Khamis, 25 Jun 2009

Azhari Hj Abu, Tim. YDP, Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak.- www.kami-anakperak.com

Azhari berkata...
Salam TM!.
Saya, mewakili Kesatuan Anak Anak Muda Islam Perak (KAMI)amat berasa kecewa diatas penolakan mentah-mentah Mursyidul Am Pas, yang bertitlekan Tuan Guru ini, terhadap penyatuan Umat Melayu Islam di Tanah Air Tercinta nih.
Dengan bangganya beliau melalui PAKATAN RAKYAT yang dendam kesumatnya terhadap UMNO telah berhasil dan diterima pakai oleh Pakatan Rakyat.Hebat sunnguh dan bangga sungguh tuan guru membelakangkan sabda Rasullullah agar berkasih-sayang diantara Umatku, kerana mereka yang senantiasa bercakaran itu, bukanlah dari kalangan Umat yang Aku kehendaki.
Jika kita lihat dari pentafsiran salah satu hadith Rasullullah itu, Tidak akan datang SYAFAAT RASULLULLAH terhadap mereka yang menentang perpaduan dikalangan Umat Islam. Jadi Fikir-Fikir lar sendiri Wahai Semua Umat Melayu Islam di Malaysia ini. Pilih lar Jalan yang Kamu Rasa betul dan lebih Islamik. (Perbetulkan lah saya jika ianya salah & kurang tepat)
Saya juga berasa sedih dan turut terharu dengan apa yang dinyatakan oleh Tan Sr Mufti Perak semalam, yang mana beliau begitu kesal dan kecewa terhadap mereka yang dilebelkan dengan taraf Tuan Guru & Ulamak, tapi boleh menolak & bersekongkol dengan Kaum Kafir yang dah jelas menolak Islam dari mahu berbaik sangka & bermuafakat kembali di atas Kesedaran dan Kebesaran Islam, Agama yang mementingkan jalinan Ukhwah kekeluargaan yang sejati & hakiki.
Beliau turut sedih kerana Ideologi Politik melebihi dari Kebesaran Amalan dan Ajaran Agama Islam.
Wahai Bangsaku Melayu Islam, sedar & Insaf lah sebelum terlambat dan selagi tanah bumi bertuah ini belum tergadai oleh kelicikan musuh-musuh Islam. Sejarah telah membuktikan bahawa musuh-musuh Islam ini selalu menggunakan dasar "Pecah & Perintah".
Inilah yang mereka sedang lakukan, Walaupun Melayu ini bangsa yang majoriti, kini bagaikan dah layu, apabila mereka berjaya memecahbelahkan menjadi tiga (3) kumpulan, UMNO, PAS & Keadilan.
Sehinggakan dalam pilihanraya, kalau dulu Melayu jadi kuasa penentu tetapi sekarang orang2 Cina & India lah yang menjadi kuasa penentu. Masih tidak sedarkah itu semua?.
Untuk itu, saya sekali lagi mohon parti2 utama kaum Melayu duduklah bersama, berbincang dan Pimpinlah Negara ini agar Menjadi Negara Malaysia, yang bangsa Melayunya menjadi Teras Kepimpinan yang Hakiki.
Dengan adanya Kekuatan Suara ini jugalah segala dasar yang mahu Memertabatkan Agama Islam dan Dasar Perundangan Islam untuk menjadi Induk Perundangan Negara akan mudah terhasil. Saya juga dengan rendah diri, mewakili Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak, meminta semua NGO2 yang berteraskan Islam (tidak kira Ideologi Anda)terutamanya di Negeri Perak, marilah kita sama-sama memulakan langkah untuk duduk bersama, berbincang untuk menangani kemelut bangsa Melayu dan Agama Islam, supaya gagasan kita itu nanti kita syorkan kepada pemimpin politik agar mereka dapat menterjemahkannya.
Biarlah kita NGO2 Islam ini yang memulakan langkah awal terhadap Perpaduan Melayu Islam ini. Insya Allah, segala niat murni demi Agama, bangsa & Negara akan diberkati oleh Allah SWT.
Sekian, Azhari Hj Abu, Tim. YDP, Kesatuan Anak-Anak Muda Islam Perak.-
www.kami-anakperak.com
tekmagbuilders09@gmail.com/019-5494577.