pesawat Caribou.  Pesawat A400M memerlukan jarak  berlepas minima sepanjang 3,215 kaki manakalah pesawat C-130H memerlukan 3,586 kaki.  Walaupun cukup untuk berlepas, landasan tersebut tidak cukup panjang untuk kedua-dua jenis pesawat membuat pemberhentian cemas dengan selamat.

    Tambahan pula, Nombor Klasifikasi Beban (LCN) iaitu kategori kekuatan beban landasan di PU Kuala Lumpur ialah 40. Walaupun pesawat C-130H hanya memerlukan LCN 37 untuk tarmac/asphalt, pesawat A400M perlu mempunyai lebih dari 49.

    Maka, PU Kuala Lumpur hanya mampu menerima pesawat-pesawat ringan tanpa menjejaskan keselamatan pesawat dan struktur landasan.

    Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)
    Mendarat di Runway 22, Pangkalan Udara Kuala Lumpur (Simpang)

    Gambar di atas di ambil sekitar tahun 2001.  Bahagian berumput di sebelah kiri gambar kini hanya tinggal setengah akibat pembesaran Lebuhraya KL-Seremban dan Lebuhraya SMART.  Jalan di latar depan gambar ini ialah Jalan Istana yang berhubung dengan Lebuhraya Sultan Iskandar (Lebuhraya Mahameru).  Kini ada satu jejambat yang lebih tinggi dibina di situ.

    Di latar belakang gambar atau di hujung landasan tersebut adalah satu tebing di mana landasan Keretapi Tanah Melayu dan juga ERL lalu.  Tebing tersebutlah yang menjadi suatu halangan yang boleh memberi akibat yang buruk sekiranya pesawat angkut A400M atau C-130H terpaksa membatalkan perlepasan.

    Lain-lain halangan yang kini berada di situ ialah sebuah bangunan berketinggian hampir 60 meter berada 1.86km di hadapan landasan tersebut.Enam buat tiang lampu yang berada betul-betul di bawah pesawat yang ingin membuat pendaratan di Landasan 22; pokok-pokok milik persendirian berketinggian 55 meter juga di bawah pesawat sebelum mendarat; menara kabel tension tinggi berketinggian 105 meter di sebelah timur landasan; dua buah menara telekomunikasi berketinggian 35 meter dan 76 meter juga dalam laluan pendaratan pesawat.

    PU Kuala Lumpur juga tidak mempunya kemudahan penyimpanan dan pengisian minyak yang sempurna.  Sekiranya anda menerbangkan pesawat ringan persendirian mahupun milik kelab dari situ maka anda perlu terbang ke Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah di Subang untuk mengisi minyak sebelum pulang semula ke PU Kuala Lumpur.

    Ditambah pula dengan keadaan lalulintas di sekitar kawasan PU Kuala Lumpur yang sememangnya sesak, adakah anda masih menganggap pangkalan udara ini sebuah aset yang strategik?

    2. Bida'ah Kedua: Memulangkan Balik Wang Rakyat RM42 billion Yang Hilang

    Wang siapa yang hilang?

    Wang rakyat?

    Sudah tentu bukan.

    RM42 billion adalah jumlah wang yang dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi luar negara untuk melaksanakan projek-projek di dalam negara.  Ianya berbeza dengan kehilangan berbillion wang yang diperuntukkan oleh PETRONAS untuk membantu kaum Bumiputera melalui Bank Bumiputera Malaysia Berhad (BBMB) semasa pentadbiran 22 tahun seseorang yang kini mudah lupa.  Wang BBMB tersebut telah diberi pinjam kepada orang luar untuk projek hartanah di luar negara yang tiada kaitan langsung dengan rakyat Malaysia mahupun kaum Bumiputera.

    Jika wang RM42 billion yang kononnya hilang itu dipinjam oleh 1MDB dari institusi-institusi kewangan luar negara, bagaimana mungkin wang tersebut datangnya dari rakyat?

