Bazaar MAINS dan ....
 
  Kalau  sebelum ini, Bazaar MAINS di Seremban ingin dibeli dan dimajukan oleh  Parti Islam Se-Malaysia (PAS) Negeri Sembilan, namun tak dilayan.
Dengan  kemerosotan yang tiada untung dalam berniaga, peniaga-peniaga di bazaar  itu, timbullah inisiatif PAS itu. Apalagi dengan ketiadaan petunjuk ke  bazaar itu suatu waktu dulu.
Kini, apa yang dapat dilihat Bazaar MAINS sudah jadi apa?
Ya waktu malamnya terang benderang dengan cahaya pasar malamnya. Indah.
Suatu hari sewaktu bersiar ke pasar malam Seremban yang tempatnya benar-benar di jalan Bazaar MAINS.
“Dah lama ke ada karaoke ni kak?” ujar ana.
“Dah 3 bulan dah. Bising sangat,” luah peniaga yang kami singgahi tempatnya.
“Dah cuba kemukakan pada yang berkenaan?”
“Dah. Tiada reaksi. MPS yang arahkan kata mereka.”
Demikianlah perbualan ringkas kami.
Apa  sudah jadi Bazaar MAINS pada malamnya dijadikan tempat berkaraoke? Bagi  ana sendiri, ia sangat memalukan. Sudahlah namanya Bazaar Majlis Agama  Islam Negeri Sembilan (MAINS) [tapi tak tahulah kalau ada nama lain],  namun ia digunakan pula untuk maksiat! Malulah!
Yang menyayi itu pula bukanlah artis. Kalau artis pun ana memang benci. Maksiat terbuka jadinya tempat tu.  Tapi  tak tahulah kalau ada artis datang sekali sekala. Tapi menurut maklumat  peniaga pasar malam itu, memang menyusahkan mereka. Kerana sering apa  yang pelanggan pesan tidak didengari, maka lainlah yang diberikan hingga  menjejeaskan mutu perniagaan mereka.
Moga perkara ini disegerakan tindakannya. MAINS, jangan namamu tercemar kerana maksiat-maksiat itu..
