Tujuan juga sama. sebagai penggerak demokrasi rantau asia. Beroperasi dari Monggolia sehingga Timur-Timur, dari Pakistan sehingga ke Jepun.
Di Malaysia Tian Chua adalah orang kuat kumpulan ini sebagai steering committee, kumpulan ini banyak membela dan memihak kepada perjuangan sekutu mereka iaitu Anwar.
Orang melayu mesti sedar, pihak luar sedang mengkucar kacirkan sistem pemerintahan kita yang ada. Seperti juga Afrika. Seandainya semua rakyat Afrika bersatu padu, ekonomi, sosial dan politik benua itu akan menjadi satu kuasa yang kuat dan boleh mengatasi Amerika.
Begitu juga halnya dengan rantau Asia. sekiranya semua negara dalam Asia bersatu maka kita akan lebih kuat dari mereka. Amerika impikan sebuah pakatan yang kuat dengan membentuk AU seperti EU.
Rantau Asia mesti berada di bawah telunjuk mereka.