Ahad, 11 Mac 2018

5 PUNCA UTAMA BEKALAN AIR SELANGOR SERING TERGANGGU

Selangor merupakan negeri yang sering menghadapi masalah gangguan air walaupun mempunyai bekalan air mencukupi dan tidak dilanda musim kemarau. Ketua Setiausaha Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau Air, Datuk Seri Ir. Dr. Zaini Ujang berkongsi maklumat mengapa keadaan itu berlaku._

*_SUMBER TIDAK MENCUKUPI_*
• Pertubuhan pesat di Kuala Lumpur, Putrajaya, Selangor.

• Penggunaan tertinggi *209liter/kapita.*

*_TIADA RIZAB_*
• Bekalan air bersih dirawat kritikal *margin rizab 0% sepatutnya 10-20%*

• Bila paip pecah, kemarau *catuan terpaksa dilakukan*

*_LOJI LANGAT 2_*
• Hanya siap sepenuhnya pada 2022 bekal 1,130 MLD.

*_PAIP PECAH_*
• Paip terlalu lama.

• Terima tekanan tinggi kerana *beroperasi melebihi kapasiti asal.*

• Sistem paip agihan jejari *perlu diganti sistem grid*

*_KELEWATAN PENSTRUKTURAN SEMULA_*
• Pelaksanaan sistem penstrukturan air lebih sistematik lewat.

• Kerajaan negeri *perlu ambil alih Splash*

NOTA:
*_KENAPA RESERVE MARGIN 0% DI SELANGOR?_*
• Air berjumlah 20 meter padu sebulan diberi secara percuma kepada semua akaun pengguna, tanpa mengira taraf ekonomi, yang mendorong pengguna tidak berjimat cermat!

• Penggunaan purata air sebanyak 234 liter/kapita.hari di Selangor adalah jauh lebih tinggi dari purata nasional 209 liter/kapita.hari. Sasaran nasional ialah 180 liter/kapita.hari.

• _Non-revenue water (NEW)_ sebanyak 32.2% yang berpunca daripada kebocoran paip, kecurian dll berbanding Melaka 19%, Pulau Pinang 21.5% dan Johor 25.9% (data 2016).

• Tidak ada penambahan isipadu air terawat menerusi pembinaan loji baru oleh kerajaan Selangor. Terkini ialah loji Langat 2 yang dibina oleh Kerajaan Pusat menerusi PAAB.

SUMBER _*Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air*_