Selasa, 13 Januari 2009

ISU TALI PINGGANG KELEDAR BELAKANG DAN LAMPU XENON

Dalam akhbar tempatan telah melaporkan lebih 1500 orang di saman kerana tidak memakai tali pinggang keledar walaupun kereta mereka siap dipasang dengan alat keselamatan tersebut.

Tahniah kepada pihak penguat kuasa yang bertindak cepat, pantas dan tegas dengan menyaman pengguna yang cuai memakainya.

Semasa berada di atas lebuh raya Utara Selatan baru-baru ini penulis melihat penggunaan lampu xenon masih banyak. Dahulu pihak yang bertanggungjawab terhadap penguat kuasaan telah memberi amaran akan menyaman kereta yang menggunakan lampu xenon, tetapi kenapa tidak ada tindakan menyaman dilakukan.

Penulis ingin membaca di dada akhbar bertulis "2000 buah kereta yang menggunakan lampu xenon disaman sejak 1 januari 2009"