Dari pengalaman-pengalaman beberapa tahun lalu, Umno memang lemah dari segi jentera PRU. Apabila parlimen dibubar, masing-masing menunggu dan tertanya-tanya apa nak buat. Selepas nama calon diumumkan suasana menjadi lebih menyedihkan .
PRU 12 yang lalu dijadikan contoh. Apa bila Ketua Bahagian tidak tersenarai sebagai calon maka dia tak nampak muka apatah lagi untuk memanggil mesyuarat untuk menggerakkan jawatankuasa peti undi dan sebagainya. Semua tugas terpaksa dipikul oleh calon yang terpilih.
Beruntung jika calon itu bijak menggerakkan jentera pilihanrayanya, tetapi terdapat juga calon-calon yang tidak tahu apa nak buat. maklumlan kehadirannya beliau sebagai calon adalah payung terjun. Sebelum ini langsung tidak pernah berselingsing lengan untuk sama-sama berjuang dalam parti, atau menghadapi PRU.
Modul pilihanraya perlu dibuat oleh MT Umno dan kursus-kursus PRU hendaklah dimulakan dari sekarang. Jentera PRU Umno juga hendaklah bersiap sedia setiap bulan dan setiap tahun. Setiap tahun laporan kerja perlu dihantar dan dinilai oleh MT.
Saya amat malu bila melihat jentera PRU Pas begitu efisien sepanjang masa. Serba serbi semuanya updated. tidak seperti Umno jauh ketinggalan dibelakang, sebab itu banyak kawasan yang dimenangi Umno, jumlah undi semakin merosot setiap kali pilihanraya umum.