Jumaat, 23 Ogos 2013

ADUN TRONG KALAH BERTANDING KETUA CAWANGAN

Petikan di atas adalah daripada blog Cikgu Din SMK St Goerge Taiping atau nama blog  'sisi bukit', beliau juga menjawat tugas sebagai pegawai khas kepada Nizar Jamaluddin sejak sekian lama.

Cerita sebenarnya adalah;

Dr Zabry tidak mahu bertanding apa-apa jawatan dan keseluruhan ahli yang aktif telah bermuafakat untuk melantik En Tahir bin Khalid (40an) sebagai Ketua Cawangan yang baru. Ia di persetujui oleh Dr Zabry juga.

Pada tarikh persidangan cawangan ada dua orang ahli yang bersikap haru-biru dan suka kacau dan sengaja ingin memalukan Dr Zabry telah bertindak dengan mencadangkan Dr Zabry sebagai calon ketua cawangan. Orang tersebut ialah Puan Nurainun bt Abd Majid dan disokong oleh En Haris Nawi.

Dr Zabry pun satu hal,  sepatutnya bangun dan menarik diri daripada dicalonkan. Ini diam macam kayu, akibatnya dia kena getah oleh orang yang ingin memalukan dan menjatuhkan maruah beliau.

Cawangan Kg Temelok memang ramai ahli dan mencecah 200 orang dan kehadiran dalam persidangan tersebut lebih kurang 60 orang.

Bagaimana pun perwakilan ke persidangan cawangan tersebut sebulat suara memilih Dr Zamry sebagai salah seorang daripada 5 perwakilan ke persidangan bahagian.

sekian.