Rabu, 25 Februari 2009

  1. Satu lagi pilihan raya kecil akan diadakan - kali ini di Sarawak - berikutan kematian Menteri Muda Pertanian yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Batang Ai, Datuk Dublin Unting Ingkot

  • 10:40 AM
    1. Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah. Beliau berkata, ada hakim lain yang sama layak untuk mendengar kes ini di Mahkamah Rayuan Kuasa-kuasa Khas lain di sini tetapi menasihatkan adalah lebih baik kes itu terus dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.
  • 11:04 AM

    Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, tidak dapat memberi panduan atau nasihat kepada Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, berhubung kes Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Lanjan, Elizabeth Wong, kerana ia masih dalam siasatan polis. Kenyataan istana pagi ini menjelaskan baginda sebagai sultan berkecuali dalam bidang politik dan yakin atas apa juga keputusan menteri besar.

  • 11:13 AM

    Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama, dijangka mengarahkan tenteranya berundur dari Iraq dalam tempoh kira-kira 19 bulan - iaitu kompromi antara jaminan kempen beliau dan kehendak panglima tentera.

  • 12:21 PM

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) pagi ini menerima notis kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Sarawak kawasan Batang Ai susulan kematian penyandangnya, Datuk Dublin Unting Ingkot daripada Barisan Nasional, semalam.

  • 12:44 PM

    Pakej rangsangan ekonomi kedua adalah komprehensif dan menumpukan kepada langkah memudahkan perdagangan dan meminimumkan kehilangan pekerjaan di kalangan rakyat

  • 12:46 PM

    Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas untuk menetapkan tarikh pilihan raya kecil bagi kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai di Sarawak

  • 2:36 PM

    Sasterawan Negara Datuk A Samad Said menafikan dirinya diperalat pembangkang dalam usahanya memperjuang Bahasa Melayu dalam isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI).

  • 2:39 PM

    Baginda Sultan Selangor turut merasa dukacita dan amat bimbang kerana sejak akhir-akhir ini perbuatan menceroboh hak peribadi dan 'privacy' individu telah dijadikan sebagai suatu alat untuk menjatuhkan maruah dan merosakkan imej seseorang.

  • 2:46 PM

    Pengerusi Barisan Nasional (BN) Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, mengesahkan anak tempatan akan dicalonkan bertanding mewakili BN dalam pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Batang Ai.

  • 3:26 PM

    Mereka yang membuat laporan di pejabat SPRM di sini ialah Adun Malim Nawar, Keshvinder Singh, daripada DAP dan Adun Kuala Kurau, Abdul Yunus Jamsari, daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR).

  • Panglima Perang Cyber
  • 11:04 AM
    2/25

    tahniah semua !! Pesuruhjaya Kehakiman Mohamad Ariff Md Yusof memutuskan menarik diri daripada mendengar perbicaraan kes permohonan Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa beliau masih Menteri Besar Perak yang sah. Beliau berkata, ada hakim lain yang sama layak untuk mendengar kes ini di Mahkamah Rayuan Kuasa-kuasa Khas lain di sini tetapi menasihatkan adalah lebih baik kes itu terus dirujuk ke Mahkamah Persekutuan.