    Untuk makluman semua, cerita RM42 billion ini adalah merupakan cerita basi yang dimainkan semula akibat kehabisan modal untuk terus menipu rakyat.  1MDB telahpun melangsaikan segala hutang awal tahun 2016 lagi!  Malah, 1MDB dapat membuat lebihan berjumlah RM2.3 billion lagi.  Maka, hentikanlah dari berbohong atau bersubahat menyebarkan pembohongan melainkan anda memang tidak percaya kepada Tuhan.

    3. Bida'ah Ketiga: Tanah Milik TUDM Kini Milik China

    Bagi saya, saya kurang faham bagaimana cerita bodoh ini boleh dipercayai ramai seperti juga cerita 700,000 bakal warganegara baru Malaysia yang berasal dari China.

    Bagaimanapun, saya akur Tuhan tidak menjadikan kita ini semua sama kalau tidak hidup ini akan menjadi bosan.  Oleh itu saya amat terhibur dengan cara mereka yang mempunyai daya pemikiran yang sama seperti katak puru yang tersenarai sebagai salah satu dari empat binatang terbodoh di dunia.

    Seingat saya, angka 700,000 yang dibawa oleh U-Turn Mahathir ini adalah angka yang sama didakwa oleh bekas Senator Chong Eng Leong dari Sabah telah menerima kad pengenalan Malaysia semasa pentadbiran U-Turn Mahathir.  Chong Eng Leong mendakwa bahawa Projek IC semasa pentadbiran U-Turn Mahathir telah memberi kad pengenalan Malaysia kepada 700,000 orang asing yang mana seramai 200,000 adalah pengundi berdaftar di negeri Sabah.

    Siapa sebenarnya yang memiliki tanah milik TUDM ini?

    Mari kita lihat pecahan pemilikan tanah tersebut:

    40 peratus adalah milik Ministry of Finance Incorporated (MOF Inc), sebuah syarikat di bawah Kementerian Kewangan Malaysia;
    22 peratus adalah milik Credence Resources Sdn Bhd., sebuah syarikat swasta milik warganegara Malaysia;
    14 peratus adalah milik Kumpulan Prasarana Rakyat Johor Sdn Bhd (KPRJ); dan,
    24 peratus milik China Railway Engineering Corporation yang akan membina terminus High-Speed Rail di situ.
    Ini bermakna, 54 peratus milik syarikat-syarikat kerajaan dan 46 peratus milik swasta (22 peratus milik swasta Malaysia dan 24 peratus milik swasta China).

    Ini juga bermakna 76 peratus Bandar Malaysia adalah milik Malaysia manakala 24 peratus adalah milik China.

    Jadi di mana mungkin China memiliki tanah bekas milik TUDM?

    Dan murahkah nilai tanah TUDM yang dibeli oleh 1MDB?

    1MDB membeli tanah tersebut pada harga RM400 juta.  Namun sebagai ganti, 1MDB perlu membina sebuah Pangkalan Udara untuk unit-unit TUDM dari PU Kuala Lumpur ditempatkan.  Selain pangkalan udara yang baru, 1MDB juga perlu membina TUJUH buah lagi pangkalan tentera  menjadikan jumlah keseluruhan LAPAN buah pangkalan tentera berjumlah sekitar RM1.6 billion. Jumlah keseluruhan = RM2 billion.

    Bayangkan apa yang boleh memanfaatkan kita dengan jumlah RM2.5 billion pinjaman yang lesap di Hong Kong semasa pentadbiran U-Turn Mahathir!

    Fikir-fikirkanlah!

    Sabtu, 11 Februari 2017

    #PRKTjgDatu : Manifesto BN Meneruskan Usaha Tok Nan Bawa Perubahan Di Sarawak



    Bagi setiap pilihan raya, antara perkara yang sering diberikan tumpuan oleh semua pihak adalah manifesto yang bakal menentukan hala tuju perjuangan sesebuah parti.

