APA YANG RAKYAT NAK TAHU..
11 bulan Kerajaan PR memerintah negeri Perak, rakyat negeri Perak sudah mulai mengecapi nikmat kebajikan dan keadilan. Pegawai-pegawai kerajaan juga sudah mulai merasai kelainan dan kelebihan berada di bawah kerajaan PR. Mereka mula sayang kepada MB dan seluruh EXCO. Saya sebagai SETPOL MB sentiasa bergaul dengan pegawai-pegawai kerajaan, mereka berterus terang kalau PR terus kekal memerintah 5 tahun mengikut tempoh pilihanraya, PRU ke 13, BN tidak akan memperolehi sebarang kerusi. Justeru itu, mereka guna apa sahaja cara untuk merampas kuasa supaya PR tidak boleh terus memerintah bagi meneruskan polisi kebajikan yang memikat hati rakyat.
Dalam tempoh 11 bulan, kerajaan PR telah membuat perubahan-perubahan berikut :-
1. Ketua Kampung dipilih oleh orang ramai melalui proses pilihanraya.
DINAFIKAN- KERANA YANG KELUAR MEMBUAT UNDIAN HANYALAH ORANG DAP, PKR DAN PAS SAHAJA
2. 1/3 daripada anggota PBT adalah dipilih dari kalangan NGO, orang persendirian dan koporat atau golongan profesional.
DINAFIKAN_ 100 & ADALAH DAP (ORANG KOPERAT PUN ADALAH AHLI DAP)
3. Rakyat yang berpendapatan rendah di beri percuma air 10 meter padu
DINAFIKAN- TIDAK DILAKSANAKAN
4. Semua premis kerajaan dibenarkan diguna oleh semua parti politik, ngo dan sebagainya.
DINAFIKAN- DEWAN YANG DIBINA OLEH UMNO PUN NAK DIRAMPAS OLEH PAS, HANYA PAS YANG BOLEH GUNA.
5. Mengembalikan bantuan perkapita kepada Sekolah Agama Rakyat (SAR)
DINAFIKAN-TAK TERIMA PUN. JANJI KOSONG SAJA. RUJUK SEMUA SAR.
6. Menganugerahkan 1000 hektar tanah kepada SAR dan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina.
DINAFIKAN- TANAH UNTUK SAR TELAH LAMA DIWARTAKAN OLEH KERAJAAN BN. PAS TAK PERLU MANGAKU YANG ITU USAHA MEREKA.
7. Memberi hak milik kekal kepada dan 102 ribu lot kediaman kepada penduduk di Rancangan Perumahan Tersusun (Kg Melayu) dan 47 ribu lot kediaman kepada penduduk Kg. Baru (Cina)
DINAFIKAN- KENAPA SAYA BELUM MENDAPAT HAK MILIK KEKAL- YANG DAPAT DAP JUGA. 999 TAHUN.
8. Memberi sumbangan dermasiswa rakyat seribu seorang yang berjaya melanjutkan pelajaran ke IPTA.
DINAFIKAN- BELUM ADA LAGI YANG DAPAT. ANAK SAYA TAK TERIMA PUN. TAK TAHULAH KALAU DIBERI KEPADA ORANG BULAN SAJA.
9. Menubuhkan Tabung Khas Kebajikan Rakyat bagi membantu miskin tegar, warga tua, orang kurang upaya, keluarga mangsa ISA, ibu tunggal, anak yatim dan pengidap penyakit kronik.
DINAFIKAN- TAK JALAN PUN DAN TUNJUKKAN BUKTI ORANG YANG MENERIMANYA. BUAT LAPORAN DAN BENTANGKAN DI DEWAN DUN.
10. Menubuhkan Tabung Pinjaman Kecil Perniagaan kepada ibu tunggal yang ingin menceburi bidang perniagaan kecil-kecilan tanpa dikenakan faedah.
