Selasa, 9 September 2008

Orang Melayu kena jaga mulut.

Hari ini jelas menunjuk senario politik tanah air semakin fragile. Rakan-rakan Bn telah mula bermain dengan kata-kata yang mengusik hati orang Melayu. Mengugut dan berani memberi amaran dan arahan supaya Melayu kena buat itu, buat ini mengikut telunjuk mereka.

Kenyataan Tan Lian Hoe dan Koh Soo Khon serta lain-lain komponen terasa dukacita kerana Datuk Ahmad telah menguris hati orang Cina di negara ini. Ok, kita terima kenyataan mereka. Persoalan sekarang apabila orang India melalui HINDRAF, Majlis Peguam, DAP dan PKR menyentuh dan mengguris hati orang Melayu, kenapa Gearakan dan MCA diam. Kenapa mereka tidak menyuruh kepimpinan parti atau pertubuhan yang berkaitan memecat atau mengambil tindakan kepada ahli mereka kerana menyentuh isu kaum dan mempertikaikan ketuanan melayu. Kenapa mereka diam membisu?

Dalam pos lalu, penulis ada menjelaskan bahawa orang Melayu dan Umno telah mengambil tindakan yang tidak popular dalam mempersetujui syarat-syarat kemerdekaan yang ditetapkan oleh Suruhanjaya Reid. Umno dan perikatan di tentang hebat oleh Dr Burhanuddin , Ahmad Boestaman dan ramai lagi kerana Umno merelakan jus soli yang nyata telah merugikan orang Melayu.

Umno dan Perikatan telah bersama-sama berjanji untuk menjaga dan menjamin sistem kouta dalam perlembagaan persekutan yang memberi hak-hak keistimewaan kepada orang Melayu yang telah disifatkan sebagai penduduk peribumi oleh British. Dalam sejarah , dunia melayu ini amat luas dan besar, tetapi semuanya telah di pecah-pecahkan oleh penjajah.

Kalau diikutkan cerita sejarah, Phuket juga adalah hak Kesultanan Kedah, tetapi sama seperti juga dengan kisah Pulau Batu Puteh dan Pulau Pisang, orang lain telah berkuasa dan akhirnya terlepas begitu sahaja. Kepulauan Riau adalah milik kesultanan Melayu Melaka, tetapi hari ini semua menjadi hak Indonesia.

Raja Melayu di Filipina. Sultan Sulaiman adalah Sultan terakhir di Manila sebelum di jajah. Lihat hari ini semua orang Filipina tidak lagi mengamalkan budaya melayu Islam kerana sudah diKristian oleh penjajah. Seperti biasa orang Melayu melarikan diri sehingga ke Mindanao, Palawan dan Kepulauan Sulu.

Kesultanan Melayu Pattani juga telah di runtuhkan oleh kerajaan Siam abad ke 18 dahulu. Lihat apa jadi dengan Melayu di sana. Orang Melayu lari sampai ke Kedah dan Perak untuk menyelamatkan maruah ,agama dan bangsa.

Di Malaysia setelah di jajah hampir 500 tahun , Sistem hidup orang Melayu juga berubah. Orang Melayu lebih orang putih dari orang putih sendiri. Akhirnya setelah merdeka kita berjaya mengembalikan kegemilangan dunia Islam yang menjadi contoh kepada negara-negara Islam lain. 100% orang Melayu mesti beragama Islam. Sultan orang Melayu mesti beragama Islam. Kepimpinan dalam kerajaan mesti beragama Islam. Ketua-Ketua jabatan mestilah beragama Islam. Maka sahlah bahawa negara kita ialah sebuah negara Islam.

Kalau kita ke Mesir, Jordan, Syria, Sudan,Lebonon, Palstine dan banyak lagi, belum tentu orang yang berketayab di kepala dan bercakap arab bererti Islam. 20 hingga 30 peratus daripada jumlah penduduk adalah beragama Kristian. Tareq Aziz adalah Kristian, Isteri Yaseer Arafat adalah Kristian.

Usaha Tunku untuk mengajak Sabah( Borneo Utara) Sarawak dan Brunei ) untuk menyertai Malaysia telah menakutkan sebahagian besar kerajaan negara lain. Mereka takut akan istilah Melayu Raya. Mereka takut akan kuasa Melayu menjadi besar ,kuat dan gagah. Bayangkan seandainya seluruh gugusan kepulauan Melayu bersatu dibawah nama Tanah Melayu, Bangsa melayu akan menguasai dunia dalam segala bidang. Sukarno (pro komunis) menolak gagasan ini dan mengisytiharkan Konfrantasi terhadap Malaysia dan sempadan Sabah menjadi sasaran serangan beliau. Tentera kita yang menjadi pejuang menentang usaha Sukarno ada yang masih hidup dan ramai sudah meninggal dunia tanpa diberi tanah untuk 999 tahun.

Datuk Ibrahim Ali membayangkan akan kemusnahan dan kehancuran kuasa dan kedaulatan dunia Melayu jika orang dagang bersatu dalam politik negara. Usaha orang dagang ini bukan baru. Sejak penyertaan Singapore ke dalam Malaysia sudah ada usaha untuk menguasainya, tetapi ia telah digagalkan oleh Tunku Abd Rahman.

Hari ini 'SUPERMAN MELAYU' sekali lagi akan mencipta sejarah buat kali kedua apabila telah menyatakan kesediaan untuk kembali ke dalam UMNO. Kalau masih ada Datuk Harun Idris sudah tentu dialah orang pertama akan berusaha membawa masuk kembali Superman ini. Sekalung tahniah kepada Mahyudin yang berusaha kearah merealisasikan impian Melayu Malaysia.

Penulis masih terbayang akan Tun Ghafar yang menjadi TPM menggantikan Tun Musa Hitam. Siapa sangka orang tua kampung menjadi TPM. Penulis ingin melihat akan satu keajaiban berlaku dalam politik tanah air setelah kembalinya Superman ini.