Orang cina pun kalau bercakap akan menyebut Tuhanala, Hindu menyebut Dewa, Kristian pula akan menyebut Yesus, dan God atau terkini Allah.
Dengan yang demikian rakyat Malaysia yang menyembah mata setan sudah tentu tidak mengikut prinsip rukun negara. dan bagaimana pula bentuk rukunegara yang akan dibuatnya bila memerintah 916 nanti.
Tutup bab mata setan dan 916. kita berbicara pula soal topik di atas.
Sejak awal 80an kerajaan telah membangunkan banyak perumahan rakyat yang dihuni oleh pelbagai kaum di Malaysia. Rumah tersebut ketika itu hanyanya berharga 9 ribu ringgit , binaannya kukuh dan kemas , sehingga hari ini perumahan ini masih lagi berdiri kukuh walaupun dari luar sudah tidak kelihatan lagi rupa bentuk asal.
Bila wujud perumahan ini maka timbullah hasrat penduduk untuk membina rumah ibadat. Maka setiap skim perumahan akan wujud sebuah surau. begitu juga dengan kaum hindu, mereka juga akan mencari sudut-sudut yang sesuai untuk membina sebuah kuil yang kecil dan lama-lama menjadi besar. Yang berfahaman Tao tidak berapa ghairah untuk membina rumah untuk membina rumah ibadat kerana mereka sudah mempunyai banyak rumah-rumah ibadat di dalam bandar yang sudah wujud hampir atau lebih 100 tahun lalu.
Terbinanya banyak surau dan kuil juga hari ini telah nampak akan masalahnya. Masalah hak milik tanah dan masalah pembesaran menjadi isu hangat, masalah surau di jadikan medan untuk berpolitik yang kemudiannya memecah belahkan masyarakat. kuil yang kecil akan membesar sebesar-besarnya dan mengganggu ketenteraman awam.
Ini semua disebabkan tidak ada pengawalan dari peringkat awal. Kebanyakan rumah ibadat ini didirikan secara gotong royong dan dari derma penduduk setempat. Tidak mempunyai pelan dan sudah tentu tidak mendapat kelulusan dari kerajaan tempatan atau kerajaan negeri.
Masa akan datang kerajaan tempatan wajib memantau semua pembinaan rumah ibadat seperti surau, kuil dan tokong, supaya tidak mengundang masalah di masa depan. Ia termasuk juga kawasan perumahan baru.