DINAFIKAN- TAK ADA PUN, YANG TELAH BERJALAN IALAH YAYASAN TEKUN. ITU PUN RAMAI YANG TAK BAYAR BALIK. DAN LARI MENINGGALKAN UMNO DAN MASUK PR.
11. Menaikan sumbangan bantuan kebajikan dari kadar minima 45 ringgit sebulan ke 100 ringgit sebulan sehingga maksima 400 ringgit sebulan.
DINAFIKAN-INI DILAKSANAKAN OLEH AGENSI MANA? JABATAN KEBAJIKAN MESYARAKAT ATAU UNIT AMAL? TAK NAMPAK PUN PENERIMA BANTUAN INI.
12. Menyediakan bantuan skim Al Kifaalah kepada warga tua yang berumur 65 tahun ke atas.
DINAFIKAN- TAK BERJALAN PUN, ATAUPUN KHUSUS UNTUK ORANG TUA PAS SAHAJA. KALAU ADA KENAPA VETERAN PAS CHANGKAT IBOI TAK TERIMA APA-APA PUN.
13. Menaikan elaun penyelia dan guru-guru KAFA.
DINAFIKAN- INI TELAH LAMA DIBUAT OLEH KERAJAAN PERSEKUTUAN. PAS TAK BUAT APA PUN TAK PERCAYA TANYA ADUN GUNUNG SEMANGGOL , DIA PERNAH JADI MUDIR KAFA.
14. Menaikan kadar elaun guru-guru Tadika Islam JAIP
YA- INI UNTUK GURU PASTI. DAH BAYAR KA? (BUKAN JAIP TETAPI PASTI)
15. Menender sebahagian pembalakan bagi meningkatkan hasil negeri.
DINAFIKAN- EXCO DAP MENGAGIHKAN SESAMA MEREKA SENDIRI. SEBAB ITU TIMBALAN SPEAKER MENINGGALKAN DAP, KERANA CAKAP LAIN DAN BUAT LAIN. DAP DAPAT BALAK -PAS DAN LENDIR.
16. Anak-anak syarikat kerajaan negeri membayar zakat kepada MAIP.
YA- DULU SYARIKAT YANG DIMILIKI OLEH ORANG PAS BAYAR ZAKAT KEPADA PAS SAHAJA. DAN TIDAK BOLEH BAYAR ZAKAT KEPADA MAIP, SEBAB HUKUMNYA HARAM. FITRAH AIDIL FITRI PUN ORANG PAS BAYAR KEPADA AMIL PAS.
17. Menaikan Tabung Pusingan Bencana Alam dari 30 ribu ke 50 ribu ringgit.
YA- UNTUK KEMPEN POLITIK PAS SEPERTI BENCANA YANG BERLAKU DI BUKIT ANTARABANGSA.
18. Menggalakan semua pegawai kerajaan menunaikan solat Zohor berjamaah dan mendengar tazkirah selepas Zohor.
YA- SUPAYA TAZKIRAH PAS DAPAT DISAMPAIKAN.
19. Tazkirah setiap pagi sepanjang musim Ramadhan.
YA- SURAU PRO PAS PUN BUAT SOLAT 8 RAKAAT DAN TAZKIRAH POLITIK DI PERTENGAHANNYA. SOLAT 20 MINIT, TAZKIRAH 2 JAM. ELOKLAH.
20. Mengurangkan perbelanjaan makan semasa mesyuarat atau sebarang program yang dianjurkan atas nama Kerajaan Negeri.
YA- SUPAYA PENYOKONG PAS TAK SERBU SUK. KALAU TIDAK JENUH NAK BAGI MAKAN DEPA.
21. Menggunakan bas rasmi SUK dalam lawatan ke Parlimen dan Singapura bagi menggurangkan kos pengangkutan sekiranya menggunakan kereta rasmi kerajaan.
DINAFIKAN- KENAPA NIZAR DAN GEROMBOLANNYA TAK GUNA BAS DALAM SIRI JELAJAH PERAK.