Pelancaran Rakan Cop: DAP bawa sepanduk
KUALA LUMPUR 22 Jun - Kira-kira 200 penduduk diketuai Ahli Parlimen DAP Cheras, Tan Kok Wai mengadakan satu perhimpunan sehingga mengganggu pelancaran program Rakan Cop di Taman Midah di sini hari ini.
Kok Wai dan penyokongnya membawa beberapa sepanduk bagi mendesak satu sesi dialog antara polis dan penduduk.
Timbalan Ketua Polis Daerah Cheras, Supritendan Abd. Rahim Hamzah Othman berkata, walaupun timbul kekecohan itu namun polis meneruskan majlis pelancaran Rakan Cop tersebut dan terpaksa menolak permintaan mereka kerana sesi dialog tidak termasuk dalam atur cara program.
Jelasnya, sekiranya sesi dialog terkandung dalam atur cara program daripada awal, sudah pasti polis tiada masalah meneruskan apa yang dirancang pihak penganjur.
"Polis tidak pernah mempunyai sebarang masalah atau halangan untuk mengadakan sesi dialog dengan mana-mana penduduk di daerah ini.
"Tetapi program hari ini adalah pelancaran Rakan Cop dan pihak penganjur juga tidak ingin polis mengadakan sesi dialog di situ," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini hari ini.
Abd. Rahim berkata, polis juga menolak permintaan tersebut memandangkan beberapa prosedur perlu dipatuhi terlebih dahulu sebelum sebarang sesi dialog.
Namun katanya, polis daerah Cheras akan mengadakan sesi dialog dengan penduduk Taman Midah dalam masa terdekat sebagai memenuhi permintaan mereka hari ini.
Jelasnya, sesi dialog dengan penduduk di situ sememangnya sudah dirancang dan polis cuma menunggu masa serta tempat yang sesuai untuk melakukannya.
"Bukan kita (polis) tidak mahu buat sesi dialog, tetapi hari ini adalah program pelancaran Rakan Cop dan bukan masa yang sesuai.
"Justeru, kita akan adakan majlis khas pada masa lain untuk tujuan itu," katanya.
Dalam pada itu, tegasnya, kadar jenayah di Cheras masih terkawal dan polis tidak mampu menghapuskan jenayah secara total tanpa bantuan masyarakat setempat.
Menurutnya, adalah menjadi tanggungjawab polis untuk menjaga ketenteraman dan menangani masalah jenayah dengan memperoleh kerjasama daripada penduduk.
KOMEN: Agaknya kalau DAP menjadi besar dan memenangi kerusi parlimen 2/3 , apa kah mereka akan bersama PAS dan PKR? jawabnya kirim salam sajalah. makan nasi sejuk lah orang Pas dan Pkr. dan PKR akan hanya di wakili oleh muka melayu sebab india dan cina akan lari ke DAP