    Semalam, Ketua Menteri Sarawak, Datuk Amar Abang Abdul Rahman Zohari Tun Abang Haji Openg telah merasmikan manifesto Barisan Nasional Sarawak bagi Pilihan Raya Kecil N03 Tanjong Datu di Dewan Masyarakat Lundu.

    Sebanyak 17 perkara telah digariskan oleh kerajaan negeri bagi memangkinkan pembangunan DUN Tanjong Datu dan seluruh Sarawak secara amnya. 

    Sebanyak RM863.2 juta telah diperuntukkan untuk DUN Tanjung Datu bagi membangunkan 600  projek yang menyaksikan aspirasi pembangunan yang dirangka oleh Allahyarham Datuk Patinggi Tan Sri Adenan Satem dapat diteruskan.

    Melihat kepada senarai panjang manifesto Barisan Nasional Sarawak serta jumlah yang diperuntukkan untuk membangunkan DUN ini, boleh dianggap ia adalah menyambung legasi dan perancangan yang telah dirangka demi kebajikan penduduk setempat.

    Semua aspek telah digariskan oleh kerajaan negeri termasuklah pelbagai isu berbangkit seperti isu tuntutan tanah adat (NCR), penambahbaikan kemudahan asas seperti bekalan air dan elekterik, pendidikan, kesihatan dan juga pembangunan infrastruktur yang kesemuanya bakal memberi manfaat jangka panjang buat penduduk di Tanjong Datu.

    Secara tidak langsung menggambarkan komitmen jitu kerajaan negeri untuk meneruskan apa yang telah dirancang sebelum ini.

     Ia juga telah menjawab pelbagai persoalan samada kerajaan negeri hari ini mahu ataupun tidak meneruskan segala yang dirancang.

    Paling utama, tiada satu kaum atau etnik akan ketinggalan dalam usaha kerajaan negeri membangunkan DUN ini serta usaha berterusan kerajaan negeri memajukan seluruh negeri Sarawak seperti yang diidamkan oleh Allahyarham Tok Nan.

    Harus diakui, kesemua ini bukan mudah untuk dilakukan. 

    Namun hasil daripada mandat besar yang diperolehi semasa Pilihan Raya Negeri Sarawak ke 11 tahun lalu, kerajaan negeri Sarawak dilihat mampu merealisasikan segala yang dirancang.

    Atas sebab inilah, para pengundi di DUN Tanjong Datu diseru untuk terus memberikan mandat yang besar buat calon BN di DUN ini, Puan Seri Jamilah Anu untuk meneruskan perjuangan yang ditinggalkan oleh Allahyarham Tok Nan dan sekaligus membolehkan kerajaan negeri meneruskan segala perancangan di DUN ini demi masa depan yang lebih baik.


    Khamis, 9 Februari 2017

    PENGAKUAN DATO' MD SALLEH HJ AHMAD (AJK FATWA PULAU PINANG) MENGENAI CAMPUR TANGAN POLITIK TERHADAP PROSES PEMFATWAAN DI PULAU PINANG




    Saya mengikuti isu yang berbangkit di dalam akhbar mutakhir ini mengenai campur tangan politik terhadap proses pemfatwaan. Sebagai seorang Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang yang masih berkhidmat, saya menyokong penuh kenyataan bekas Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang, Ust Afnan Hamimi,  bahawa wujudnya campur tangan politik daripada Kerajaan Negeri terhadap proses pemfatwaan. 

    Saya melahirkan dukacita terhadap Exco Agama Kerajaan Negeri Pulau Pinang kerana campur tangan beliau ke atas proses pemfatwaan. Ada arahan daripada beliau pada tahun 2010 kepada Jawatankuasa Fatwa supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dibincangkan semula agar keputusan Jawatankuasa Fatwa selari dengan pendirian Kerajaan Negeri pimpinan DAP ketika itu yang tidak bersetuju dengan fatwa kalimah Allah. Walau bagaimanapun, mesyuarat Jawatankuasa Fatwa pada tahun 2010 tetap bertegas supaya fatwa kalimah Allah yang telah digazetkan, dikekalkan sebagai fatwa.

