Ahad, 7 September 2008

Anwar kata

Perutusan Hari Kemerdekaan PDF   Emel
30 Ogos 2008
Menemukan Kembali Erti Kemerdekaan
 
31 Ogos ini genaplah 51 tahun berdirinya Malaysia sebagai sebuah negara yang merdeka dan berdaulat.

Semenjak dari tarikh keramat kemerdekaan, kita rakyat Malaysia telah lalui bersama saat-saat sukar dan detik kejayaan. Kenapa nak jadikan 16 September hari cuti, nak rayakan apa benda?

Kita menaruh harapan untuk melihat Malaysia yang adil, makmur dan perkasa 51 tahun lalu rakyat negara ini telah membuat pilihan untuk berdiri sendiri, bebas dari pemerintahan penjajah, bersetuju bahawa negara ini ialah negara hukum yang mengamalkan sistem raja berperlembagaan dan demokrasi berparlimen. Rakyat Malaysia membuktikan mereka berani untuk memilih dan membuat keputusan. Memilih yang terbaik buat Malaysia. Pemerintah tak adilkah selama ini? Tak makmur? Kalau bersetuju sistem demokrasi berpelembagaan? kenapa nak dimusnahkan pilihan rakyat? Rakyat Malaysia sudah pun membuat pilihan. Yang tertipu dengan  pujuk rayu setan mata satu, Hari ini diam membisu malu. Nak tipu lagi ka?


Namun genap 51 tahun merdeka kita sekali lagi berada di persimpangan. Kita melihat perlembagaan diperlekehkan, demokrasi diinjak dan institusi kenegaraan dijadikan alat penguasa. Siapa yang memperlekehkan perlembagaan siapa? siapa yang membawa sistem demokrasi protes jalanan. Siapa membentuk ektrimisme? Siapa yang ingin menjatuhkan ekonomi 1987 dan 1988 dahulu? Siapa yang membawa masuk IMF ke negara? Siapa yang nak menikam Presiden Umno dari belakang? Siapa yang memberi layanan karpet merah kepada Anwar di Usa? Siapa yang memperalatkan kementerian Kewangan untuk tembolok kroni-kroni Anwar?

Sudah tiba masanya kita rakyat Malaysia membuat pilihan untuk menemukan kembali erti kemerdekaan negara ini. Adalah menjadi tanggungjawab kita sekarang untuk memastikan demokrasi bernafas semula di negara ini, keluhuran perlembagaan kembali dijunjung dan kedaulatan undang-undang terbina kukuh. 51 tahun rakyat bersyukur dengan kejayaan yang ada. Hanya puak-puak yang kecewa dan berdendam sahaja yang tak puas hati dengan kemakmuran yang ada dan ingin merampas kuasa untuk kepentingan peribadi dan menunaikan tanggungjwab pihak lain. Rakyat Malaysia sudah tahu siapa dibelakang mata satu mata setan. Jangan lah kita melacurkan negara kepada penjajah lagi seperti kisah Mendeliar yang melacurkan diri untuk menjatuhkan kerajaan Malacca.

Marilah kita perbaharui persetujuan yang kita buat bersama 51 tahun dahulu; memastikan negara Malaysia ini kekal bebas dan merdeka. Bebas dan merdekakah kita kalau menjadi kalau berada dibawah kerajaan boneka?



ANWAR IBRAHIM
Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat
Ketua Pembangkang Dewan Rakyat
Ahli Parlimen Permatang Pauh