Selasa, 16 Jun 2009
Pas wajar PECAT Nizar
Satu tindakan yang memalukan telah ditunjukkan oleh Nizar dalam Parlimen. Tidakkah tindakan tersebut memalukan Parti Pas? Apakah badan disiplin parti Pas akan mendiamkan diri? Apakah tindakan tersebut tersenarai dalam tatalaku ahli parti? Kalau bersalah , apakah badan disiplin akan menutup mata dan telinga?
Tindakan Nizar dan beberapa anggota Pas telah dilihat oleh masyarakat sebagai tindakan bodoh dan tidak bertamadun. Nizar juga telah melakukan perkara yang sama dalam Dewan Majlis Perbandaran Taiping pada 7 April 2009 lalu. Tindakannya membayangkan beliau bukan ahli Pas, tetapi ahli Pkr,
Apakah Nizar talibarut Anwar di dalam Pas?