Khamis, 14 Mac 2013

PAS Perak akan bunuh Nizar di Kampar

Sebiji macam cimpanzi dalam zoo

Nizar Jamaluddin merupakan seorang ahli Pas Perak yang sangat kontroversi. Bermula dengan pendedahannya yang menyatakan Pas tidak pernah bercadang untuk menubuhkan negara Islam telah memalukan Pas seluruh negara.

Nizar semakin tidak popular di kalangan pemimpin Pas kerana gagal dalam misi mempertahankan Perak. Selepas 11 bulan menjadi Menteri Besar Boneka Dap, akhirnya 3 Adun bertindak meninggalkan kerajaan dan menjadi ahli bebas. Kehilangan 3 kerusi menyebabkan Umno mengambil alih kerajaan atas status quo.

2008 Nizar anak kelahiran Kampar diarah bertanding di Pasir Panjang dan kemudiannya ditaja oleh Dap untuk menjadi calon MP Bukit Gantang dalam PRK 2009 dan berjaya memenangi kerusi P59 Bukit Gantang.

Di Pasir Panjang, Nizar menggunakan isu agama dan bangsa untuk menewaskan calon BN yang diwakili oleh parti MIC. Kata Nizar, orang Islam wajib mengundi calon Islam, haram mengundi calon bukan Islam. Setelah keputusan diumumkan Nizar berjaya memperolehi  11,994 undi menewaskan  Dr. S. Vasan (BN) yang hanya mendapat 7,520 undi,

Kini Pasir Panjang diletakkan calon wanita oleh Pas Perak. Alasannya mudah untuk membaiki kelemahan yang dilakukan oleh Nizar sebelum ini.

Nizar juga telah merayu untuk bertanding di kerusi Dun Changkat Jering tetapi ditolak oleh Pas Bukit Gantang dan akhirnya difahamkan akan bertanding di kerusi parlimen Kampar.

Jika benar Nizar bertanding di Kampar bermakna beliau bertanding atas tiket Dap. Ngeh Khoo Ham akan memastikan 65% pengundi Cina supaya mengundi Nizar.

Akan tetapi pada hakikat sebenarnya ialah Nizar akan dibunuh di Kampar oleh Dap dan Pas. Ini kerana pengundi Cina akan mengekalkan wakil mereka adalah dari BN yang kini disandang oleh YB.Lee Chee Leong (BN).