Rabu, 6 Mei 2009

PEKONG PAS SUDAH BERBAU BUSUK (klik)

Jelas sekarang siapa Anwar di dalam Pas. Kepimpinan Pas sudah pincang gara-gara perebutan jawatan nombor 1 dan 2. Apa nak pertahankan lagi, Biarlah siapa kuat akan menguasai pucuk pimpinan. Pas telah di makan sumpah. Dulu mereka sendiri kata orang Cina pun boleh jadi pemimpin Pas jika Islam. oklah tu..Ustaz Idham Lim pun dah layak sebab dia pun mengaji tinggi di UIA.

Pas totok tak perlu bertahankan ulamak dalam Pas. Dahulu Pemimpin Pas pun sudah di modenkan. Kalau dahulu pemimpin Pas hanya Ustaz sekolah pondok dan hari ini pemimpin mereka adalah ilmuan Islam dari universiti dalam dan luar negeri. Cuma mereka hari ini kurang layak di sebut ulamak tetapi kalau sebut mualim tu sesuai lah.

Sekarang nak cari ulamak memang susah. ulamak tu pewaris nabi, ada kah dalam Pas hari ini, rasanya tak ada lah, sebab mereka tidak mempunyai ciri-ciri ulamak lagi..

Pemimpin Pas lebih kepada politik dunia. baru-baru ini saya sempat membaca buku tulisan Nik Aziz berjudul' belajar dari dua Umar', jelas sekali cita-cita Pas untuk mentadbir negara. Secara halus Nik Aziz mengajak pengikut Pas berjihad untuk membolehkan pemimpin Pas memerintah negara. dan mereka menghalalkan segala tindakan dan cara untuk mencapai cita-cita mereka.

Jun ini menyaksikan perebutan kuasa kepimpinan Pas. Pas sepatutnya mengharamkan sistem pemilihan parti yang meniru Umno dan komponan BN. cara pemilihan Pas perlu ikut cara zaman nabi . Bagaimana pemimpin Islam selepas wafatnya nabi besar kita. Tidak perlu berebut kuasa..

sekian.