Rabu, 27 Ogos 2008

31/08/08 hari Merdeka yang sepi (klik)


Tahun lalu kita menyambut 50 tahun kemerdekaan dengan penuh gilang gemilang. Seawal minggu pertama bulan Ogos kenderaan-kenderaan semua jenis ligat memasang bendera. Lori lebih meriah kerana dapat memasang bendera saiz besar, Bangunan persendirian dan rumah-rumah meriah dengan bendera , tetapi itu tahun 2007. Tahun ini kemeriahan agak kurang sedikit.

Adakah semua ini gara-gara senario politik yang tidak menentu di negara kita, Tun Mahathir telah membayangkan akan meninggalkan tanah air jika suasana politik tanah air terus berkecamuk. Mungkin ramai lagi akan mengikut jejak Tun Mahathir , siapa tahu.

Yang tinggal ialah rakyat miskin di kampung-kampung dan juga di kota yang tak mampu untuk berhijrah ke negara lain. Timbul lagi persoalan, ke mana nak pergi, kalau semua tempat dipenuhi bendera berwarna biru degree.

Andainya kita pergi jauh meninggalkan tempat tumpah darah kita, ini bererti kita memberi ruang kepada orang lain akan mengambil tempat kita. Mereka tersenyum riang melihat kekalahan kita.

Adakah kita akan berjuang dan mempertahankan negeri kita seperti bait lagu patriotik "BIAR PUTIH TULANG JANGAN PUTIH MATA"

Berbalik kepada keputusan pilihan raya kecil Ptg Pauh, Dato Seri Najib seperti biasa berkata " Amalan demokrasi masih segar di negara ini" Walaupun segar macam mana kita kita tak sanggup seandainya 20 kali kerusi Adun atau Mp jatuh ke tangan musuh dan kita masih lagi mengulang ayat yang sama.

Persoalan yang hampir terjawab ialah baju Anwar yang dipakainya semalam semasa membuang undi, cantik menarik berwarna biru degree, sama seperti baju isteri Obama dan tie Jeseph Biden.