    Selain itu, terdapat beberapa fatwa yang ditangguhkan oleh Exco Agama untuk dibawa kepada Yang DiPertuan Agong. Perkara ini pernah dibincangkan di dalam mesyuarat Jawatankuasa Fatwa Negeri. Saya kesal dengan tindakan ini, seolah-olah kuasa Exco Agama di dalam hal pemfatwaan ini lebih besar daripada kuasa Jawatankuasa Fatwa Negeri.

    Oleh itu, saya minta supaya tindakan campur tangan politik ini dihentikan. Semua fatwa yang diputuskan hendaklah terus dipersembahkan kepada Yang DiPertuan Agong, tidak perlu melalui mesyuarat Exco Kerajaan Negeri.

    Saya berharap kenyataan ini dapat menjelaskan perkara yang sebenar berkaitan isu yang timbul. Saya juga mengharapkan agar masyarakat Islam sama-sama bangkit mempertahankan institusi fatwa daripada sebarang campur tangan dan tekanan politik mana-mana pihak.

    Sekian, terima kasih.

    *DATO' MD SALLEH HAJI AHMAD*
    Ahli Jawatankuasa Fatwa Negeri Pulau Pinang 
    8 Februari 2017

    LIM GUAN ENG: KELANTAN NEGERI GAGAL



    1. Pada 22 Januari 2017 Lim Kit Siang kata, DAP sedia berdamai dan bekerjasama dengan PAS. Tetapi pada 6 Febuari, Lim Guan Eng kata Kelantan di bawah PAS adalah NEGERI GAGAL. LGE benar-benar marah kerana kritikan terbuka PAS Pulau Pinang terhadap pentadbirannya.

    2. Pada LGE, PAS adalah parti ekstremis dan menjadikan kegagalan kerajaan PAS Kelantan membina rumah baru bagi mangsa banjir  tiga tahun lalu sebagai bukti Kelantan di bawah PAS adalah NEGERI GAGAL.

    3. Tetapi LGE gagal untuk melihat kegagalan di Pulau Pinang sendiri. Banyak tanah dan aset di Penang terpaksa dijual untuk menampung  perbelanjaan tahunan negeri tersebut yang meningkat sebanyak lima kali berturut turut.

    4. Bahkan jika dibandingkan dengan Labuan, Pulau Pinang tertinggal daripada aspek GDP Per Kapita. Pada tahun 2007 GDP Per Kapita Labuan adalah di bawah Pulau Pinang dengan RM3,280.

    5. Tetapi sejak 2015, GDP Per Kapita Labuan bukan sahaja mengatasi Pulau Pinang tetapi sekarang RM13,762 lebih tinggi daripada Pulau Pinang.

    6. Sudah pasti bulan hadapan Lim Guan Eng akan mula dibicarakan di Mahkamah kerana kes rasuahnya. Dia membeli banglo di bawah harga pasaran dan membabitkan kroninya. Pada Lim Guan Eng semua orang lain tidak betul. Dia sahaja yang betul. Tetapi dia gagal mencermin dirinya. Sebenarnya LIM GUAN ENG individu GAGAL.

    DATUK DR MOHD PUAD ZARKASHI
    AHLI MAJLIS TERTINGGI UMNO

    Isnin, 6 Februari 2017

    Muhyiddin Rasa Dipinggir, Mula Rindukan UMNO


    Dalam hati bekas Presiden Pertubuhan Pribumi Bersatu Malaysia (PPBM), Tan Sri Muhyiddin Yassin agak-agaknya sudah boleh merasakan beliau bakal dipinggirkan apatah lagi selepas pendedahan bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim mengenai pakatan sulit antara Tun Dr. Mahathir Mohamad dan DAP yang mahu mengangkat Datuk Seri Mukhriz Mahathir jika pembangkang berjaya menawan Putrajaya.

