Ahad, 3 Ogos 2014

PENSYARAH UNIMAS CUBA TIMBULKAN SEMANGAT ANTI-SEMENANJUNG DI KALANGAN RAKYAT SARAWAK




Hanya bermodalkan 100 orang respondan atas talian (online), seorang pensyarah UNIMAS di Fakulti Sains Sosial, Prof Dr Andrew Aeria boleh membuat kesimpulan bahawa 72 peratus rakyat Sarawak bersetuju untuk Sarawak keluar Malaysia.

Hebat sungguh Andrew Aeria ini kerana hanya dengan sampel 100 orang responden atas talian sudah boleh menggambarkan majoriti rakyat Sarawak bersetuju untuk keluar Malaysia.

Bagaimana, seorang pensyarah yang bertaraf Profesor boleh menggunapakai sampeling 100 orang bagi mewakili lebih 2 juta rakyat Sarawak dalam mengandaikan keputusan mahu keluar Malaysia?


Di manakah letaknya taraf akademik Profesor itu yang seolah-olah cuba untuk memberikan gambaran buruk terhadap golongan setarafnya di universiti?

Biarpun mengetahui terdapat pensyarah di universiti tempatan di Malaysia yang cenderung menyokong pembangkang, tetapi dengan kajian yang berat sebelah dan tidak memenuhi piawaian akademik maka ia tidak boleh mewakili suara rakyat Sarawak.

Seperti biasa, kajian Andrew Aeria ini telah mendapat perhatian portal pembangkang The Malaysia Insider yang telah disiarkan pada 1 Ogos dengan tajuk 'Straw Poll Gives Peek Into Restive Feeling In Sabah dan Sarawak'.


Melihat kepada latar belakang Andrew Aeria ini yang cenderung kepada pembangkang dengan menganggotai beberapa pertubuhan bukan kerajaan yang dinaungi PKR dan Pakatan Rakyat.

1. Penasihat Institut Rakyat yang diketuai Presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail

2. Salah seorang pemimpin dalam Pertubuhan Bukan Kerajaan (NGO) Aliran yang menyokong hak kemanusiaan dan sejagat (memperjuangkan hak pesalah ISA)

3. Pemimpin NGO Aliran merupakan sebahagian daripada pemimpin NGO Negaraku yang dipimpin Datuk S. Ambiga yang pernah mengetuai Perhimpunan Haram BERSIH.


Maka, dengan itu tidak hairanlah sekiranya pensyarah UNIMAS itu membuat analisis dengan mempersoalkan kenapa rakyat Sarawak masih mahu menyokong BN Sarawak sedangkan BN itu merupakan sebahagian daripada BN Pusat dengan merujuk kepada keputusan rakyat Sarawak yang mahu keluar dari Malaysia.