Jumaat, 7 November 2008

Melayu, Saham dan Bomoh

Beberapa minggu lalu ramai yang melopong dan terkedu kerana kerugian besar dalam pelaburan skim untung besar dan cepat. Bank Negara dengan kuasa yang ada pada mereka telah membekukan aset syarikat tersebut, kalau tak silap syarikat buluhemas yang kini sudah jadi buluh kasap. Modal beribu , untung lesap.

Sejak zaman saham Pak Man di Taiping, saham Othman Odit , Rokiah 350 dan Kulim , Dinnar Iraq, Labu peram, Swiss Cash ,Goldquest , buluhemas, saham ternakan dan banyak lagi. Orang melayu tak pernah serik untuk melabur. Percayalah, tahun 2009 akan muncul lagi saham-saham baru yang akan menarik perhatian orang Melayu sebabnya ialah Melayu mudah lupa dan tidak serik.

Perkara kedua yang menjadi budaya Melayu ialah percaya kepada bomoh. Bomoh, dukun dan pawang adalah sinomin dengan masyarakat melayu. Ramai juga pengamal perubatan tidak mahu mereka dikenali sebagai bomoh dan menggunakan gelaran yang lain seperti pengamal perubatan tradisional.

Fokus saya ialah bomoh. Ramai dari kalangan bomoh adalah kaki kelentong dan pembohong. Tetapi ramai yang percaya, ramai bomoh yang hidup senang lenang dengan kerjaya mereka. Ahli politik juga ramai yang percaya kepada bomoh untuk menang dalam pertandingan.

Bomoh hujan amat terkenal sekiranya sesuatu program besar-besar dijalankan. Seorang bomoh hujan pernah berkata ketika ditemuramah" Saya tidak menahan hujan tetapi memohon agar hujan dialihkan ke tempat lain".


bersambung...