    Dan mungkin atas sebab itu, maka beliau mengakui kemajuan yang dilaksanana oleh UMNO dan Barisan Nasional (BN), menerusi pimpinan yang silih berganti kerana Malaysia bermula sebagai sebuah negara yang tidak mempunyai apa-apa selepas merdeka.

    ``Waktu itu ilmu yang ada kurang, tiada kilang, sekolah pun tidak sampai ke universiti, hidup melarat...tapi kalau lihat waktu ini, sedikit sebanyak hasil perjuangan itu mengangkat negara kita ke suatu tahap yang boleh dibanggakan," katanya dipetik Bernama ketika berucap pada Program Bicara Rakyat PPBM di Kampung Batu Sawar, Sungai Lembing, Pahang, kelmarin.

    Walaupun beliau cuba menutup malu dengan menyatakan agak janggal apabila penyokong PPBM mendengar dirinya berkata sedemikian kerana seolah-olah beliau masih berada dalam kerajaan, namun ia adalah kebenaran.

    ``Tapi kalau perkara itu merit, itu adalah meritnya. Apa yang benar itu benar. Dalam tempoh berpuluh tahun dengan dasar kerajaan dipelopori UMNO dan BN negara kita menjadi negara maju, terkenal dan dalam konteks Islam, dikatakan negara contoh," katanya.

    Tidak dapat dinafikan, begitu tinggi pujiannya kepada BN dan UMNO seolah-olah beliau mahu menyatakan bahawa Muhyiddin masih rindukan UMNO, iaitu parti keramat bangsa Melayu ini.

    Muhyiddin mungkin sedar sukar baginya untuk menjadi Perdana Menteri berdasarkan pendedahan daripada Tunku Abdul Aziz itu apatah lagi cabaran Tunku Abdul Aziz agar Lim Kit Siang membuat akuan bersumpah bagi menafikan dakwaan beliau, tidak bersahut sehingga kini.

    Sebaliknya pemimpin DAP itu bertindak balas dengan tindakannya mahu menyaman Utusan Malaysia dan The New Straits Times, bukannya Tunku Abdul Aziz.

    Begitu juga dengan kes yang hangat diperkatakan iaitu skandal yang mengaitkan Muhyiddin dengan bekas isteri orang, Nika Gee Siew Yee. 

    Kes itu telah dibawa ke pengetahui Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) dan dokumen penting mengenainya sudah diserahkan oleh sebuah badan bukan kerajaan, Jaringan Melayu Malaysia (JMM).

    Sememangnya pendedahan Tunku Abdul Aziz itu menjadikan Muhyiddin kelihatan agak janggal kerana sebagai pemimpin kanan yang mengepalai PPBM, beliaulah sepatutnya diberikan keutamaan dalam apa-apa jua perkara.

    Tulisan : 
    Beruang Biru
    BB265, Isnin
    6 Februari 2017

    Ahad, 5 Februari 2017

    Isu Proton


    Proton Holdings Berhad adalah sebuah syarikat milik DRB-Hicom. DRB-Hicom pula adalah syarikat yang dikuasai oleh TS Syed Mokhtar Al-Bukhari seorang billionaire dan individu antara 10 terkaya di Malaysia. 

    DRB-HICOM telah mengambilalih pegangan dalam Proton daripada Khazanah setelah mereka berjaya menewaskan bidaan Kumpulan Naza. Pengambilalihan oleh kumpulan DRB-HICOM milik Syed Mokhtar itu pada 2011/12 disokong oleh Dr Mahathir, pencetus dan pengasas Proton. 

    DRB-HICOM telah melantik Mahathir sebagai Pengerusi Proton. Mahathir bagaimanapun meletak jawatan sebagai Pengerusi Proton semasa masalah kewangan pada kemuncaknya.

