Rabu, 28 Mei 2008

Dr Hasan Ali Luluskan projek mega ternak babi tetapi haramkan Islam Hadhari?



SAYA dan mungkin umat Islam yang lain berasa kesal dengan tindakan Datuk Dr. Hassan Ali yang mewakili Kerajaan Negeri Selangor mengharamkan segala aktiviti dan program yang bersangkutan dengan Islam Hadhari di Selangor.

Aksi beliau semasa berhujah boleh disaksikan dalam Buletin Utama TV3. Begitu bersemangat sekali beliau memperjuangkan untuk mengharamkan apa yang tidak diharamkan.

Sempat lagi membacakan ayat-ayat al-Quran untuk menguatkan lagi tindakan beliau itu. Pesanan saya biarlah Majlis Mufti yang mengeluarkan fatwa untuk mengharamkan segala aktiviti yang berkaitan dengan Islam Hadhari.

Selepas sahaja saya menyaksikan aksi beliau di kaca televisyen, terlintas di fikiran saya mengapa aksi bersemangat begitu tidak ditunjukkan semasa isu projek ternakan babi di Sepang yang telah pun diluluskan oleh Kerajaan Selangor tempoh hari.

Jika beliau ikhlas untuk menegakkan kebenaran Islam di negeri Selangor mengapa beliau tidak menentang sekeras-kerasnya kelulusan projek tersebut.

Terdapat banyak ayat al-Quran yang memberitahu kepada semua umat manusia bahawa babi adalah tergolong dalam najis berat dan haram disentuh apa lagi untuk dijamah dagingnya.

Mengapa tidak terbaca ayat-ayat tersebut sedangkan al-Quran itu untuk dibacakan kebenarannya kepada seluruh umat manusia tidak kira agama dan bangsa.

Jika hendak menentang sesama Islam begitu berani dan tegas tetapi amat mendukacitakan apabila menjadi penakut dan bacul untuk menentang apa yang terang-terangan adalah haram di sisi Islam.

Kepada Yang Berhormat Hassan, cubalah menjadi hero kepada umat Islam di Selangor khasnya dan di seluruh Malaysia amnya. Tentang lah projek ternakan haram itu.

Anti khinzir Bayan Lepas, Pulau Pinang