Petang tadi Taipingmali sekali lagi berusaha untuk mencari cerita dan berita mengenai kes pergaduhan yang telah berlaku di Kamunting. Makin dicari makin banyak cerita yang didapati.
Cerita kanak-kanak berusia 15 tahun yang ditetak kedua-dua pergelangan tangan adalah benar. cuma bab kematian yang dilaporkan dalam setengah blog adalah tidak benar.
Petang tadi juga TM telah berjumpa dengan anggota pasukan JPAM yang menerima panggilan untuk mengambil kes pertama pada jam 10.30 malam. Dua ambulan telah digerakkan pada malam tersebut setelah mendapat arahan dari pusat panggilan 999.
Mereka telah membawa 4 kes kesemua dari kaum hindu dari beberapa lokasi di sekitar Kamunting dan diiringi oleh pasukan polis. Menurut mereka hampir semua kes berada dalam keadaan truma dan paling tidak menyenangkan ialah mulut mereka berbau arak.
Semalam dalam kawat cam , salah seorang mangsa gagal mengenal orang yang menyerangnya, mungkin kanak-kanak tersebut panik dan truma dan kehilangan ingatan dan sukar mengenal orang yang menetaknya. TM yakin dengan kebijaksanaan polis akan dapat juga mengenal pasti penyerang tersebut.
Mangsa yang disiarkan gambar kepala terkoyak semalam begitu yakin dengan gambar penyerangnya dan waktu ini penyerang masih gagal di tangkap.
Pagi tadi juga seorang rakan telah menceritakan kisah satu insiden di mana sebuah bas ekspress starmart telah melanggar balakang sebuah kereta di lampu isyarat di Changkat Jering, dan satu pertengkaran telah berlaku diantara pemandu bas(I) dengan pemilik kereta (M) .Dia tidak mengetahui apa yang terjadi selepas itu kerana ada urusan lain.
TM terkejut kerana ada persamaan cerita mengenai bas ekpress dan samseng yang terlibat dengan kes pergaduhan di Kamunting. Semalam salah seorang mangsa telah mengaitkan individu yang menetaknya dengan syarikat bas tersebut.
Harap polis dapat menyiasat lebih lanjut mengenai syarikat bas tersebut. semakin menarik ceritanya,
Pesanan kepada orang ramai jangan lah risau untuk berkunjung ke Kamunting, keadaan selamat. Esok TM akan mencari mangsa lain untuk ditemubual.