    Proton telah memohon pertolongan kewangan (grant) daripada Kerajaan Malaysia dan telah diluluskan pinjaman sejumlah RM 1.5 billion untuk membayar hutang Proton kepada vendor-vendornya. Pinjaman Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah bertujuan untuk memastikan vendor-vendor Proton tidak gulung tikar atau muflis akibat dari kegagalan Proton untuk melunaskan hutangnya kepada vendor-vendor terlibat.

    Salah satu syarat yang dikenakan oleh Kerajaan Malaysia kepada Proton adalah untuk mencari rakan teknikal yang sesuai bagi memulihkan perniagaan Proton. 

    Satu lagi, jika Proton gagal untuk membayar balik pinjaman berkenaan, Kerajaan Persekutuan boleh menukarkan "preference shares" yang dipegang oleh Kerajaan Malaysia sebagai jaminan pinjaman RM 1.5 billion berkenaan untuk mengambil alih Proton daripada DRB-HICOM. 

    Perkara yang perlu diambil maklum: 
    Pertama, Proton adalah sebuah syarikat swasta milik DRB-HICOM. Kedua, Kerajaan Malaysia sudah sekali "bail-out" Proton dengan memberi pinjaman/suntikan modal tunai berjumlah RM 1.5 billion. 

    Tidak sepatutnya timbul sebarangan persoalan atau dakwaan bahawa Kerajaan Malaysia "menjual" pegangan dalam Proton kepada syarikat asing, khasnya dari China. Ini adalah kerana jemputan atau tawaran kepada pihak yang berminat untuk menjadi 'rakan teknikal' Proton dibuat oleh DRB-HICOM.

    Sabtu, 4 Februari 2017

    Guan Eng Ketinggalan Zaman, Hospital Kerajaan Sudah Lama Patuh Syariah



    1. Kerajaan DAP Pulau Pinang membuat kenyataan kononnya mahu membina hospital patuh syariah pertama di Malaysia dikenali sebagai Hospital Islam Pulau Pinang yang akan dibina dengan kos RM280 juta itu dijangka beroperasi pada 2020.

    2. Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr. Hilmi Yahaya sebaliknya menegaskan semua hospital, klinik serta fasiliti kesihatan kerajaan di seluruh negara ini mematuhi syariah, begitu juga dengan usaha yang dilakukan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) yang hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah sejak sekian lama sebagai respon terhadap kenyataan tersebut.

    3. Berdasarkan pencerahan Jakim terhadap definisi patuh syariah, beliau berpandangan semua yang dibuat oleh KKM hampir sepenuhnya mematuhi kehendak syariah merangkumi pakaian seragam staf serta amalan standard di wad pesakit termasuk wad bersalin.

    4. Bagi wad bersalin, kini bapa yang beragama Islam dibenar untuk mengazankan atau qamat anaknya yang baharu dilahirkan.

    5. Namun jika hendak memilih doktor perempuan untuk mengendalikan ibu bersalin agak sukar dipenuhi kerana jumlah doktor perempuan masih belum mencukupi tambahan pula doktor perempuan kurang meminati bidang sakit puan kerana ia amat mencabar.

    6. Ubat-ubatan dan vaksin yang digunakan oleh KKM juga adalah halal melainkan vaksin bagi rotavirus untuk pencegahan penyakit cirit-birit yang tidak dibeli oleh KKM dan hanya terdapat di hospital atau klinik swasta tertentu sahaja.

    7. Jika ubat dan vaksin dikeluarkan dalam negara, pengeluar wajib mendapatkan pensijilan halal Jakim dan pengeluaran pula dilakukan oleh kilang berstatus Amalan Pengilangan Baik (GMP).

    8. Selain itu, ramai pakar pembedahan beragama Islam melaksanakan amalan dianjur Islam iaitu menunaikan solat sunat sebelum memulakan pembedahan selain menjamak solat fardu jika pembedahan dijangka mengambil masa lama.

