Jumaat, 11 Februari 2011

Pas dan Shamsul AMK bercakap mengenai 'Hari Kekasih'

Sebentar tadi TM melihat artikel Sam Ketot dalam hAraKah Daily jomla mobile.

Gelak TM baca artikel mengarut daripada seorang peguam yang pening kerana tak dicalonkan untuk PRK Merlimau.

Hari Kekasih yang dikomersialkan di Malaysia bukan agenda Umno tetapi oleh peniaga yang ingin mencari peluang dan keuntungan perniagaan.
Apa kejadahnya Sam dan Pas nak sensasikan hari tersebut. Lebih baik ajak Pas, Dap dan Pkr buat demo depan hotel atau pusat-pusat hiburan disekitar Selangor atau Kuala Lumpur.
TM nak tengok mahukan DAP turut serta dalam protes tersebut. Siaplah bukan lama lagi sehari dua saja lagi.

Pas dan Sam dah tak ada isu nak spin agaknya. Pas masih tercari cari topik nak tibai Umno. So bila hampir pada 14 Februari berkaitan Valentine day , mula sibuk nak buat hal.

Sepatutnya Pas yang memerintah Selangor, Kelantan, Kedah dan juga Penang kenalah nasihat Ketua Menteri atau Menteri Besar masing-masing agar melarang sebarang bentuk sambutan dan fiesta di pusat-pusat hiburan. Adakah Pas ingin meletakkan tugas dan tanggung jawab kepada Umno.

Pakatan nampaknya awal awal sudah memasang perisai supaya rakyat tidak menyalahkan mereka dalam isu ini.

Teringat kembali pesta tahun baru 2011. Sambutan luar biasa di negeri pembangkang. Pas seperti biasa menyalahkan Umno. Masih ingat pesta pondan di sebuah hotel yang menggunakan nama Putrajaya, sedangkan ia tidak terletak di sana.
Sent from my BlackBerry® wireless device via Vodafone-Celcom Mobile.