Rabu, 20 Mei 2009

Chin Peng.Bintang 3

Dataran Kawad di atas, terowong di bawahnya lokasi Betong Thailand Utara Grik
Chin Peng bersama Rashid Maidin dan Chein Tien meninggalkan Sekolah Inggeris Baling 28.12.1955
Perbincangan dimulakan pada jam 2.15 petang.

Setelah mendapat kemenangan yang besar dalam PRU 1955, Tunku telah berusaha untuk menamatkan perbalahan dengan PKM dibawah pimpinan Chin Peng.


Maka pada 28 Disember 1955 Tunku telah berunding dengan PKM di Baling, Kedah. (satu peristiwa bersejarah dalam politik tanah air)

Seperti biasa, PKM keras hati , enggan meletak senjata dan enggan mengiktiraf kerajaan yang ada. Chin Peng juga memohon agar PKM diiktiraf sebagai sebuah parti politik di Malaya ketika itu. Tunku pula tak setuju. so berakhirlah pertemuan kedua-dua pihak tanpa sebarang kemajuan. dan PKM terus menentang kerajaan sehingga tahun 80an.

Ramai tentera yang buta, kudung kaki, hilang anggota badan dan ramai yang masih hidup. Semuanya angkara PKM yang memasang perangkap samar dan periuk api di dalam hutan, begitu juga balu-balu yang kehilangan suami dan anak-anak kehilangan ayah kerana menjadi korban PKM.

Selepas PKM meletakkan senjata dan membubarkan PKM , Chin Peng telah merayu untuk kembali ke Malaysia. tetap usahanya gagal. Hari ini usaha berterusan dengan menggunakan NGO dan parti komponan pun nampaknya merayu agar dibenarkan pulang.

Memang benar mereka rindu akan tanah air ini. Saya pernah berbual dengan bekas-bekas komunis ini di terowong Komunis Betong beberapa tahun lalu. Mereka melahirkan rasa kecewa kerana terjebak dgn kegiatan komunis secara paksa oleh Chin Peng ini. Mereka di tawan dan di bawa masuk ke dalam hutan pada waktu malam. Sebelum itu PKM memasuki sekolah-sekolah cina dan mengedarkan risalah dan memberi ceramah-ceramah pada mereka. Itu yang dicerita oleh seorang wanita cina dari Rawang yang kini menjadi penjual gelang-gelang dari gading gajah dan juga batu-batu permata di Terowong Komunis. yang syok nya mereka menyatakan taipingmali adalah polis, walaupun saya menafikan tetapi mereka tidak percaya, Saya ke sana dgn bermotosikal sorang diri sewaktu perjalanan balik dari Yala (solo ride.)

Fikirkan lah apa perlunya Malaysia untuk membawa balik Chin Peng yang telah banyak membuat bahana dan dosa kepada tentera-tentera dan polis polis hutan kita. Pada tahun akhir 70an taipingmali tinggal di Kuala Lumpur berhampiran dengan sebuah pusat membuat alat-alat palsu, setiap hari taipingmali melihat tentera-tentera yang cacat ke pusat tersebut untuk membuat anggota badan yang palsu seperti kaki , peha dan tangan, ramai yang buta. Sedih.

Tunku pada 1955 telah meminta Chin Peng dan PKM menyerah diri dan membubarkan PKM secara de facto, tetapi rundingan gagal dan PKM terus mengganas.

Perlukan kita membenarkan Chin Peng kembali ke Malaysia?