    9. KKM juga telah melancarkan Kempen Hospital Mesra Ibadah 3 tahun lalu dengan pembimbing ditempatkan di hospital tertentu bagi mengajar cara sembahyang kepada pesakit walaupun dalam keadaan terlantar.

    10. Oleh itu, jika exco kerajaan negeri mahu mendakwa kerajaan Pulau Pinang pimpinan DAP adalah yang pertama akan membina hospital patuh syariah di Malaysia, sila kaji dahulu apa yang telah diamalkan di KKM.

    RESPONS KEPADA RAJA KAMARUL BAHRIN, PENGERUSI BIRO ANTARABANGSA PARTI AMANAH NEGARA



    1. Anggota ATM telah berada di Arab Saudi sebelum bermula krisis di Yaman lagi. Mereka ditugaskan membantu operasi pemindahan pelajar-pelajar Malaysia dan membawa mereka keluar dari zon krisis. Malah anak MB Kelantan sendiri turut dipindahkan dan MB secara terbuka mengucapkan terima kasih kepada ATM atas perkara tersebut. 

    2. Justeru, jelas anggota ATM ditempatkan di sana atas dasar kemanusiaan dan tidak sesekali terlibat dengan mana-mana pertempuran di Yaman seperti didakwa sesetengah pihak. 

    3. Perlu diingatkan, tidak semua pelajar Malaysia telah dipindahkan kerana ada sebahagian yang MEMILIH untuk kekal di sana. Maka, adalah menjadi amanah dan tanggunjawab Kerajaan untuk pastikan keselamatan rakyat sentiasa terjaga. Tidak kiralah berapa jumlah mereka dan di mana jua mereka berada.

    4. Walaupun menerima pelbagai tuduhan, cemuhan  dan fitnah, anggota kita tetap berkawal walaupun jumlah rakyat kita di sana telah jauh berkurangan. Sekurang-kurangnya Kementerian Pertahanan yang dipimpin Dato' Seri Hishammuddin tetap teguh dengan pendirian untuk meletakkan anggota di sana demi keselamatan dan nyawa rakyat Malaysia. 

    5.  Serentak itu, apa pula sumbangan Raja Bahrain dalam hal ini selain membuat tuduhan tidak berasas dan menghina anggota-anggota kita.

    6. Tidakkah beliau mempunyai maruah diri atau sekurang-kurangnya menghargai jasa anggota kita. Beliau sendiri pernah mengharungi pengalaman pahit menyeludup keluar anak-anak beliau dari Australia pada satu ketika dahulu. Jika tidak mampu membantu rakyat kita di Yaman, berdiam diripun sudah memadai saya kira.

    7. Dalam pada itu, umum mengetahui Dato' Seri Hishammuddin mempunyai hubungan erat dengan Timbalan Putera Mahkota Saudi. Situasi ini menyebabkan Arab Saudi berminat menjemput kita untuk melaksanakan latihan ketenteraan secara bersama bertujuan menambah kecekapan dan kepakaran anggota dari kedua-dua negara. 

    8. Walaubagaimanapun, pelaksanaan latihan ini hanya terhad di Arab Saudi sahaja dan anggota kita hanya terlibat dalam latihan berkisar bantuan kemanusiaan dan bantuan logistik semasa North Thunder. 

    9. Berbalik kepada krisis di Yaman, Malaysia tidak pernah menyokong tindakan penindasan terhadap mana-mana negara termasuklah jika ia berlaku di Yaman. Namun di Yaman ini, isunya berbeza. Ia adalah tindakan memerangi dan membendung penyebaran dakyah IS.

    10. Jika benar wawancara BBC menyatakan terdapat orang awam terbunuh di Yaman dan ia adalah tindakan yang berdosa, bagaimana pula dengan mangsa-mangsa penindasan yang terang lagi nyata di Rohingya? Adakah BBC tidak pula melihat perkara ini sebagai satu jenayah antarabangsa dan turut perlu diwawarkan kepada masyarakat dunia? 

