Jumaat, 26 Jun 2009

Berakhir satu keperitan hidup dalam diri Allahyarham Mikaeel Jackson


Beliau sebaya dengan TM. Sejak kecil TM sering menyanyikan lagu-lagu beliau dari album Jackson 5 seperti Ben dan Got to be there bila berhimpun dengan sepupu sepapat dan rakan-rakan yang meminati beliau. Rancangan Jackson 5 adalah satu-satu rancangan yang amat ditunggu-tunggu dalam tv RTM ketika itu. Saingannya ketika itu ialah Donny Osmond.

Michael terus mencipta nama pada tahun 80 sehingga awal 90an. Namum kemalangan yang menimpa dirinya dalam pengambaran filem iklan Pepsi dan penyakit kulit vitiligo serta krisis rumah tangga dan lain-lain kes yang telah memusnahkan kehidupannya.

Beliau pernah tersenarai sebagai salah seorang yang terkaya di dunia namum berakhir dengan kematian di sebuah rumah sewa dan dikelilingi oleh hutang-hutang.

TM yakin Mikael menanggung kesakitan dan penderitaan seorang diri. Tekanan hidup , penyakit, hutang mungkin menyebabkan beliau mengalami tekanan (stress dan anxiety) yang amat sangat.Kematian bererti berakhir sebuah penderitaan yang membelengu kehidupan beliau akhir-akhir ini. Semoga rohnya dicucuri rahmat.