    11. Berhubung perbandingan menghadiri protes di Kedutaan Amerika Syarikat dengan menghadiri Majlis Pelepasan Kapal Misi Bantuan Ke Myanmar, persoalannya yang manakah lebih mendatangkan kesan langsung? Protes yang sekadar protes dan tidak beri sebarang impak ataupun tindakan menghulurkan bantuan yang benar-benar diperlukan oleh saudara-mara seislam kita di Myanmar ketika ini? Kita seharusnya berbangga kerana Malaysia merupakan negara pertama mengetuai bantuan seumpama ini serta mampu bekerjasama dengan pelbagai NGO dari rantau ASEAN dan seluruh dunia. 

    12. Dan yang terakhir, berhubung dakwaan nasib dan keselamatan nelayan tidak terbela. Isu Laut China Selatan tidak boleh sewenang-wenangnya dikaitkan dengan isu ini. Isu Laut China Selatan merupakan isu berbeza dan melibatkan kuasa-kuasa besar dunia. Namun jika ia ingin dikaitkan dengan Laut Sulu, sesungguhnya kawalan keselamatan di perairan ini sentiasa dipertingkatkan dari semasa ke samasa. 

    13. Malah, Menteri Pertahanan dari Malaysia, Indonesia dan Filipina telah bersetuju untuk melakukan rondaan bersama di Laut Sulu dan akan mula dilaksanakan awal tahun ini demi memastikan keselamatan rakyat khususnya rakyat Sabah terus terpelihara.

    _- Daripada bekas Troop Yaman, Kuala Terengganu-_

    Khamis, 2 Februari 2017

    CAJ RAWATAN PERGIGIAN DI FASILITI KESIHATAN KERAJAAN MASIH TERUS DIBERI SUBSIDI YANG TINGGI

    KENYATAAN AKHBAR
    KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA



    Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa Rakyat Malaysia sememangnya telah dan akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi oleh Kerajaan di fasiliti-fasiliti kesihatan KKM, termasuk perkhidmatan bersubsidi tinggi kepada pesakit dalam Kelas 3. Kabinet telah memutuskan untuk mengemaskini kadar caj bagi pesakit warganegara di Kelas 1 dan 2 yang terkandung dalam Perintah Fi (Perubatan) 1982, seperti yang dimaklumkan dalam Kenyataan Akhbar KKM pada 14 November 2016. Adalah dimaklumkan bahawa caj ini telah sudah sekian lama tidak dikemaskini iaitu sejak ianya mula dikenalkan pada tahun 1982. Namun begitu, pesakit dalam bagi Kelas 3 akan terus menerima perkhidmatan kesihatan bersubsidi tinggi seperti sebelum ini. 

    KKM ingin menjelaskan mengenai mesej tular berkaitan kenaikan caj pergigian yang telah tersebar di media sosial. Adalah dimaklumkan bahawa kos rawatan yang baru tersebut sebenarnya menggambarkan kos asas semasa pada tahun 2017 bagi rawatan pergigian di Malaysia, iaitu sekiranya ianya diberikan tanpa subsidi kepada rakyat. Namun begitu, memandangkan Kerajaan adalah terus komited untuk memberikan subsidi terutamanya bagi pesakit Kelas 3 (yang menerima 98 peratus subsidi bagi kos rawatan perubatan dan pergigian), caj ini hanya dinaikkan bagi pesakit yang berkemampuan (iaitu Pesakit Dalam Kelas 1 dan 2).

    KKM ingin memberi jaminan kepada semua rakyat Malaysia bahawa Kerajaan tidak akan melepaskan tanggungjawabnya kepada golongan miskin dan mereka yang berpendapatan rendah. Mereka akan terus menerima tahap penjagaan kesihatan yang berkualiti tinggi pada kadar yang amat berpatutan seperti yang telah mereka terima sebelum ini.

    DATUK DR. NOOR HISHAM ABDULLAH
    KETUA PENGARAH KESIHATAN MALAYSIA 
    1 FEBRUARI 2017